Pejabat Zakat Daerah Kota Setar

Pejabat Zakat Daerah Kota Setar KETULUSAN ANDA KEMUDAHAN BAGI KAMI,KEBAHAGIAN ANDA DOA UNTUK KAMI

Penyerahan Sijil Pengesahan MuzakkiAlhamdulillah, telah berlangsung penyerahan Sijil Pengesahan Muzakki (Pembayar Zakat)...
24/08/2026

Penyerahan Sijil Pengesahan Muzakki

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan Sijil Pengesahan Muzakki (Pembayar Zakat) kepada JMF Bistari Enterprise sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan pihak syarikat dalam menunaikan kewajipan zakat.

Semoga zakat yang ditunaikan ini menjadi asbab kepada keberkatan rezeki, kemajuan perniagaan serta kesejahteraan seluruh warga syarikat, di samping memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada JMF Bistari Enterprise atas keprihatinan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar zakat. Semoga usaha ini terus menjadi contoh kepada syarikat dan organisasi lain untuk bersama-sama menyumbang dalam memperkasakan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Zakat Ditunaikan, Rezeki Diberkati, Asnaf Dibantu.


Penyerahan Kabin Nasi LemakAlhamdulillah, telah berlangsung penyerahan Kabin Nasi Lemak kepada Puan Norafiza binti Hanaf...
24/08/2026

Penyerahan Kabin Nasi Lemak

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan Kabin Nasi Lemak kepada Puan Norafiza binti Hanafi dari Kuala Sala sebagai salah satu bentuk bantuan dan sokongan melalui dana zakat kepada golongan yang memerlukan.

Bantuan ini diharapkan dapat menjadi satu titik permulaan baharu buat Puan Norafiza dalam mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan serta membina kehidupan yang lebih baik bersama keluarga. Semoga kabin nasi lemak ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi sumber rezeki yang halal, berkat dan berpanjangan.

Bantuan zakat bukan sekadar membantu untuk memenuhi keperluan semasa, tetapi juga merupakan satu usaha untuk memperkasa penerima agar mampu berdikari dan membina sumber pendapatan sendiri. Mudah-mudahan dengan adanya peluang dan sokongan seperti ini, suatu hari nanti penerima zakat dapat berubah menjadi individu yang berjaya dan seterusnya berada dalam kalangan pembayar zakat p**a.

Semoga perniagaan Puan Norafiza terus berkembang, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan dan kekuatan serta dilimpahkan rezeki


19/08/2026

๐—™๐—ผ๐—ฟ๐˜‚๐—บ ๐—•๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—•๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
"๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› & ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—™ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐— ๐—”๐—›"

19 Ogos 2026 (Rabu)
Masjid Al-Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah

Alhamdulillah, pada hari ini Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah mengadakan penyerahan Wakalah Agihan Zakat Pendapatan...
13/08/2026

Alhamdulillah, pada hari ini Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah mengadakan penyerahan Wakalah Agihan Zakat Pendapatan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma.

Penyerahan wakalah ini merupakan salah satu usaha dalam memperkasakan peranan institusi pendidikan untuk membantu menyalurkan manfaat zakat kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam kalangan warga sekolah dan asnaf yang layak.

Semoga sumbangan wakalah yang disalurkan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima serta membantu meringankan beban mereka. Terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dan Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Semoga segala usaha dalam menyebarkan manfaat zakat ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.





AGIHAN SKIM JAYA DIRI LZNK DAERAH KOTA SETARAlhamdulillah, Bakhtiar Affendi bin Othman merupakan salah seorang penerima ...
13/08/2026

AGIHAN SKIM JAYA DIRI LZNK DAERAH KOTA SETAR

Alhamdulillah, Bakhtiar Affendi bin Othman merupakan salah seorang penerima Skim Jaya Diri LZNK dalam bentuk mesin rumput dan blower.

Bantuan ini diharapkan dapat membantu beliau menjana pendapatan, berdikari serta meningkatkan ekonomi keluarga melalui perkhidmatan pemotongan rumput dan penyelenggaraan kawasan.

Semoga bantuan ini memberi manfaat dan menjadi langkah awal ke arah kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih kepada para muzakki yang terus menunaikan zakat dan bersama-sama membantu golongan asnaf.

