Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Alor Setar (PASTI)

Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Alor Setar (PASTI) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Alor Setar (PASTI), Alor Setar.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. ...
19/01/2021

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM

Visi - Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah sebagai Elemen Terpenting.

Misi - Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan serta Kuantiti PASTI di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI

1) Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

2) Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

3) Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.

4) Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.

5) Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

KELAB MAHASISWA PENYOKONG PAS(SISWA PAS)


SALAM TAKZIAH PASTI NEGERI KEDAH BUAT KELUARGA SETIAUSAHA PASTI NEGERI KEDAH Jabatan PASTI Negeri Kedah menzahirkan rasa...
18/01/2021

SALAM TAKZIAH PASTI NEGERI KEDAH BUAT KELUARGA SETIAUSAHA PASTI NEGERI KEDAH

Jabatan PASTI Negeri Kedah menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Ustaz Mohd. Noor Rahimin Bin Abd. Rahim, Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Kedah atas kematian ibunda beliau, Allahyarhamah Jamilah Binti Jabar pada pagi tadi.

YBhg. Ustaz Mohd. Haikal Bin Abdul Mutalib, Timbalan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kedah mewakili Jabatan PASTI Negeri Kedah menziarahi kematian allahyarhamah ibunda Ustaz Rahimin.

Seluruh warga Jabatan PASTI Negeri Kedah mendoakan semoga roh allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan hamba-NYA yang soleh dan diterima segala amalannya. Al-Fatihah

Haji Muhammad Aminur Shafiq Bin Mohamad Abduh
Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kedah
18 Januari 2021

04/11/2020

SEKALUNG TAHNIAH YBrs. MUHTAR SUHAILI

Sekalung tahniah buat YBrs. Muhtar bin Suhaili (Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia) di atas perlantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) adalah satu agensi Kerajaan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat wilayah di Amerika Syarikat, Eropah, Dubai, China dan India.

MTC yang ditubuhkan pada tahun 1992, bertujuan untuk mempromosikan dan mengembangkan industri kayu-kayan di Malaysia dan luar negara. Ia juga sebagai satu badan koordinasi bersama persatuan dan pemain industri berkaitan.

Kami di peringkat PASTI Malaysia mendoakan YBrs. Muhtar Suhaili dapat menggalas tugas yang diberi dengan penuh amanah dan berdekasi. Tahniah dan syabas kami ucapkan.




04/11/2020

SITUASI OPERASI PASTI SELURUH NEGARA

Melihat kepada perkembangan laporan status terkini pandemik COVID-19, keadaannya masih aktif di beberapa tempat diseluruh negara seperti yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengambil maklum akan situasi tersebut. Serta mengikut segala arahan dan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Sebagai tanggungjawab bersama membendung dan menghentikan penularan wabak ini.

Akibat daripada perkembangan tersebut, PASTI mengambil keputusan bersama selaras dengan ketetapan pihak berkuasa berhubung pengoperasian sektor pendidikan. Beberapa PASTI di peringkat Negeri dan Daerah terpaksa ditutup sementara. Antaranya seperti laporan berikut :

Laporan PASTI Yang Ditutup Akibat COVID-19 | Zon Merah

1. Selangor - seluruh negeri
2. Sabah - seluruh negeri
3. Wilayah - seluruh negeri
4. Sarawak - Kuching
5. Negeri 9 - Seremban
6. Johor- Kulai, Iskandar Puteri, Johor Bharu, Pasir Gudang dan Tebrau

Justeru, diharapkan agar Pengurusan PASTI di semua peringkat terus kekal cakna dengan perkembangan ini. Serta meningkatkan pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan. Sekian.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
16 Rabi’ul Awal 1442H | 2 November 2020




PERUTUSAN TAKZIAHPUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) MALAYSIAانا لله وانا اليه راجعون.. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف ...
26/10/2020

PERUTUSAN TAKZIAH
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) MALAYSIA

انا لله وانا اليه راجعون..
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها..
الفاتحة..

Seluruh saff Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhumah Cikgu Nur Diana Bt. Md Yusuf (PASTI Al Falah) Taiping Perak yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.11 pagi tadi.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan yang besar buat PASTI secara keseluruhannya.

PASTI Malaysia mendoakan agar seluruh ahli keluarga Almarhumah dapat bersabar atas ujian ini. Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa dan ditempatkan bersama para solihin.

Ikhlas dari :
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
9 Rabi’ul Awal 1442H | 26 Oktober 2020

"TERUS PATUHI SOP, KITA BELUM MENANG"Assalamualaikum Wrt. Wbt. Melihat kepada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KK...
05/10/2020

"TERUS PATUHI SOP, KITA BELUM MENANG"

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Melihat kepada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan peningkatkan kes penularan wabak Pandemik COVID-19 pada 05 Oktober 2020, iaitu sebanyak 432 kes di seluruh Malaysia dan sebanyak 241 kes di negeri Kedah sahaja ternyata angka ini sangat membimbangkan kita semua.

