14/06/2026
SUNNAT BAGI IMAM DIAM PADA 4 TEMPAT DALAM SOLAT
Al Imam an Nawawi menyebutkan perkara ini di dalam kitab al Azkar (m/s: 110, juz 1)
[ูุตู]: ูุงู ุฃุตุญุงุจูุง: ูุณุชุญุจู ููุฅูู
ุงู
ูู ุงูุตูุงุฉ ุงูุฌูุฑูุฉ ุฃู ูุณูุช ุฃุฑุจุน ุณูุชุงุช: ุฅุญุฏุงููู ุนููุจ ุชูุจูุฑุฉ ุงูุฅูุญุฑุงู
ุ ููุฃุชู ุจุฏุนุงุก ุงูุงุณุชูุชุงุญุ ูุงูุซุงููุฉ ุจุนุฏ ูุฑุงุบู ู
ู ุงููุงุชุญุฉ ุณูุชุฉ ูุทููุฉ ุฌุฏูุง ุจูู ุขุฎุฑ ุงููุงุชุญุฉ ูุจูู ุขู
ููุ ููุนูู
ุฃู ุขู
ูู ููุณุช ู
ู ุงููุงุชุญุฉุ ูุงูุซุงูุซุฉ ุจุนุฏ ุขู
ูู ุณูุชุฉ ุทูููุฉ ุจุญูุซ ููุฑุฃ ุงูู
ุฃู
ูู
ุงููุงุชุญุฉุ ูุงูุฑุงุจุนุฉ ุจุนุฏ ุงููุฑุงุบ ู
ู ุงูุณูุฑุฉ ููุตู ุจูุง ุจูู ุงููุฑุงุกุฉ ูุชูุจูุฑุฉ ุงูููู ุฅูู ุงูุฑููุน.
Ertinya: Fasal: Sunnat bagi imam di dalam solat jahriah ( bacaan kuat iaitu subuh, maghrib dan isyak) untuk diam (sekadar sekali atau lebih untuk ambil nafas baru) di empat tempat dibawah ini:
Sejurus selepas takbiratul ihram untuk di baca doa iftitah
Selepas selesai membaca al fatihah. Diam ini hanya sekejap sahaja diantara akhir al Fatihah dan Amin supaya diketahui bahawa Amin itu bukanlah daripada surah al Fatihah.
Selepas daripada membaca Amin dengan diam yang PANJANG sekira-kira selesai makmum membaca al Fatihah
Selepas selesai membaca surah al Fatihah dipisahkan antara bacaan surah dengan takbir untuk rukuk.
Para Imam kena utamakan perkara ini supaya mendapat pahala yang sempurna. Wallahu a'lam
Jom bersama beramal..