UMIC UniKL MICET ISLAMIC CENTER

Rasulullah SAW Pendakwah Berjiwa BesarDaripada Aisyah RA bahawa ia berkata kepada Nabi Muhammad SAW:Adakah pernah datang...
10/09/2021

Rasulullah SAW Pendakwah Berjiwa Besar

Daripada Aisyah RA bahawa ia berkata kepada Nabi Muhammad SAW:

Adakah pernah datang pada engkau suatu hari yang lebih sukar penderitaannya dari hari peperangan Uhud?

Baginda Rasulullah SAW menjawab:

Ya, aku pernah menemui peristiwa dahsyat dari kaummu. Peristiwa yang terberat penderitaannya dari mereka adalah pada hari 'Aqabah. Ketika itu, aku menemui Ibn Abd Yalil ibn Abd Kulal. Tetapi dia tidak mengabulkan apa yang aku kehendaki. Oleh sebab itu, aku pergi dalam keadaan sangat sedih. Aku baru tersedar setelah berada di Qarn atsa’alib. Aku menghadapkan wajahku dan ternyata ada Jibril AS di sana. Lalu dia berkata kepadaku, Sesungguhnya, Allah SWT telah mendengar jawapan serta bantahan kaummu dan menghantar kepadamu malaikat penjaga gunung agar kamu menyuruhnya sesukamu untuk membinasakan mereka. Kemudian malaikat penjaga gunung berkata kepadaku, Ya Muhammad, sesungguhnya, Allah SWT telah mendengar jawaban serta bantahan kaummu kepadamu. Aku adalah malaikat penjaga gunung. Aku diutus oleh Tuhanku untuk menemuimu agar kamu memberi perintah sekehendakmu kepadaku. Jika engkau menghendaki, aku timpakan dua gunung besar di atas mereka.

Nabi Muhammad SAW Menjawab :

Bahkan aku menginginkan agar Allah memunculkan dari zuriat keturunan mereka orang yang menyembah Allah semata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

(Muttafaq 'alaih)

P/s: Al-akhsyaban ialah dua gunung yang mengeliling kota Mekah, sedang al-akhsyab ertinya ialah gunung besar.

Dipetik dari FB Wan Abdul Rahman

[Pemimpin Yang Baik Membina Rakyat Menjadi Baik, Rakyat Yang Baik Melahirkan Pemimpin Yang Baik]Sebagai seorang pemimpin...
19/08/2021

[Pemimpin Yang Baik Membina Rakyat Menjadi Baik, Rakyat Yang Baik Melahirkan Pemimpin Yang Baik]

Sebagai seorang pemimpin, sama ada kerajaan, badan atau organisasi termasuk ketua keluarga, sikap dan sifat pemimpin itu perlu terserlah agar sebuah komuniti itu ‘hidup’. Sangat mendukacitakan, hari ini kita mempunyai kelemahan dari aspek kepimpinan.

Pemimpin semisal ketua keluarga terkadang melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua dan lebih malang institusi keluarga runtuh disebabkan ketidakjelasan peranan yang perlu dimainkan oleh suami, isteri dan anak-anak. Institusi keluarga adalah permulaan sebagai latihan mencorak sifat kepimpinan dan muafakat.

Dr Muhammad bin Mukhtar al-Syanqiti membahaskan isu kepimpinan dalam bukunya yang berjudul “Fiqh Siasah dari Perspektif Legitimasi dan Perlaksanaan Kekuasaan Politik”. Beliau menyebut hampir mustahil untuk mengumpulkan dua nilai utama 'القوي' dan 'الأمين' dalam memilih pemimpin hari ini. Nilai kompeten dan integriti. Namun, kedua-dua sifat ini barangkali wujud dalam jiwa yang berbeza namun boleh disatukan dalam barisan kepimpinan membentuk gandingan yang hebat.

Nilai kompeten (القوي) dan integriti (الأمين) bukan sahaja semakin terhakis dan hilang dalam kalangan pemimpin hari ini, malah kelemahan ini akan menjadi masalah besar sekiranya rakyat dididik dengan pemimpin yang tidak layak apatah lagi pemimpin yang tidak amanah.

Sungguh malang sebuah negara itu apabila dipimpin oleh sekelompok manusia yang zalim, tidak memikirkan hal rakyat dan hanya mementingkan diri dan kelompoknya sahaja. Rasuah demi memperoleh sesuatu, menjatuhkan seseorang, menaikkan namanya sendiri demi kepentingan peribadi dan kumpulan adalah satu budaya yang akan meruntuhkan tamadun dan nilai peradaban manusia. Waspadalah!

Dua nilai murni ini perlu dicari semula. Sewaktu Saidina Abu Bakar as-Siddiq (الأمين) menjadi khalifah, beliau memilih saidina Khalid al-Walid (القوي) sebagai panglima perang. Pada zaman Saidina Umar al-Khattab (القوي), beliau melantik Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah (الأمين) untuk mengetuai peperangan. Gandingan yang ditunjukkan ini menghasilkan kepemimpinan yang baik dan kompeten, seterusnya membolehkan keadilan dan kesaksamaan dicurahkan dalam mentadbir urus negara dan rakyat terutamanya pada zaman krisis seperti hari ini.

Mari berdoa agar kita dikurniakan pemimpin yang berintegriti dan kompeten.


Ibadat Puasa Di bulan MuharramDi antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram...
13/08/2021

Ibadat Puasa Di bulan Muharram

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah memperbanyakkan berpuasa sunat. Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

“Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail)”. Riwayat Abu Daud (2429)

Terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

“Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah”. Riwayat al-Tirmizi (741)

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Puasa Asyura (10 Muharam)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا

Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih

Puasa Asyura ganjarannya menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

09/08/2021

Salam Maal Hijrah sempena permulaan tahun baru bagi kalendar Islam Hijrah, 1 Muharram 1443H bersamaan Selasa, 10 Ogos, 2021 dengan tema pada tahun ini ialah 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti'.

Maal Hijrah adalah detik penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dan kejayaan baginda menyatukan Ansar dan Muhajirin.

Seharusnya, ia menjadi pedoman bagi kita rakyat Malaysia bersatu hati, melangkaui agama, bangsa, bahkan politik terutamanya dalam mendepani pandemik Covid 19 yang masih belum berakhir. Semoga rakyat Malaysia mampu menghadapi cabaran yang sedang melanda negara ketika ini.

Pengambilan pelajar sesi July 2021 telah dibuka, sila layari www.micet.unikl.edu.my/inquiry atau

atau Klik WhatsApp: https://inquiry4uniklmicet.wasap.my/





Ziarah Kasih,  Pengerusi  & AJK UMIC Universiti Kuala Lumpur MICET Menyampaikan Sumbangan Kepada En Ahmad Kupan, semoga ...
20/07/2021

Ziarah Kasih, Pengerusi & AJK UMIC Universiti Kuala Lumpur MICET

Menyampaikan Sumbangan Kepada En Ahmad Kupan, semoga Dgn sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga En.Ahmad.

Solat Sunat Aidil Adha di UMIC, UniKL MICET
20/07/2021

Solat Sunat Aidil Adha di UMIC, UniKL MICET

Program Masak Bubur Lambuk 2021
30/04/2021

Program Masak Bubur Lambuk 2021

29/04/2021

Address

Alor Gajah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMIC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share