Masjid Al-Amin Kampung Lubuk Perong

Masjid Al-Amin Kampung Lubuk Perong Kejar Dunia Jangan Sampai Tercicir Akhirat...

Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Tahunan berjalan dengan jayanya sebentar tadi.
01/05/2026

Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Tahunan berjalan dengan jayanya sebentar tadi.

Program Jualan Agro Madani anjuran FAMA dengan kerjasama Masjid telah diadakan dengan jayanya.
01/05/2026

Program Jualan Agro Madani anjuran FAMA dengan kerjasama Masjid telah diadakan dengan jayanya.

Bila telefon rosak, dunia terasa menjauh…yang bising jadi sunyi, yang sibuk jadi sepi.Hilang WhatsApp, tiada lagi notifi...
19/04/2026

Bila telefon rosak, dunia terasa menjauh…
yang bising jadi sunyi, yang sibuk jadi sepi.

Hilang WhatsApp, tiada lagi notifikasi bertalu.

Hilang Facebook, tiada lagi cerita yang tak perlu.

Hilang TikTok, lenyap hiburan yang melalaikan.

Hilang Shopee, padam nafsu membeli tanpa sempadan.

Hilang kawan yang hanya hadir di skrin.

Hilang gosip yang meracuni hati dan fikiran.

Namun di balik kehilangan itu…
ada yang kembali mendekat.

Dekat zikir yang lama ditinggalkan,
basah bibir menyebut nama Tuhan.

Dekat kitab yang dulu berdebu,
kini dibuka, dibaca penuh rindu.

Baru terasa…
bila “rosak” alat dunia,
rupanya Allah sedang membaiki jiwa.

Kadang kita tak hilang apa-apa,
kita cuma dipulangkan
kepada yang lebih bermakna.

Kredit Syed Putra KLP...

Tabung Masjid 👆🏽Hari-hari kita nampak… lima kali sehari kita mai solat, seminggu sekali penuh saf Jumaat…Tapi… berapa ka...
12/04/2026

Tabung Masjid 👆🏽

Hari-hari kita nampak… lima kali sehari kita mai solat, seminggu sekali penuh saf Jumaat…

Tapi… berapa kali kita huloq tangan, jatuh seringgit dua dalam tabung ni? 🤲🏽

Bukan pasai masjid ja… tapi pasai manfaat sedekah tu sendiri…

Sedekah ni… bukan bagi kurang harta, tapi bagi tambah berkat dalam hidup ✨

Yang sempit jadi lapang… yang susah jadi mudah… yang gelap hati, Allah bagi cahaya…

Kadang kita tak nampak… tapi sedekah tu jadi penolak bala, jadi penenang jiwa, jadi penarik rezeki tanpa kita sedaq…

Seringgit yang kita huloq tu… mungkin jadi lampu masjid menyala waktu malam 💡

jadi air wuduk untuk orang sujud 💧

jadi ilmu untuk anak kariah kenai Tuhan 📖

Dan semua tu… mengalir pahala dia… walaupun kita dah lama tak dak… 🕊️

“Mai la wey… jangan lalu buat tak nampak…

duit kecik hang tu… besar di sisi Allah.

Ni Masjid kita…
Kariah kita… Lubok Peghong kita… ❤️

Jangan kira banyak mana kita bagi… tapi kira… ada ka kita huloq?

Ingat… sedekah ni bukan rugi, tapi simpanan paling untung
untuk kita bawa jumpa Allah nanti…” 🌙

Kredit Syed Putra KLP

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽Signboard *Tanah Perkuburan Kariah Kampong Lubuk Perong*bukan sekadar papan tanda…dia teguran haluih, sentuh...
11/04/2026

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽

Signboard *Tanah Perkuburan Kariah Kampong Lubuk Perong*
bukan sekadar papan tanda…
dia teguran haluih, sentuhan jiwa… peringatan mesra dari alam sana.

