Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR

Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR IQDAR MERUPAKAN LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN JAKIM TERLETAK BERHADAPAN MASJID SULTANAH BAHIYAH A.SETAR

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π“π€π‡π…πˆπ™ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π (πˆπ“ππ€π)πŸ“… 11 September 2026 | Gemenceh, Negeri Sem...
11/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π“π€π‡π…πˆπ™ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π (πˆπ“ππ€π)

πŸ“… 11 September 2026 | Gemenceh, Negeri Sembilan

Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan kerjasama, perkongsian pengalaman serta amalan terbaik antara institusi pendidikan tahfiz yang bekerjasama dengan Darul Quran, JAKIM.

Rombongan seramai 27 orang telah diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi IQDAR, Encik Mohd Zaki bin Mokhtar. Turut serta ialah Mantan Pengarah IQDAR, Encik Fakhrul Razi bin Mihat, para pensyarah dan kakitangan IQDAR.

Kehadiran rombongan IQDAR telah disambut mesra oleh pihak pengurusan ITQAN yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua ITQAN, Ustaz Kamar Shah bin Hj Ismail seterusnya diisi dengan perkongsian, perbincangan dan pertukaran pandangan antara kedua-dua institusi.

Pihak IQDAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) atas sambutan mesra, layanan yang diberikan dan kesudian berkongsi pengalaman bersama rombongan IQDAR.

Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua institusi ini demi memartabatkan pendidikan tahfiz di Malaysia.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA


π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ π”π‰πˆπ€π π’π˜π€π…π€π–πˆ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Alhamdulillah, Biro Akademik, Inovasi dan Protokol (BaiPro), Majlis Perwakilan Pelaj...
10/09/2026

π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ π”π‰πˆπ€π π’π˜π€π…π€π–πˆ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Alhamdulillah, Biro Akademik, Inovasi dan Protokol (BaiPro), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menganjurkan Simulasi Ujian Syafawi Al-Quran 2026 sebagai persediaan kepada para pelajar dalam menghadapi ujian syafawi sebenar.

Program ini melibatkan pelajar Semester 1, Semester 3 dan Semester 5, di samping turut dibuka kepada seluruh pelajar IQDAR yang ingin menguji kemampuan serta membiasakan diri dengan bentuk dan kaedah Ujian Syafawi Al-Quran mengikut format Darul Quran.

πŸ“… 10 September 2026
⏰ 11.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Banin: Perpustakaan IQDAR
πŸ“ Banat: Kelas Abu Jaafar

Pelaksanaan simulasi ini memberi peluang kepada para pelajar merasai sendiri suasana ujian secara praktikal, sekali gus membantu mereka mengenal pasti tahap penguasaan, meningkatkan keyakinan serta memperbaiki aspek bacaan dan hafazan sebelum menghadapi ujian sebenar.

Syabas dan tahniah kepada Biro Akademik, Inovasi dan Protokol (BaiPro), Majlis Perwakilan Pelajar Institut Al-Quran Darul Aman atas inisiatif menganjurkan program yang memberi manfaat kepada para pelajar.

Semoga segala usaha dan persediaan yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah SWT serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang kepada seluruh pelajar IQDAR.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ πŒπ€π€π‡π€πƒ π“π€π‡π…πˆπ™ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 (πŒπ“ππ)Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) tela...
10/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ πŒπ€π€π‡π€πƒ π“π€π‡π…πˆπ™ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 (πŒπ“ππ)

Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

Rombongan IQDAR diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi IQDAR, Encik Mohd Zaki bin Mokhtar. Turut serta ialah mantan Pengarah IQDAR, Encik Fakhrul Razi bin Mihat, Ketua Penolong Pengarah Kewangan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), Puan Zuraini binti Ahmad dan para pensyarah serta kakitangan IQDAR.

Rombongan IQDAR telah disambut oleh pihak pengurusan MTNP yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), YH Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz.

Lawatan ini menjadi medan yang amat bermakna bagi kedua-dua institusi untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan amalan terbaik khususnya berkaitan pengurusan institusi, pembangunan akademik, pendidikan tahfiz serta pembangunan pelajar.

Pelbagai idea dan perkongsian yang diperoleh sepanjang lawatan diharapkan dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh dan memperkasakan IQDAR sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz yang berkualiti, progresif dan berdaya saing.

