Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah II

Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah II Masjid Al-Ummah Telok Chengai merupakan institusi agama yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Masjid ini terletak di dalam Parlimen Kuala Kedah, DUN Kubang Rotan. Kapasiti warga kariah berjumlah hampir 3000 orang.

Jom pakat mai sekarang! Sedang berlangsung, Jualan Rahmah MADANI di Masjid Al-Ummah Telok Chengai!Menjelang Aidiladha ya...
22/05/2026

Jom pakat mai sekarang!

Sedang berlangsung, Jualan Rahmah MADANI di Masjid Al-Ummah Telok Chengai!

Menjelang Aidiladha yang bakal tiba minggu depan, inilah peluang untuk warga kariah mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga lebih murah dan berpatutan ❤️

📍 Lokasi:
Perkarangan Masjid Al-Ummah Telok Chengai
🗓 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 petang – 6:00 petang

Mai pakat ramai-ramai singgah.
Sambil beli barang, sambil eratkan ukhwah sesama kariah 🤝


18/03/2026
Ujian Berat di Penghujung RamadanDalam kehangatan kita membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelma, ada sauda...
18/03/2026

Ujian Berat di Penghujung Ramadan

Dalam kehangatan kita membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelma, ada saudara kita yang sedang diuji dengan satu musibah yang sangat berat.

Sekitar jam 1.00 petang tadi, Tuan Imam menerima panggilan daripada seorang warga kariah memaklumkan bahawa rumah adiknya di Kampung Telok Chengai Dalam, dalam kariah Masjid Al-Ummah Telok Chengai, telah ditimpa musibah kebakaran.

Di penghujung Ramadan yang penuh keberkatan ini, ujian ini pastinya amat berat untuk ditanggung oleh keluarga mangsa. Benarlah kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Abang kepada mangsa turut bertanya sekiranya pihak masjid dapat membantu memberikan sedikit bantuan awal bagi meringankan beban yang mereka hadapi. Sejurus menerima makluman tersebut, perkara ini telah dimaklumkan kepada AJK berkaitan untuk turun melihat keadaan dan melakukan apa yang sewajarnya.

Sahabat sahabat sekalian,ujian mereka. Juga ujian atas kita sesama saudara.

Pihak masjid juga bercadang untuk membuka tabung khas bantuan kebakaran bagi memberi peluang kepada para dermawan untuk sama-sama membantu keluarga ini.

Semoga Ramadan yang penuh rahmat ini menjadi ruang untuk kita berkongsi rezeki dan meringankan kesusahan saudara kita yang sedang diuji.

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Moga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Bagi yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian melalui pautan berikut dengan rujukan “Tabung Kebakaran”:

https://masjid-al-ummah-telok-chengai.mosq.io/dana

🌕 Gerhana bukan sekadar fenomena… ia tanda kebesaran Allah.Rasulullah ﷺ bersabda:“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah...
03/03/2026

🌕 Gerhana bukan sekadar fenomena… ia tanda kebesaran Allah.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah…”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sehubungan itu, Masjid Al-Ummah Telok Chengai akan mengadakan:

🕌 Solat Sunat Gerhana Bulan
🗓 3 Mac 2026 (Selasa)
⏰ 8.15 malam
📍 Masjid Al-Ummah Telok Chengai

Dan selepas selesai solat sunat gerhana, kita akan meneruskan dengan Solat Tarawih seperti biasa.

Malam itu, kita gandakan ibadah.
Gerhana jadi asbab kita sujud lebih lama,
Tarawih jadi penguat jiwa sepanjang Ramadan.

Semua warga kariah dijemput hadir.
Mari hidupkan malam dengan doa, istighfar dan qiyam 🤲✨



🌙 Ramadan bukan sekadar datang… ia datang dengan pintu-pintu yang dibuka.Sabda Nabi ﷺ:“Apabila datang Ramadan, dibuka pi...
02/03/2026

🌙 Ramadan bukan sekadar datang… ia datang dengan pintu-pintu yang dibuka.

Sabda Nabi ﷺ:
“Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga.”
(Hadis Sahih)

Bayangkan… pintu syurga dibuka luas.
Bukan sehari. Bukan sejam.
Sebulan penuh peluang.

Inilah masa untuk gandakan solat, gandakan sedekah, gandakan doa.
Mungkin satu amal kecil kita tahun ini, jadi sebab Allah redha selamanya.

Jangan lepaskan peluang yang Allah sendiri buka untuk kita.
Rebut peluang gandakan amal 🤲✨




Sila duduk dan jangan Pi mana mana !Selepas Solat Jumaat harini. Jangan biar Ramadan lalu macam tu saja.Datang isi hati,...
27/02/2026

Sila duduk dan jangan Pi mana mana !
Selepas Solat Jumaat harini.

Jangan biar Ramadan lalu macam tu saja.
Datang isi hati, reset niat, kuatkan semangat.

🕌 Tazkirah Ramadan 1447H / 2026M
🗓 27 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ Selepas Solat Jumaat
📍 Masjid Al-Ummah Telok Chengai

Bersama:
Syeikh Mohd Fadhil bin Ab Rahman
(Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu)

Kadang kita perlukan satu peringatan
untuk hidupkan semula rasa dalam ibadah.