โ€œZakat Anda Memayungi Hidup Asnaf.โ€

Alhamdulillah, pihak Pejabat Zakat Kota Setar telah mengadakan tinjauan ke rumah Puan Zahanim binti Long di Kampung Telu...
12/08/2026

Alhamdulillah, pihak Pejabat Zakat Kota Setar telah mengadakan tinjauan ke rumah Puan Zahanim binti Long di Kampung Teluk Bagan bagi melihat keadaan kediaman serta menilai keperluan untuk tujuan baik pulih rumah.

Tinjauan ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan keadaan dan kerosakan rumah sebagai sebahagian daripada proses penilaian bantuan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban Puan Zahanim sekeluarga serta memberikan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan rezeki serta kekuatan kepada beliau sekeluarga.




Alhamdulillah, pihak Pejabat Zakat Kota Setar telah mengadakan tinjauan ke rumah Saudara Hilal bin Md Arshad di Kampung ...
12/08/2026

Alhamdulillah, pihak Pejabat Zakat Kota Setar telah mengadakan tinjauan ke rumah Saudara Hilal bin Md Arshad di Kampung Teluk Bagan bagi melihat keadaan kediaman serta menilai keperluan untuk tujuan baik pulih rumah.

Tinjauan ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan keadaan dan kerosakan rumah sebagai sebahagian daripada proses penilaian bantuan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban Saudara Hilal sekeluarga serta memberikan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan rezeki serta kekuatan kepada beliau sekeluarga.




Alhamdulillah, selesai sudah penyerahan Wakalah Agihan Zakat Sekolah kepada SMK Datoโ€™ Syed Omar dan SMK Sultanah Bahiyah...
11/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah penyerahan Wakalah Agihan Zakat Sekolah kepada SMK Datoโ€™ Syed Omar dan SMK Sultanah Bahiyah pada pagi ini. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, khususnya para Pengetua, atas kesudian menerima kunjungan kami serta memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan amanah agihan zakat ini.

Penyerahan wakalah ini merupakan salah satu usaha untuk memastikan manfaat zakat dapat disampaikan dengan lebih dekat kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam kalangan warga sekolah. Semoga amanah yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban serta memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Sesungguhnya, zakat bukan sekadar sebuah kewajipan, tetapi juga merupakan satu bentuk kasih sayang, keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam membantu membina kehidupan yang lebih baik.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan ini, memberkati usaha pihak sekolah dalam menguruskan amanah yang diberikan serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada seluruh guru, kakitangan dan warga sekolah.

Moga setiap ringgit yang diagihkan menjadi asbab kebaikan, setiap bantuan menjadi sinar harapan, dan setiap amanah yang ditunaikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’š

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan.

Bersama menyantuni asnaf, bersama menyebarkan manfaat zakat.

Pejabat Zakat Kota Setar

Alhamdulillah, pihak Pejabat Zakat Kota Setar telah mengadakan tinjauan ke rumah Tuan Abdul Ghani bin Abdul Kadir bagi m...
09/08/2026

Alhamdulillah, pihak Pejabat Zakat Kota Setar telah mengadakan tinjauan ke rumah Tuan Abdul Ghani bin Abdul Kadir bagi melihat keadaan kediaman serta menilai keperluan untuk tujuan baik pulih rumah.

Tinjauan ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan keadaan dan kerosakan rumah sebagai sebahagian daripada proses penilaian bantuan mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban Tuan Abdul Ghani sekeluarga serta memberikan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan rezeki serta kekuatan kepada beliau sekeluarga.




Alhamdulillah, pada hari ini Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah mengadakan sesi pendedahan dan penerangan mengenai je...
06/08/2026

Alhamdulillah, pada hari ini Pejabat Zakat Daerah Kota Setar telah mengadakan sesi pendedahan dan penerangan mengenai jenis-jenis zakat di Sekolah Kebangsaan S**a Menanti bersama-sama barisan guru.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai kewajipan berzakat, jenis-jenis zakat serta peranan zakat dalam membantu golongan asnaf. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat meningkatkan kesedaran untuk menunaikan zakat.

Terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan S**a Menanti atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.



Address

Pejabat Zakat Daerah Kota Setar, Kompleks Pembangunan Asnaf, Blok A, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6047318005

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Zakat Daerah Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pejabat Zakat Daerah Kota Setar:

Shortcuts

Share