Pihak IQDAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) atas layanan yang diberikan, sambutan mesra, kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rombongan IQDAR.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara IQDAR dan MTNP, seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam usaha bersama memartabatkan pendidikan tahfiz di Malaysia.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA


π…πŽπ‘π”πŒ ππˆπ‚π€π‘π€ π€π‹π”πŒππˆ πˆππƒπ€π‘Menjelang musim peperiksaan, persediaan bukan sekadar mengulang kaji pelajaran, malah turut mel...
09/09/2026

π…πŽπ‘π”πŒ ππˆπ‚π€π‘π€ π€π‹π”πŒππˆ πˆππƒπ€π‘

Menjelang musim peperiksaan, persediaan bukan sekadar mengulang kaji pelajaran, malah turut melibatkan pengurusan masa yang baik, pembinaan motivasi diri serta strategi yang berkesan dalam menghadapi peperiksaan.

Sehubungan itu, Persatuan Alumni IQDAR dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IQDAR telah menganjurkan Forum Bicara Alumni bertemakan:

β€œMotivasi β€’ Pengurusan Masa β€’ Strategi Menghadapi Peperiksaan”

Forum ini menampilkan alumni IQDAR yang berkongsi pengalaman, panduan serta tip kepada para pelajar dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

πŸŽ™οΈ Panel 1: Fatin Abd Khairi
πŸŽ™οΈ Panel 2: Iwana Safi
🎀 Moderator: Nurisya Khyra

πŸ“… 9 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 10.30 pagi
πŸ“ Dewan Al-Jazari, Institut Al-Quran Darul Aman

Semoga perkongsian daripada para alumni ini dapat memberikan suntikan semangat, meningkatkan keyakinan serta membantu para pelajar mengurus masa dan membuat persediaan yang lebih tersusun dalam menghadapi peperiksaan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Alumni IQDAR, MPP IQDAR, para panel, moderator serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga hubungan antara alumni dan pelajar IQDAR terus diperkukuh dalam membina generasi huffaz yang cemerlang dalam ilmu, sahsiah dan kepimpinan.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA



πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ‡π“πˆπ…π€π‹ πˆπ‹πŒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 π€π†π€πŒπ€ (πŒπˆπˆπ’π‘π€) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€πALOR SETAR, 7 Sept - Alhamdulillah Institut Al-Qur...
07/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ‡π“πˆπ…π€π‹ πˆπ‹πŒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 π€π†π€πŒπ€ (πŒπˆπˆπ’π‘π€) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π

ALOR SETAR, 7 Sept - Alhamdulillah Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah dipilih oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sebagai lokasi untuk diadakan rakaman acara-acara yang dipertandingkan dalam MIISRA 2026 yang melibatkan para pelajar yang terpilih daripada kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) dari seluruh Negeri Kedah.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIK iaitu Syeikh Hasbullah bin Md Mukhtar, IQDAR dipilih untuk dijalankan rakaman MIISRA ini kerana kerjasama yang baik di antara kedua pihak dalam menjalankan program-program sebelum ini selain IQDAR mempunyai fasiliti yang lengkap yang amat diperlukan untuk program tersebut. Ketua Pegawai Operasi IQDAR iaitu Encik Mohd Zaki bin Mokhtar mewakili Yayasan Islam Negeri Kedah amat mengalu-alukan kehadiran kontinjen MIISRA ke IQDAR dan beliau sempat meluangkan masa melawat pertandingan yang dijalankan.

Sebagai tambahan, sepanjang program ini berlangsung bermula 4 hingga 6 September 2026, IQDAR telah menyediakan bilik kuliah, bilik mesyuarat, kafeteria dan tempat penginapan kepada 12 orang peserta dan guru pengiring.

Semoga semua para peserta MIISRA yang mewakili Negeri Kedah khususnya memperoleh kejayaan dan kerjasama yang baik di antara IQDAR dengan JHEAIK akan terus berkekalan serta mempelawa mana-mana pihak yang ingin mengadakan program kerjasama dengan IQDAR khususnya berkaitan Al-Quran demi manfaat kita bersama.

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

06/09/2026
π“π€π‡ππˆπ€π‡ π€π‹π”πŒππˆ πˆππƒπ€π‘ – ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π“πŽπŠπŽπ‡ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ ππ„π–π€π‘πˆπ’ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡Seluruh warga Institut Al-Quran Da...
01/09/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ π€π‹π”πŒππˆ πˆππƒπ€π‘ – ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π“πŽπŠπŽπ‡ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ ππ„π–π€π‘πˆπ’ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Seluruh warga Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada alumni IQDAR,

NOR β€˜ISMAH BINTI ISMAIL
Alumni IQDAR Batch 2020/2023

atas kejayaan menerima Anugerah Tokoh Generasi Pewaris Sejahtera Negeri Kedah sempena Konvensyen Generasi Pewaris Sejahtera Negeri Kedah 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh warga IQDAR dan membuktikan bahawa alumni IQDAR terus mampu melakar kecemerlangan serta memainkan peranan dalam memberikan sumbangan kepada agama, masyarakat dan negeri.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada Nor Ismah untuk terus mencipta kejayaan dan menyumbang bakti, di samping menjadi inspirasi kepada para pelajar serta seluruh alumni IQDAR untuk terus melangkah maju dengan ilmu, akhlak dan integriti.

