Masjid Al-Ihsan Tongkang Yard - Official

Masjid Al-Ihsan Tongkang Yard - Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al-Ihsan Tongkang Yard - Official, Religious Center, Seberang Perak, Tongkang Yard, Alor Setar.

CERAMAH AGAMA PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1447H / 2026MAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhJawatankuasa Masjid Al-...
13/07/2026

CERAMAH AGAMA PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1447H / 2026M

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jawatankuasa Masjid Al-Ihsan Seberang Perak menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir ke Program Ceramah Agama Perdana sempena menyambut Maal Hijrah 1447H / 2026M.

Program ini diadakan bagi menghayati pengertian hijrah sebagai pemangkin perubahan diri ke arah kehidupan yang lebih beriman, berakhlak mulia dan diredai Allah SWT.

📋 BUTIRAN PROGRAM

🗓️ Tarikh : 15 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa : Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat : Masjid Al-Ihsan, Seberang Perak, Alor Setar
🎙️ Penceramah : Ustaz Dr. Muhammad Hambali Bin Zulkifli

Jemputan terbuka kepada semua kariah dan warga setempat. Marilah kita merebut peluang menimba ilmu serta merapatkan ukhuwah sesama umat Islam.

“Hijrah Membawa Perubahan, Iman Memacu Kecemerlangan Ummah.”

Sebarkanlah hebahan ini kepada rakan dan ahli keluarga sebagai amal jariah menyampaikan ilmu. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua. 🤲

JADUAL IMAM, KHATIB & BILAL SOLAT JUMAAT📍 Masjid Al-Ihsan, Seberang Perak, Alor Setar, KedahAssalamualaikum warahmatulla...
01/07/2026

JADUAL IMAM, KHATIB & BILAL SOLAT JUMAAT

📍 Masjid Al-Ihsan, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dikongsikan jadual petugas Solat Jumaat bagi bulan Julai 2026 (Muharram / Safar 1448H) untuk makluman jemaah sekalian. 🗓️

Marilah kita sama-sama memakmurkan masjid dan menunaikan Solat Jumaat secara berjemaah. Hadir awal, moga sentiasa dirahmati Allah. 🤲

Sebarkan untuk manfaat bersama. Jazakumullahu khairan. 💚

PROGRAM GOTONG-ROYONG & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA 15 ANAK YATIM “Bersama Menyemai Kasih, Bersama Membina Komuniti”Mar...
30/06/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA 15 ANAK YATIM

“Bersama Menyemai Kasih, Bersama Membina Komuniti”

Marilah kita bersama-sama menghidupkan semangat kejiranan dan keprihatinan dalam satu program istimewa anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan kerjasama Masjid Al-Ihsan, Seberang Perak, Alor Setar.

📅 Hari: Sabtu
🗓️ Tarikh: 4 Julai 2026
🕗 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Masjid Al-Ihsan, Seberang Perak, Alor Setar

📋 ATUR CARA:
• 8.30 pagi — Gotong-royong
• 10.00 pagi — Minum pagi
• 10.30 pagi — Ucapan Imam, ucapan wakil AKPK & penyampaian sumbangan kepada anak yatim

Jom hadir dan sama-sama menabur bakti! Setiap usaha kecil kita hari ini ialah kebaikan yang berpanjangan untuk masyarakat. Kehadiran serta sokongan anda amat dialu-alukan. 🤲

Kebaikan Berpanjangan, Keharmonian Terjalin.

KEMPEN INFAQ JUMAAT TERAKHIR 1447H Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan pada Jumaat terakhir bulan Hijrah 1447 i...
12/06/2026

KEMPEN INFAQ JUMAAT TERAKHIR 1447H

Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan pada Jumaat terakhir bulan Hijrah 1447 ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan serta menyumbang ke tabung masjid.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di bawah:

📌 No. Akaun: 02011010053980
🏦 Bank Islam (BIMB)
🕌 Masjid Al-Ihsan

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berterusan, serta mendapat ganjaran pahala berlipat ganda di sisi Allah SWT. 🤲🏻

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

📢 Sebarkan kepada semua kenalan anda!