Justeru, Jabatan PASTI Negeri Kedah ingin mengingatkan semua warga PASTI bermula daripada pengurusan kawasan dan cawangan, guru-guru serta ibu bapa/ penjaga murid untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.

Semua pihak disarankan untuk terus mengamalkan New Normal atau Kebiasaan Baharu dengan selalu memakai penutup hidung, menggunakan hand sanitizer dan kerap mencuci tangan dengan sabun. Juga terus berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar berurusan di luar.

Disamping kita terus meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan doa agar wabak ini segera diangkat dan kita semua dijauhi daripadanya.

Jabatan PASTI Negeri Kedah juga menetapkan pada 08 Oktober 2020 bersamaan 20 Safar 1442H sebagai "Hari PASTI Bermunajat". Disarankan untuk semua warga PASTI negeri Kedah untuk mengadakan Bacaan Yasin dan Solat Hajat khusus di kediaman masing-masing.

Saya optimis bahawa kita akan dapat menghadapi saat-saat sukar ini dengan penuh kesabaran setelah kita berjaya mengharungi tempoh enam bulan lalu dengan sebaiknya. Semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan untuk mengharungi ujian berat ini.





Yang benar,

HAJI MUHAMMAD AMINUR SHAFIQ BIN MOHAMAD ABDUH
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Kedah

05 Oktober 2020 / 17 Safar 1442H

Pertandingan Online 'DOODLES' PASTI Kedah 2020 (Bertemakan COVID-19)Syarat-syarat Penyertaan:Peserta: Terbuka kepada mur...
18/09/2020

Pertandingan Online
'DOODLES' PASTI Kedah 2020 (Bertemakan COVID-19)

Syarat-syarat Penyertaan:

Peserta: Terbuka kepada murid PASTI Negeri Kedah. (Berumur 6 tahun sahaja)

Yuran: Percuma

Media: Bebas (Saiz A4)

Syarat Lain:

1- Ambil gambar karya tersebut dan whatsapp ke talian 019-492 6709. Sertakan bersama maklumat berikut:
Nama murid:
Umur:
Nama PASTI:

2- Upload karya tersebut di Facebook dengan meletakkan;






Tarikh Tutup Penyertaan
15 OKTOBER 2020

20 karya yang menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Sebarang Pertanyaan Hubungi:
013-222 9067
Ustaz Hayazie Saad
(Timbalan Pengarah 3, PASTI Kedah)

Nota:

Doodles adalah suatu lukisan contengan yang dilakukan secara bebas. Ia juga lakaran yang digunakan untuk meluahkan kreativiti dengan cara yang santai dan paling mudah. Hanya perlu PEN atau PENSIL dan KERTAS (Paling asas)

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020 PASTI Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.K...
15/09/2020

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020

PASTI Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Kita amat bertuah dilahirkan di dalam sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman dan sejahtera.

Marilah kita bersama mempertahakan keamanan yang dikecapi kini dengan terus memupuk semangat patriotisme, saling hormat-menghormati antara satu sama lain di samping menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat yang sayangkan negara.



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020

PASTI Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Kita amat bertuah dilahirkan di dalam sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman dan sejahtera.

Marilah kita bersama mempertahankan keamanan yang dikecapi kini dengan terus memupuk semangat patriotisme, saling hormat-menghormati antara satu sama lain di samping menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat yang sayangkan negara.



UCAPAN TAHNIAH ATAS ANUGERAH DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERBAIKJabatan PASTI Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih ke...
13/09/2020

UCAPAN TAHNIAH ATAS ANUGERAH DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERBAIK

Jabatan PASTI Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana sudi menobatkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sebagai Dewan Pemuda PAS Negeri terbaik di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-61.

Kejayaan ini merupakan hasil kerja berpasukan organisasi yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin bin Hamid memimpin dewan dengan jayanya serta melaksanakan pelbagai inovasi pengurusan dan anjakan pemikiran.

Antara penerapan kepimpinan beliau yang begitu ketara adalah penataran (upgrading) atau pemerkasaan institusi pendidikan di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah memandangkan beliau juga merupakan golongan pendidik dan juga pernah menguruskan PASTI dan agensi pendidikan Parti diperingkat negeri.

Kejayaan ini juga dibantu kuat oleh Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan saf kepimpinan pemuda diperingkat Exco negeri mahupun kawasan hinggalah ke cawangan yang memberi kerjasama erat kepada pelbagai penjajaran semula pengurusan yang baik yang menghasilkan kejayaan pengurusan di negeri Kedah.

