Masjid Ayer Molek

Masjid Ayer Molek Sejarah Masjid Ayer Molek, Melaka

Masjid Kampung Ayer Molek ini dipercayai dibina pada tahun 1895
ketika penjajahan British dan ia telah mula digunakan setelah pembinaannya selesai. (Sumber:Sejarah Ringkas Masjid-masjid Negeri Melaka ,Terbitan MAIM)

Tapak Masjid Ayer Molek ini terletak 10 km dari Bandar Melaka
dan 500 m dari Pekan Ayer Molek pembinaanya telah dilakukan betul-betul disebelah Sungai Ayer Molek. Pembinaan masjid ini

pada asalnya dibuat secara gotong-royong
oleh penduduk awal Kampung Ayer Molek ini.Bahan-bahan seperti kayu telah digunakan di awal pembinaannya.Hingga kini masjid ini telah diubah suai sebanyak 2 kali. Pengubah suaian buat pertama kalinya telah dilakukan pada tahun 1950 yang mana keluasanya boleh memuatkan kira-kira 400 orang jemaah. Pengubah suaian kali kedua melibatkan pembesaran masjid ini telah dilakukan pada tahun 1998 dan anggaran jemaah yang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa tertentu dalah lebih kurang 1 500 orang.Kos perbelanjaan yang melibatkan RM500,000 adalah sumbangan orang ramai dan gotong-royong

Kini masjid ini telah dilengkapi infrastruktur dalam menjaga kebajikan ahli kariah.Antara kemudahan yang dapat dimanfaatkan adalah perkhidmatan pinjaman pinggan-mangkuk dan khairat kematian

Semoga akhirnya masjid ini ,dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli kariahnya pada masa sekarang dan masa-masa akan datang dalam menjamin serta memelihara hubungan antara manusia dan Allah.

Majlis Bacaan Yassin, Surah Al-Mulk & Doa Tahlil ArwahSetiap Khamis malam Jumaat*Selepas Solat Maghrib*  Dipimpin oleh U...
21/05/2026

Majlis Bacaan Yassin, Surah Al-Mulk & Doa Tahlil Arwah

Setiap Khamis malam Jumaat

*Selepas Solat Maghrib*

Dipimpin oleh Ustaz Rustami bin Abu Bakar Al-Hafiz

Jamuan disediakan selepas solat Isya'.

Pihak masjid memperuntukkan rm500 setiap minggu untuk jamuan ini.

Namun jika ada yg nak menyumbang boleh la disalurkan ke akaun

04010003360719 Lembaga Masjid Ayer Molek di Bank Muamalat Berhad.

Masjid Al-Khairiah Ayer Molek.
https://maps.app.goo.gl/NaRDaiwcNXHzpVg56?g_st=ic

https://masjidayermolek.com/

Redha dengan Qadha' Allah  Ta'ala.Firman Allah Ta‘ala:﴿ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ ﴾"Allah reda terhadap ...
18/05/2026

Redha dengan Qadha' Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta‘ala:

﴿ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ ﴾

"Allah reda terhadap mereka, dan mereka p**a reda terhadap-Nya."
— Surah Al-Bayyinah: 8

Maksudnya, apabila seorang hamba benar-benar reda dengan ketentuan Allah, maka Allah juga akan reda kepadanya.

Inilah maqam hati yang tinggi — menerima segala takdir dengan husnuzan, sabar dan tawakal.

Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya antara kebahagiaan anak Adam ialah dia reda dengan apa yang telah Allah tetapkan baginya. Dan antara kecelakaan anak Adam ialah dia meninggalkan istikharah kepada Allah, dan antara kecelakaan anak Adam juga ialah dia marah terhadap ketentuan Allah.”
— Riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim.

Pengajaran hadis:

- Reda terhadap qadha’ Allah adalah tanda kebahagiaan hati.

- Hati yang sentiasa membantah takdir akan hidup dalam keresahan.

- Orang beriman dituntut berusaha, berdoa, beristikharah dan kemudian menerima keputusan Allah dengan lapang dada.

“Kebahagiaan sebenar ialah reda terhadap ketentuan Allah.”