UCAPAN PENGHARGAAN IBADAH KORBAN 1447H / 2026M🌙 MASJID AL-IHSAN 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak Masjid...
08/06/2026

UCAPAN PENGHARGAAN IBADAH KORBAN 1447H / 2026M

🌙 MASJID AL-IHSAN 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak Masjid Al-Ihsan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah mengambil bahagian dalam ibadah korban bagi tahun 1447H / 2026M. Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang berlipat ganda.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada seluruh jawatankuasa, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Ibadah Korban Masjid Al-Ihsan 2026. Semangat kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kejayaan program ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima oleh Allah SWT dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Jazakumullahu khairan kathira.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🐄🤲🏻

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah korban itu, tetapi Dia melihat kepada ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj: 37)

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN SEMPENA KHATAM KITAB IDAMAN PENUNTUT🌙 ALHAMDULILLAH 🌙Kuliah Dr. Akli bin Haji Ahmad🗓 Isnin, 18...
08/06/2026

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN SEMPENA KHATAM KITAB IDAMAN PENUNTUT

🌙 ALHAMDULILLAH 🌙

Kuliah Dr. Akli bin Haji Ahmad

🗓 Isnin, 18 Mei 2026 | Selepas Solat Isyak
📍 Ruang Legar Masjid Al-Ihsan, Seberang Perak

Syukur ke hadrat Ilahi, majlis kenduri kesyukuran sempena khatam kitab telah berlangsung dengan jayanya dan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir, menyumbang, dan menjayakan majlis ini. Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat dan keberkatan kepada kita semua. 🤲

Sehingga bertemu lagi di majlis ilmu yang akan datang, insya-Allah.

TEMPAHAN KORBAN MASJID AL-IHSAN (1447H/2026M) KINI DIBUKAAlhamdulillah, pendaftaran untuk ibadah korban bagi tahun ini t...
27/04/2026

TEMPAHAN KORBAN MASJID AL-IHSAN (1447H/2026M) KINI DIBUKA

Alhamdulillah, pendaftaran untuk ibadah korban bagi tahun ini telah bermula.

🐂 Harga: RM 850 (1 Bahagian)
🛑 Tarikh Tutup Tempahan: 20 Mei 2026

Berminat? Sila hubungi nombor dibawah segera untuk menempah bahagian anda:

📞 012-586 5257 (En. Mohd Fitri)
📞 012-461 9974 (En. Annaz)
📞 019-411 6659 (Cikgu Jafri)
📞 018-316 4135 (Cikgu Kairuddin)

Daftar awal sebelum kuota penuh!

SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA MASJID AL IHSANAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Sambutan Hari...
10/04/2026

SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA MASJID AL IHSAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Sambutan Hari Raya kita hari ini. Suasana cukup meriah dengan semangat ukhuwah yang erat daripada seluruh kariah
Pihak masjid ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Kehadiran anda semua benar-benar menyemarakkan lagi ukhuwah kita sesama
jemaah.

Terima kasih yang tidak terhingga buat para penyumbang, sukarelawan, petugas, dan barisan AJK pelaksana. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda semua dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, pertandingan kiosk tercantik, dan pertunjukan bunga api hasil tajaan pihak tertentu. Tahniah kepada semua pemenang.

Sekalung penghargaan buat rakan kerjasama kami:
1. Hj Jemili Catering
2. KRT Seberang Perak
3. KRT Tongkang Yard/Peremba
4. KRT Kota Tanah
5. Surau Muhsinin
6. Surau Kg Hilir
7. Surau Nyior Setali
8. Surau Muttaqin
9. NGO Peremba
10. NGO Jln Bunga Raya
11. Kumpulan Hawa Masjid
12. Masjid Al Ali

Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Semoga bertemu lagi di program akan datang.
Wassalam.

Address

Seberang Perak, Tongkang Yard
Alor Setar
05050

Telephone

+60125865257

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ihsan Tongkang Yard - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share