13/01/2025
Assalamualaikum wbt. Selamat berpuasa kpd yg berpuasa hari ini.
Tajuk hari ini Kursus Pra Perkahwinan.
S : Min, kat mana nak ambil kursus tu?
J : Boleh cari kat internet ikut tempat masing-masing. Kalau di daerah Kota Setar, syarikat berikut ada menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan iaitu Hasani, Kalam Muslim, Pusat Dakwah, Zaliny, Irsyad Jaya dan lain-lain (maaf kalau tak sebut). Pendaftaran terus ke syarikat berkenaan.
S : Tempoh sah laku sijil kursus pra perkahwinan?
J : Setakat la..tak ada tempoh.
S : Janda/Balu atau Duda yang nak berkahwin kali ke 2 perlu berkursus lagi ka?
J : Kursus kahwin ni hanya untuk kali pertama berkahwin sahaja. Selepas itu, jika ingin berkahwin lagi Sijil Cerai atau Sijil Kematian Pasangan diperlukan.
**Min nak pesan la..hgpa kalau tak pi kursus pra perkahwinan ni lg jgn la dok telefon pejabat tanya mcm mn nak isi Borang Permohonanan Kebenaran Berkahwin..jenuh min nak cerita. Dalam kursus tu nanti Penceramah akan cerita kat hgpa..pas tu hgpa tanya apa yg tak faham...Min bukan marah..min habaq ja😀