Firman Allah ﷻ dalam Al-Quran:رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ...
17/05/2026

Firman Allah ﷻ dalam Al-Quran:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi."

Tadabbur ringkas

Ayat ini adalah doa orang-orang yang beriman agar:
-hati terus istiqamah di atas hidayah,
dijauhkan daripada kesesatan selepas mengenal kebenaran,
sentiasa mendapat rahmat dan taufik daripada Allah ﷻ.

Ia menunjukkan bahawa:
hati manusia mudah berubah,
hidayah adalah nikmat yang sangat besar,
hanya Allah ﷻ yang mampu menetapkan hati manusia.

Pengajaran

Sentiasa berdoa memohon keteguhan iman.
Jangan merasa aman dengan ilmu atau amal sendiri.
Hidayah dan istiqamah ialah anugerah Allah.
Orang berilmu juga tetap perlu takut hati menjadi sesat.
Doa ini sangat sesuai dibaca:
selepas solat,
ketika diuji,
saat melihat banyak fitnah akhir zaman,
untuk anak-anak dan keluarga agar istiqamah di jalan Allah.

*Zikir dan doa yg dilafazkan oleh Nabi ketika berada di Padang Arafah.*Antara zikir dan doa yang paling masyhur dilafazk...
16/05/2026

*Zikir dan doa yg dilafazkan oleh Nabi ketika berada di Padang Arafah.*

Antara zikir dan doa yang paling masyhur dilafazkan oleh Nabi Muhammad ﷺ ketika berada di Padang Arafah ialah:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Transliterasi:
Lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah, lahul mulku wa lahul ḥamdu wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr.

Maksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”

Nabi ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah:
‘Lā ilāha illallāhu waḥdahū lā syarīka lah…’”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Antara doa yang banyak dibaca di Arafah

1. Memohon keampunan

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi.”

2. Memohon kebaikan dunia akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.”

3. Banyak beristighfar dan bertalbiah.

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ...

Keadaan Nabi ﷺ di Arafah
Dalam Haji Wada‘:

Nabi ﷺ banyak:
- berdoa,
- berzikir,
- mengangkat tangan,
- merendahkan diri kepada Allah,
- dan terus berdoa hingga terbenam matahari.

Hari Arafah ialah hari:
- paling banyak Allah membebaskan hamba daripada neraka,
- hari pengampunan,
- hari mustajab doa.

Semoga Allah memberi kita kesempatan merasai wuquf di Arafah dan menerima segala doa kita. Aamiin.

(Nota catatan dari Kuliah Subuh pagi ni
Ahad 29 Zulkaedah 1447H.
Masjid Al-Khairiah Ayer Molek Melaka.
Ustaz Azizan Lim Anuar.)

Sebab Turunnya Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.Kedua-dua surah ini dikenali sebagai Al-Mu‘awwizatain (dua surah perlindu...
16/05/2026

Sebab Turunnya Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Kedua-dua surah ini dikenali sebagai Al-Mu‘awwizatain (dua surah perlindungan).

Menurut banyak riwayat, antaranya daripada Sayyidatina Aisyah R.A dan Ibn Abbas R.A, kedua-dua surah ini diturunkan ketika Nabi Muhammad ﷺ terkena sihir yang dilakukan oleh seorang lelaki Yahudi bernama Labid bin Al-A‘sam.

Kisah Ringkasnya.

Labid bin Al-A‘sam telah menggunakan beberapa helai rambut Nabi ﷺ dan gigi sikat Baginda untuk dibuat sihir, lalu disimpan di dalam sebuah telaga bernama Zarwan.

Akibat sihir itu:

Nabi ﷺ merasa tidak sihat,
terasa lemah, dan kadang-kadang terasa seperti melakukan sesuatu padahal Baginda tidak melakukannya.

Namun penting difahami:

- Sihir itu tidak menjejaskan wahyu, akidah dan kenabian Baginda.

- Ia hanya memberi kesan pada tubuh dan perasaan manusiawi Baginda ﷺ.

- Turunnya Jibril A.S

- Allah kemudian mengutuskan Malaikat Jibril A.S memberitahu tempat sihir tersebut disimpan.

