Team Dhuha Al Najihin

Team Dhuha Al Najihin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Team Dhuha Al Najihin, Mosque, masjid Al Najihin, Alor Gajah.

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLILDengan segala hormatnya dijemput semua muslimah untuk hadir ke majlis:Bacaan Yas...
21/04/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL

Dengan segala hormatnya dijemput semua muslimah untuk hadir ke majlis:

Bacaan Yasin & Tahlil Arwah
Allahyarhamah Ustazah Hajah Masiah binti Haji Anuar

๐Ÿ“… Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al Najihin, Padang Sebang

๐Ÿ’ Semua muslimah dijemput hadir.
๐Ÿฝ๏ธ Potluck dialu-alukan.

Anjuran:
Sahabat Dhuha Muslimah Al Najihin

Semoga kehadiran kita diberkati dan majlis ini menjadi amal jariah buat arwah. Aamiin.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูุงูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ูŽู‘ู€ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa Ustazah Mis...
02/04/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
ุงูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ูŽู‘ู€ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa Ustazah Misiah telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi.

Allahyarhamah merupakan seorang yang sangat berjasa, yang pernah menyampaikan ilmu dalam kelas Dhuha Muslimah di Masjid Al Najihin, Padang Sebang yang diadakan sebulan sekali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar keluarga Allahyarhamah diberi kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai urusan jenazah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Al-Fatihah.

HEBAHAN KELAS DHUHA MUSLIMAHAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Muslimat dijemput hadir ke Kelas Dhuha Muslimah b...
18/05/2025

HEBAHAN KELAS DHUHA MUSLIMAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Muslimat dijemput hadir ke Kelas Dhuha Muslimah bersama:

Ustazah Hajah Misiah
Tarikh: Isnin, 19 Mei 2025
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Masjid Al Najihin, Padang Sebang

Ayuh kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu dan mendapatkan keberkatan pagi dalam suasana penuh ketenangan dan ukhwah.

โ€œSesi terbuka untuk semua muslimat. Mohon sebarkan.โ€

Anjuran: Dhuha Muslimah Al Najihin Padang Sebang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Gema Cinta telah berjaya dilangsungkan denga...
28/01/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Gema Cinta telah berjaya dilangsungkan dengan lancar pada 26 Januari 2025 yang lepas bertempat di Masjid Al Najihin, Padang Sebang. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan sumbangan kalian diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT.

๐Ÿ“ข Hebahan Majlis Ilmu: Gema Cinta ๐Ÿ“ขโœจ Tarikh: 26 Januari 2025 (Ahad)โœจ Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagiโœจ Lokasi: Masjid Al-Naj...
22/01/2025

๐Ÿ“ข Hebahan Majlis Ilmu: Gema Cinta ๐Ÿ“ข

โœจ Tarikh: 26 Januari 2025 (Ahad)
โœจ Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
โœจ Lokasi: Masjid Al-Najihin, Padang Sebang

Bersama:
๐ŸŒธ Ustazah Sharniza

๐Ÿ’– Jemputan terbuka kepada semua untuk menghadiri majlis penuh keberkatan ini. Bersama-sama kita hayati dan tingkatkan kecintaan kepada Allah dan Rasul melalui pengisian ilmu yang disampaikan.

Jangan lepaskan peluang!
Ayuh, bawa ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan.

"Ilmu adalah cahaya, mari kita menimba sinarnya."

๐ŸŒŸ Mohon kongsikan makluman ini! ๐ŸŒŸ

HEBAHAN KULIAH DHUHA MUSLIMAHAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,Muslimah sekalian dijemput hadir ke Kuliah Dhuh...
08/10/2024

HEBAHAN KULIAH DHUHA MUSLIMAH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Muslimah sekalian dijemput hadir ke Kuliah Dhuha Muslimah yang akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Oktober 2024 (Isnin)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 8.30 pagi
๐Ÿ  Tempat: Masjid Al Najihin, Padang Sebang
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustazah Hjh Misiah Binti Hj Anuar

Jom kita luangkan masa bersama untuk menimba ilmu dan memperkukuhkan amalan. Semua Muslimah dijemput hadir. Semoga majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Sebarkan kepada sahabat dan saudara Muslimah yang lain.
Wassalam.

Kuliah Dhuha Muslimah (16 September 2024)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Alhamdulillah, segala puji bagi Alla...
16/09/2024

Kuliah Dhuha Muslimah (16 September 2024)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi kita nikmat iman, Islam, dan kesihatan sehingga kita dapat berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk menghadiri Kuliah Dhuha khusus buat para Muslimah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, contoh terbaik bagi kita dalam setiap aspek kehidupan.

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Pagi ini, kita diberi peluang untuk bersama-sama memperkukuhkan rohani, mempertingkatkan amalan, dan mendalami ilmu agama melalui majlis ilmu yang diberkati ini. Sesungguhnya, waktu Dhuha adalah waktu yang sangat istimewa. Bukan sahaja sebagai masa yang sesuai untuk mendirikan solat sunat Dhuha, tetapi ia juga adalah waktu yang penuh dengan keberkatan dan peluang untuk memohon rezeki daripada Allah SWT.

Saya ingin menyeru diri saya dan semua Muslimah yang hadir, agar sentiasa memanfaatkan setiap ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kuliah Dhuha seperti ini bukan hanya sekadar pertemuan fizikal, tetapi juga medan untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah dan sesama insan.

Semoga pertemuan kita pada hari ini menjadi asbab kepada peningkatan iman dan amal kita. Marilah kita ikhlaskan niat, mohon petunjuk serta hidayah daripada Allah SWT, agar setiap ilmu yang kita peroleh diberkati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua dan memberkati majlis ini.

Wa billahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Address

Masjid Al Najihin
Alor Gajah
78000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Dhuha Al Najihin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Team Dhuha Al Najihin:

Share

Category