Ambil masa sekejap selepas Jumaat.
Isi hati sebelum teruskan dunia.

Jumpa di masjid 🤲✨

Sumbangan Infaq Ramadan masih diperlukan lagi. Infaq serendah RM10 / RM20 / RM30 / RM40 / RM50https://infaqmasjidalummah...
06/03/2025

Sumbangan Infaq Ramadan masih diperlukan lagi.

Infaq serendah RM10 / RM20 / RM30 / RM40 / RM50

https://infaqmasjidalummah.onpay.my/order/form/9

""Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi ketika bulan Ramadan saat Jibril menemuinya. Jibril menemuinya setiap malam di bulan Ramadan untuk mengajarkan Al-Qur’an kepadanya. Dan sungguh, Rasulullah ﷺ lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus."

— (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6 & Muslim, no. 2308)

FB Official Masjid : https://www.facebook.com/MASJIDALUMMAHTelokChengai/

SCAMMER ! TIDAK MENGENAL SIAPA KAMU 🫵🏻 Pada era ini, terlalu banyak jenayah siber telahpun dilaporkan. Pelbagai kegiatan...
14/10/2024

SCAMMER ! TIDAK MENGENAL SIAPA KAMU 🫵🏻

Pada era ini, terlalu banyak jenayah siber telahpun dilaporkan.
Pelbagai kegiatan jenayah siber ini dilakukan dengan modus operandi yang berbeza. Lain dan tidak bukan demi keuntungan dan mendapat kan duit dengan cepat .

Takmau cakap banyak ! Jom pakat mai malam ni nak dengar penerangan dari ahlinya. Yang juga pakar dalam jenayah siber pada hari ini.

Jom pakat mai ramai-ramai, selepas solat maghrib di Masjid Al Ummah ☺️







MASJID MEMBUKA PELUANG UNTUK UMMAH MENYUMBANG SECARA POTONGAN BULANAN BAGI BERSAMA-SAMA MENYOKONG DAN MEMBANTU AKTIVITI ...
01/04/2024

MASJID MEMBUKA PELUANG UNTUK UMMAH MENYUMBANG SECARA POTONGAN BULANAN BAGI BERSAMA-SAMA MENYOKONG DAN MEMBANTU AKTIVITI TAHUNAN MASJID INI SEPANJANG TAHUN 2024.

[ HANYA SERENDAH RM5 SECARA BULANAN @ RM60 SETAHUN DARIPADA 20,000 PENYUMBANG YANG BERMURAH HATI ]

BAJET 2024 : RM1,2000,000 (SATU JUTA, DUA RATUS RIBU)

BAJET MENGURUS - RM500,000 @ 41.7 %
BM1 (Belanja Am & Pelbagai) : RM300,000
BM2 (Kebajikan & Rekreasi) : RM100,000
BM3 (Ihya' Ramadhan & Pendidikan) : RM100,000

BAJET PEMBANGUNAN - RM700,000 @ 58.3 %
BP1 (Pembangunan Fizikal Masjid) : RM200,000
BP2 (Pembangunan Kubur Baharu) : RM500,000

DONATE NOW DI LINK DI BAWAH :

https://infaqpay.my/go/masjidalummahtelokchengai

https://infaqpay.my/go/masjidalummahtelokchengai

https://infaqpay.my/go/masjidalummahtelokchengai

SEBARANG PERTANYAAN :

Pengerusi/Imam : 017-6041421
Setiausaha : 011-10875965
Bendahari : 019-4587988

KEMPEN INFAQ SERENDAH RM2Masjid ini berhasrat menyasarkan 40,000 penyumbang sahaja untuk bersama-sama kami menjayakan Ke...
09/03/2024

KEMPEN INFAQ SERENDAH RM2

Masjid ini berhasrat menyasarkan 40,000 penyumbang sahaja untuk bersama-sama kami menjayakan Kempen Infaq RM2 bagi mencukupkan Dana Infaq Ramadhan Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah berjumlah RM80,000 bertujuan membiayai semua aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang Ramadhan kali ini.

Terima kasih di atas perhatian dan sumbangan anda semua kerana turut membantu Masjid ini serta pihak-pihak yang lain.

Jom sama-sama kita membantu. Infaq dalam talian, tekan pautan di bawah :

https://infaqmasjidalummah.onpay.my/order/form/ihyaramadhan

https://infaqmasjidalummah.onpay.my/order/form/ihyaramadhan

https://infaqmasjidalummah.onpay.my/order/form/ihyaramadhan

Bank : BIMB
No. Akaun : 0201-1010-0109-60
Nama Akaun : Jawatankuasa Kariah Masjid Telok Chengai

Hubungi :
Pengerusi/Imam : 017-6041421
Setiausaha : 011-10875965
Bendahari : 019-4587988

Pautan FB Masjid:
https://www.facebook.com/MASJIDALUMMAHTelokChengai?mibextid=ZbWKwLA

Address

BATU 3 1/4, Jalan KUALA
Alor Setar
06600

Opening Hours

Monday 05:00 - 22:00
Tuesday 05:00 - 22:00
Wednesday 05:00 - 22:00
Thursday 05:00 - 22:00
Friday 05:00 - 22:00
Saturday 05:00 - 22:00
Sunday 05:00 - 22:00

Telephone

+60176041421

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah II:

Share