Lalu Nabi ﷺ:
Mengutuskan para sahabat mengambil bahan sihir itu,
Membacakan Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Disebut dalam sebahagian riwayat:

Surah ini mempunyai 11 ayat keseluruhannya,
dan setiap kali satu ayat dibaca, satu ikatan sihir terurai, sehingga Nabi ﷺ kembali sihat.

Kandungan Utama Surah:

Surah Al-Falaq.

Mengajar kita berlindung daripada:
- kejahatan makhluk,
- kegelapan malam,
- sihir,
- hasad dengki.

Surah An-Nas.

Mengajar kita berlindung daripada:

- bisikan syaitan,
- was-was dalam hati,
- gangguan jin dan manusia.

Pengajaran Penting.

- Nabi ﷺ sendiri membaca surah ini sebagai pelindung.

- Islam mengiktiraf kewujudan sihir, tetapi kuasa Allah lebih besar.

- Surah Al-Falaq dan An-Nas sangat digalakkan dibaca: waktu pagi dan petang, sebelum tidur, ketika takut atau gelisah.

Daripada Aisyah R.A:

“Apabila Nabi ﷺ hendak tidur, Baginda menghimpunkan kedua tapak tangan lalu membaca: Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, kemudian meniup dan menyapu seluruh tubuh Baginda.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).

*Perbahasan Mumkin, Wajib  'Aradhi dan Mustahil 'Aradhi*.Dalam ilmu aqidah, khususnya perbahasan sifat dan hukum akal, i...
15/05/2026

*Perbahasan Mumkin, Wajib 'Aradhi dan Mustahil 'Aradhi*.

Dalam ilmu aqidah, khususnya perbahasan sifat dan hukum akal, istilah ini merujuk kepada sesuatu yang dinilai oleh akal:

*1. Mumkin (ممكن)*

Sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada.

- Tidak mustahil untuk wujud.

- Tidak wajib untuk wujud.

- Kewujudannya bergantung kepada kehendak Allah.

Contoh:
- Manusia
- Pokok
- Hujan
- Alam semesta

Kita ada sekarang, tetapi sebelum ini tiada. Dan suatu hari nanti boleh tiada.

*2. Wajib ‘Aradhi (واجب عَرَضي).*

Sesuatu yang asalnya mumkin, tetapi menjadi “wajib berlaku” kerana telah ditentukan oleh Allah.

Maksudnya:

- Pada asal akal ia boleh berlaku atau tidak berlaku.

- Tetapi setelah Allah menghendakinya, maka pasti berlaku.

Contoh:
- Terbit matahari esok.
- Kematian setiap manusia.
- Hari kiamat akan berlaku.

Semua ini pada asalnya termasuk perkara mumkin, tetapi menjadi pasti kerana khabar dan ketetapan Allah.

*3. Mustahil ‘Aradhi (مستحيل عَرَضي)*

Sesuatu yang asalnya mumkin, tetapi menjadi mustahil berlaku kerana Allah memberitahu ia tidak akan berlaku.

Maksudnya:

- Pada akal, ia boleh sahaja berlaku.

- Tetapi selepas adanya ketetapan atau janji Allah, maka ia mustahil berlaku.

Contoh:

- Syaitan masuk syurga.

- Abu Lahab mati dalam iman setelah turun Surah Al-Masad.

- Orang mukmin kekal dalam neraka selama-lamanya.

Pada akal semata-mata ia mumkin, tetapi selepas datang wahyu Allah, maka ia menjadi mustahil.

*Ringkasan mudah*

*Mumkin*
- Boleh ada, boleh tiada

*Wajib ‘Aradhi*
- Asalnya mumkin, tetapi pasti berlaku kerana ketetapan Allah

*Mustahil ‘Aradhi*
- Asalnya mumkin, tetapi pasti tidak berlaku kerana ketetapan Allah

Istilah ini membantu memahami bahawa kuasa Allah mengatasi segala kemungkinan, dan wahyu menjadi penentu terhadap sesuatu perkara yang asalnya harus pada akal.







Address

KM 10 Air Molek
Air Molek
75460

Telephone

+601163400580

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ayer Molek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share