17/03/2026
Alhamdulillah, Majlis Iftar Ramadan Masjid Al-Ummah Telok Chengai telah berjaya dilaksanakan pada hari kelmarin.
Dalam majlis ini, pihak masjid turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, beras dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan.
Terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang yang telah berinfaq dalam Tabung Ramadan Masjid Al-Ummah.
Dengan sumbangan anda, bukan sahaja majlis iftar dapat dilaksanakan, malah senyuman turut terukir di wajah mereka yang menerima, lebih-lebih lagi menjelang Syawal yang semakin hampir.
Iftar kali ini juga, seperti tahun-tahun sebelum ini, kita turut menjemput rakan-rakan Non-Muslim untuk bersama-sama merasai pengalaman berbuka puasa di masjid.
Inilah antara usaha kecil kita dalam membina jambatan ukhuwah dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.
Suasana penuh sederhana, tapi cukup bermakna.
Dari penyediaan makanan, agihan sumbangan, sehinggalah saat berbuka bersama semuanya dilakukan dengan semangat kebersamaan.
Inilah wajah sebenar masjid… bukan sekadar tempat ibadah, tetapi pusat kasih sayang dan kebajikan masyarakat.
Terima kasih kepada semua AJK, sukarelawan dan para penyumbang yang menjayakan program ini.
✨ Semanis Ramadan bersama Masjid Al-Ummah Telok Chengai.