02/03/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-NYA, majlis iftar jam'ie & tausiah khas Ramadhan pada 28 Februari 2026 bersamaan 10 Ramadhan 1447H telah dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan.
Maahad Tahfiz DarSa Alor Setar ingin merakamkan setulus - tulus penghargaan dan terima kasih khususnya kepada SYEIKHUNA SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI ROMLI , yang sudi hadir menyantuni serta menyampaikan tausiah yang penuh hikmah dan menyentuh hati.
Semoga setiap butir nasihat menjadi asbab hidayah dan kebaikan yang berpanjangan buat kita semua.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada UMMUNA USTAZAH MAHANI , para Ustaz dan Ustazah, para waris, ahli keluarga serta para muhibbin yang hadir dari dekat dan jauh. Yang bersama-sama melapangkan masa, menyumbang tenaga dan sama sama membawa dan berkongsi juadah berbuka, serta mengeratkan silaturrahim dalam suasana berbuka puasa yang penuh barakah ini.
Semoga ALLAH SWT membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda, menerima segala amal kebajikan kita, serta mengurniakan keberkatan dalam kehidupan di Dunia dan Akhirat.
جزاكم الله خيرا كثيرا واحسن الجزاء