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus bekerja bagi memastikan agenda pendidikan khususnya pendidikan pra sekolah melalui PASTI terus mendapat pilihan dalam kalangan masyarakat di negeri Kedah Darul Aman.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Yang Benar,

Muhd. Aminur Shafiq Bin Mohd. Abduh
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Kedah
13 September 2020

SUMBANGAN AIDILFITRI GURU-GURU PASTI MALAYSIAPASTI Malaysia memohon sumbangan daripada orang ramai bagi mengurangkan beb...
21/05/2020

SUMBANGAN AIDILFITRI GURU-GURU PASTI MALAYSIA

PASTI Malaysia memohon sumbangan daripada orang ramai bagi mengurangkan beban guru PASTI yang terjejas sumber pendapatan dalam tempoh PKP ini. Sekali gus dapat memberi sedikit keceriaan kepada guru PASTI dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Bersempena dengan Bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita sama-sama melipat gandakan amalan dengan perbanyakkan bersedekah. Firman Allah yang berbunyi:

(مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)
[Surat Al-Baqarah 261]

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Sumbangan anda boleh disalurkan ke:
Bank Islam :
12113010017272
Tabung Kebajikan PASTI Pusat

Maklumat lanjut hubungi:
En. Kamarul : http://www.wasap.my/60192582074/pastimalaysia
Pn. Shuhaida : http://www.wasap.my/60126263740/pastimalaysia

Sumbangan anda kami dahului dengan ucapan jazakaAllahu khairan (semoga kamu dibalasi Allah dengan kebaikan).

Ibu Pejabat PASTI Malaysia




HAFAL DAN AMAL 10 AYAT AWAL SURAH AL-KAHFIعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: " مَنْ حَفظ عَشْرَ آيَاتٍ مِ...
30/04/2020

HAFAL DAN AMAL 10 AYAT AWAL SURAH AL-KAHFI

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: " مَنْ حَفظ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ، عُصِم مِنَ الدَّجَّالِ ".

Maksudnya :
Daripada Abi Darda’ R.A Daripda Nabi S.A.W Bersabda ia : Sesiapa yang menghafaz 10 ayat awal dari surah Al-Kahfi, nescaya akan dipelihara dari fitnah dajjal.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ
[Surat Al-Kahf 1]

(قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا)
[Surat Al-Kahf 2]

(مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا)
[Surat Al-Kahf 3]

(وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا)
[Surat Al-Kahf 4]

(مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا)
[Surat Al-Kahf 5]

(فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا)
[Surat Al-Kahf 6]

(إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا)
[Surat Al-Kahf 7]

(وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا)
[Surat Al-Kahf 8]

(أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا)
[Surat Al-Kahf 9]

(إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا)
[Surat Al-Kahf 10]



MARHABAN YAA RAMADHAN 1441Hالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ ...
23/04/2020

MARHABAN YAA RAMADHAN 1441H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ)
[Surat Al-Baqarah 186]

Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

1. Kehadiran Ramadan al Mubarak pada tahun ini 1441H sangat2 dinantikan dan dirindui oleh semua yang beriman pada Allah. Dalam usaha merebut kelebihan dan fadhilat yang besar ditawarkan oleh Allah Rabbul Jalil.

2. Ramadan dimusim PKP COVID 19 ini mencabar nilai dan kekuatan dalaman setiap individu muslim. Mengharungi keterbatasan dengan mengisi semaksimum mungkin amal ibadah dirumah masing-masing. Kesempatan yang ada, saya menyeru agar semua ummah khususnya warga PASTI (anak-anak murid, ibu bapa, pengurusan PASTI) untuk sama-sama kita jadikan benar-benar slogan kata "Baiti Jannati" disetiap kediaman kita. Dalam erti kata lain, kediaman kita diisi dengan sifat-sifat dan amal ahli syurga.

3. Lazimi amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan keterbatasan dirumah dengan memperbanyakkan amalan berikut :

i. Puasa dengan sempurna
ii. Solat Tarawikh berjamaah
iii. Solat Jamaah 5 waktu bersama keluarga
iv. Tadarus Al Quran dan semakan hafazan
v. Bangun Qiamullail
vi. Berzikir dan membaca Asma'ul Husna
vii. Infaq dan sedekah
viii. Lain-lain amal

4. Apabila hamba-hamba Allah berusaha mendekatkan diri kepada-Nya serta menghidupkan kediaman masing-masing dengan amal-amal soleh, kediaman2 (baiti) kita mampu melahirkan bakal penghuni syurga yang sebenar (jannati).

5. Semoga Ramadan pada tahun ini, Allah SWT menerima segala bentuk amalan kita. Serta menjadikan kita termasuk dalam golongan yang mendapat redha-Nya pada hari akhirat kelak.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pengarah PASTI Malaysia



Address

Alor Setar

Telephone

04 - 734 0782

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Alor Setar (PASTI) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pusat Asuhan Tunas Islam Kawasan Alor Setar (PASTI):

Share