Dalam Islam, ingat mati ni bukan saja-saja…
ia sunnah, ia didikan hati. Nabi ajar kita, keraplah ingat pemutus segala kelazatan — mati.

Bila hati ingat mati, nafsu jadi reda… dosa jadi segan… amal jadi ringan.

Mai kita renung sat…
kubur tu bukan jauh dah, bukan lama lagi…
dia setia tunggu kita, siang malam tak jemu.
Nama kita ja belum tertulis lagi.

Manfaat ingat mati ni besar:
dia lembutkan hati keras,
dia luruskan niat yang bengkok,
dia kejutkan kita dari lalai panjang.

Dan ziarah kubur tu pulak…
bukan sekadar tengok tanah…
tapi tanda kasih pada yang dah pergi,
kita doa, kita kirim Al-Fatihah…
moga sampai jadi cahaya dalam kubur depa.

Hari ni kita lalu tepi signboard tu,
esok lusa… mungkin kita pulak menghuni disitu.

Jadi jangan tunggu tua baru nak ingat mati…
la ni, saat ni… elok dah kita mula.

Perbanyak amal, perbetul langkah,
sebab bila sampai masa…
takdak dah “nanti”.

Ingatlah…
hidup ni sementara, mati tu pasti.

Yang kekal cuma amal…
yang teman kita dalam kubur,
bukan harta… bukan nama… tapi pahala.

Kredit Syed Putra KLP.

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽Mai dengaq elok-elok nohhh…Signboard tu bukan larang guna tepon,tapi nak ghoyat satu benda.....Panggilan Allah...
11/04/2026

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽

Mai dengaq elok-elok nohhh…

Signboard tu bukan larang guna tepon,
tapi nak ghoyat satu benda.....

Panggilan Allah tu… lagi tinggi dari semua bunyi dunia.

Bila azan muha denga dari speka masjid,
tu bukan suara kosong…
tu jemputan Tuhan, suruh kita balik sat ke *rumah-Nya.*

Dunia ni kita singgah sat ja…
kerja boleh tangguh, urusan boleh susun,
tapi seruan Allah… jangan dok buat lambat.

Mai la… langkah kaki pi masjid,
ringan sikit badan, lapang sikit hati.

Bukan setakat nak solat…
tapi nak mengadap *Dia,* nak dekat dengan *Dia.*

Jangan bagi dunia pegang muha kuat sangat,
sampai panggilan Allah pun muha buat tak kisah.

Mai sambut serua azan.....
Sebab tiap langkah muha pi rumah Allah,
sebenarnya muha tengah dekat dengan kasih sayang-Nya…

Credit Syed Putra KLP.

Alhamdulillah. Solat sunat hajat dan solat istisqo diperkarangan masjid dilakukan pada pagi ini. Solat di imamkan oleh S...
28/03/2026

Alhamdulillah. Solat sunat hajat dan solat istisqo diperkarangan masjid dilakukan pada pagi ini. Solat di imamkan oleh Syeikh Rodhi.

Moga dia kita semua diangkat oleh Allah.

Semua jemput hadir
27/03/2026

Semua jemput hadir

26/03/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
*JEMPUTAN SOLAT JENAZAH*

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah:
*Allahyarham Haji Abdullah bin Dahuri*
(Suami kepada Puan Sharifah Intan binti Syed Noh)

Dari Simpang 3, Kg Lubok Perong
Pada jam 5.00 pagi tadi

Sehubungan itu, semua dijemput hadir ke solat jenazah yang akan diadakan pada *jam 2.00 petang* (selepas solat Zohor) hari ini di *Masjid Kariah Lubok Perong.*

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar ahli keluarga diberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

16/03/2026

Program sumbangan duit raya kepada anak yatim Dan asnaf yang berlangsung pada 26 Ramadan.

Semua dijemput hadir
13/02/2026

Semua dijemput hadir

Address

Kampung Lubuk Perong, Jalan Naka
Alor Setar
06300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Amin Kampung Lubuk Perong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share