18/11/2025
DUNIA ITU 'SAMAR'
Kerana apa?
Kerana dunia ini hanya sementara. Tidak kekal abadi dan sesuatu yang kita nak capai di dunia ini belum pasti, masih samar tetapi sesuatu yang kita nak capai di akhirat itu PASTI...
HIDUP LAMA ITU BELUM PASTI TETAPI MATI ITU PASTI
Kita nak jadi orang kaya, orang ternama, orang dikenali, ataupun kita nak hidup senang-lenang atas dunia ini tidak pasti lagi...
Sekarang kita sedang berkerja lagi...
Susah-payah...
Duit kita tidak berapa cukup...
Nak senang-lenang tidak pasti lagi...
Tapi kita nak duduk di alam barzakh...
Nak di soal jawap....
Itu pasti...
Kebangkitan itu pasti.....
Ada orang dia tinggalkan yang pasti....
Dia ambil yang samar....
Maka ini orang yang 'bodoh'
Kata IMAM HADDAD.
Tidak salah untuk kita menghimpunkan duit, berkerja mencari dunia...
Itu tidak salah...
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْـَٔاخِرَةَ *وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا* وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
"Dan tuntutlah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadamu, dan *janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) dunia* dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang-orang yang melakukan kerosakan."
Surah Al-Qasas (28:77)
Maksudnya :
- Jangan kamu lupalah bahagian kamu di dunia ini. Kamu ibadat-ibadat tapi harta benda dunia, duit ringgit, ambillah...
Selagi mana...
Perkara itu tidak sampai meninggalkan kewajipan kamu dan juga kamu tidak ambil hak orang, engkau tidak menzalimi orang...
Maka ambillah...
Tapi jangan tinggalkan yang pasti...
Kerana itu bagaimana janji-janji pertemuan dengan ALLAH SWT yanh sudah menjadi pasti....
USTAZ MOHAMAD MOQTI
Kuliah Maghrib Jemputan.
Kitab Hikam IMAM ABDULLAH AL-HADDAD
Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, Alor Setar, Kedah
15 November 2025
Nota :
PENJELASAN MAKSUD “PASTI” & “SAMAR”
PASTI = AKHIRAT
Maksudnya:
- Akhirat adalah perkara yang terjamin berlaku. Kematian, alam barzakh, hisab, syurga dan neraka semuanya pasti, tidak ada keraguan.
Apa yang Allah janjikan tentang akhirat semuanya benar dan pasti akan kita lalui.
Akhirat dipanggil “pasti” kerana ia sudah ditetapkan oleh Allah dan pasti akan berlaku.
SAMAR = DUNIA
Maksudnya:
- Dunia ini tidak pasti, tidak kekal, dan tidak terjamin. Rezeki, harta, pangkat, kesenangan semuanya belum tentu dapat dan boleh hilang bila-bila masa.
Apa yang kita kejar di dunia ini belum tentu menjadi milik kita kerana dunia bersifat sementara dan berubah-ubah.
Dunia dipanggil “samar” kerana ia tidak tetap, tidak kekal, tidak dijamin dan hanya sementara.