Pihak pengurusan dan seluruh warga IQDAR mendoakan agar kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas! Semoga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan IQDAR.

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA

SEMOGA NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN NEGARA MALAYSIA TERUS DIBERKATI OLEH ALLAH SWT SALAH SATUNYA ASBAB AL-QURAN YANG DIBA...
31/08/2026

SEMOGA NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN NEGARA MALAYSIA TERUS DIBERKATI OLEH ALLAH SWT SALAH SATUNYA ASBAB AL-QURAN YANG DIBACA, DIHAFAZ DAN DIAMALKAN OLEH WARGA INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR) DAN PARA PENCINTA AL-QURAN

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

π“πˆππ‰π€π”π€π πŠπ„π“π”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŽππ„π‘π€π’πˆ πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ π”π‰πˆπ€π π‹πˆπ’π€π (π’π˜π€π…π€π–πˆ) π“π€π”π‹πˆπ€π‡ πŒπ„ππ†π€π‰π€π‘ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€ππŸ“… 27 O...
27/08/2026

π“πˆππ‰π€π”π€π πŠπ„π“π”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ πŽππ„π‘π€π’πˆ πˆππƒπ€π‘ πŠπ„ π”π‰πˆπ€π π‹πˆπ’π€π (π’π˜π€π…π€π–πˆ) π“π€π”π‹πˆπ€π‡ πŒπ„ππ†π€π‰π€π‘ π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π

πŸ“… 27 Ogos 2026
πŸ“ Bangunan Mahkamah Syariah, Anak Bukit, Alor Setar

Alhamdulillah, Ketua Pegawai Operasi (KPO) Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Encik Mohd Zaki bin Mokhtar telah mengadakan tinjauan pada hari terakhir Ujian Lisan (Syafawi) Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026/1448H.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) serta beberapa orang pegawai IQDAR. Selain tinjauan ujian tauliah yang sedang berlangsung, Tuan KPO sempat mengadakan pertemuan ringkas bersama Timbalan M***i Negeri Kedah iaitu Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin. Di dalam pertemuan ini, beberapa program kerjasama telah dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak.

Semoga semua perancangan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT serta usaha yang dilaksanakan ini akan terus menyumbang kepada pemerkasaan pendidikan dan penyebaran ilmu Islam di Negeri Kedah Darul Aman.

Terima kasih kepada Jabatan M***i Negeri Kedah Darul Aman dan selamat maju jaya kepada calon-calon ujian tauliah di kalangan para pelajar IQDAR. "Moga dapat naik pentas masa hari penyampaian tauliah nanti"..amiin..

DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL
KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA

"πƒπˆππ‹πŽπŒπ€ 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 π“π€π”π‹πˆπ€π‡ πŒπ„ππ†π€π‰π€π‘ 𝐏𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πƒπˆ πˆππƒπ€π‘"Alor Setar, 26 Ogos -  Alhamdulillah, seramai 24 orang pelajar Instit...
26/08/2026

"πƒπˆππ‹πŽπŒπ€ 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 π“π€π”π‹πˆπ€π‡ πŒπ„ππ†π€π‰π€π‘ 𝐏𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πƒπˆ πˆππƒπ€π‘"

Alor Setar, 26 Ogos - Alhamdulillah, seramai 24 orang pelajar Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah menduduki Ujian Syafawi Tauliah Mengajar Agama Negeri Kedah untuk hari kedua bertempat di Bangunan Jabatan M***i Negeri Kedah Darul Aman (JMNK).

Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) IQDAR, Ustaz Abdul Malik bin Che Haat sempat mengadakan lawatan dan menyantuni para pelajar sebelum mereka memasuki bilik ujian lisan yang berlangsung selama 3 hari di bangunan tersebut.

Sebagai makluman, IQDAR telah membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dengan JMNK untuk dijadikan IQDAR sebagai pusat peperiksaan tauliah mengajar Agama Islam Negeri Kedah khas kepada para pelajar IQDAR. Pada tahun ini seramai hampir 50 orang pelajar IQDAR telah melepasi ujian bertulis dan akan menduduki ujian lisan. Dengan adanya inisiatif ini, para pelajar IQDAR yang tamat pengajian nanti bukan hanya mempunyai Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat malah mempunyai tauliah mengajar Al-Quran dan Tajwid sebagai permit untuk mereka menyebarkan ilmu Al-Quran kepada masyarakat.

Semoga semua calon yang menduduki ujian pada tahun ini akan berjaya dengan cemerlang.. Amiinn

"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"

Address

Jalan Sultanah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047327017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Al-Quran Darul Aman - IQDAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share