01/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
ALOR SETAR, 30 Mei 2026 โ Program Ibadah Korban Masjid Negeri Masjid Zahir bagi Tahun 1447H/2026M telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 Zulhijjah 1447H bersamaan 30 Mei 2026 di Tapak Penyembelihan Masjid Negeri Masjid Zahir, Kedah Darul Aman.
Seawal jam 6.45 pagi, para peserta telah hadir bagi sesi pendaftaran sebelum program dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Shafie bin Haji Ibrahim , memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang pelaksanaan ibadah korban.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad, BCK, Imam Besar Masjid Negeri Masjid Zahir, yang menzahirkan rasa syukur atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan syiar Islam yang mulia ini.
Program turut disusuli dengan taklimat ringkas pelaksanaan ibadah korban yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhd Kamal Ariffin bin Haji Abdul Hamid , selaku Pengarah Program.
๐ 4 EKOR LEMBU DAN 1 EKOR KERBAU DISEMPURNAKAN
Sebanyak empat (4) ekor lembu dan satu (1) ekor kerbau telah disempurnakan penyembelihannya dalam suasana penuh tertib, mematuhi syariat serta semangat gotong-royong yang tinggi.
Penyembelihan haiwan korban telah dilaksanakan oleh:
โ
Lembu Korban Pertama โ Ustaz Muhd Kamal Ariffin bin Haji Abdul Hamid
โ
Lembu Korban Kedua โ Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad
โ
Lembu Korban Ketiga โ Ustaz Haji Shafie bin Haji Ibrahim
โ
Lembu Korban Keempat โ Ustaz Haji Mohd Farahi bin Mohd Jamil
โ
Kerbau Korban Kelima โ Tuan Syeikh Mohd Naim bin Haji Ahmad
Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para petugas, peserta korban dan sukarelawan telah mempercepatkan proses melapah, menimbang serta mengagihkan daging korban kepada golongan yang berhak.
๐ค APM DAN RELA TURUT MEMBANTU KELANCARAN PROGRAM
Pihak Masjid Negeri Masjid Zahir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kedah yang telah membantu dari aspek keselamatan, kawalan dan pengurusan program sepanjang berlangsungnya ibadah korban tersebut.
Kehadiran kedua-dua agensi ini membuktikan semangat kebersamaan dalam memastikan program berjalan dengan lancar, selamat dan teratur.
๐ TAJAAN ISTIMEWA MAGGI UNTUK ASNAF DAN ORANG RAMAI
Menambahkan lagi kemeriahan program pada tahun ini, pihak MAGGI telah menaja "Kit MAGGI Beef Cube" yang diedarkan bersama daging korban kepada golongan asnaf, fakir miskin dalam kariah Masjid Negeri Masjid Zahir serta orang ramai yang hadir.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah menjadi simbol keprihatinan dan perkongsian rezeki sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan.
โค๏ธ KORBAN: IBADAH YANG MENYATUKAN UMMAH
Program Ibadah Korban Masjid Negeri Masjid Zahir tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, bahkan menjadi medan penyatuan masyarakat, memperkukuhkan ukhuwah Islamiah serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga segala amal ibadah, sumbangan dan pengorbanan para peserta korban diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.