25/04/2026
Para cerdik pandai Arab bersepakat tentang empat perkara ini yang perlu diberi perhatian, iaitu:
• Empat orang, jangan menjauhkan dirimu daripada mereka: Bapamu, ibumu, saudara lelakimu dan saudara perempuanmu.
• Empat golongan, hendaklah kamu kasihi dan berihsan kepada mereka: Anak yatim, orang miskin, orang fakir dan orang sakit.
• Empat perkara, jangan kamu lakukan: Sombong, penipuan, hasad dan dendam.
• Empat perkara, hendaklah kamu hiasi dirimu dengannya: Sabar, lemah lembut, ilmu dan sifat pemurah.
• Empat perkara, berdoalah kepada Allah agar dijauhkan daripadanya: Dukacita terhadap masa lalu, kesedihan dan kebimbangan terhadap masa hadapan, serta sifat lemah dan bakhil.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri