Masjid Kampung Baru

Masjid Kampung Baru Masjid Jamek Kampung Baru, Air Itam, Pulau Pinang

🕌 Assalamualaikum & Salam Aidiladha 🕌Selamat Hari Raya Aidiladha.Di sini, saya selaku Pengerusi, AJK, Pegawai dan pihak ...
02/06/2026

🕌 Assalamualaikum & Salam Aidiladha 🕌

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Di sini, saya selaku Pengerusi, AJK, Pegawai dan pihak Pengurusan Ibadah Masjid KRT Kg Baru ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta Ibadah Korban, penyumbang iaitu YB ADUN Air Putih Tuan Lim Guan Eng, YB Syerleena, semua pegawai, AJK, sukarelawan Ibadah Korban serta ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan Ibadah Korban pada hari Rabu, 27 Mei 2026.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada YB ADUN Air Putih atas sumbangan seekor lembu yang besar untuk diagihkan daging korban kepada seluruh asnaf Kariah Kg Baru, serta YB Syerleena atas sumbangan dua ekor kambing korban untuk dimasak dan disajikan kepada jemaah bacaan Yasin pada malam Jumaat akan datang.

Sekalung ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin. Andai terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan daripada pihak kami, kami memohon ampun dan maaf. Janganlah disimpan di dalam hati.

Bagi yang tidak dapat melaksanakan Ibadah Korban pada kali ini, sesungguhnya dengan membantu dari segi tenaga dan masa dalam menjayakan Ibadah Korban, insya-Allah anda juga memperoleh pahala sebagaimana mereka yang mengerjakan Ibadah Korban.

Amin, Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Assalamualaikum Ramadan MubarakDilampirkan Jadual Tarawih sepanjang bulan Ramadan di Kariah Masjid Kampung Baru. Semua a...
24/02/2026

Assalamualaikum

Ramadan Mubarak

Dilampirkan Jadual Tarawih sepanjang bulan Ramadan di Kariah Masjid Kampung Baru. Semua anak kariah serta jemaah luar dijemput hadir dan bersama-sama menghidupkan bulan mulia ini di Masjid Kampung Baru.

Dipersilakan kongsi kepada semua.

Lokasi Masjid Kampung Baru:

https://maps.app.goo.gl/18pB7UaCDqUAqMH68?g_st=ic

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 15/02/2026, telah berlansung Program Gotong Royong di dlm & luar Kariah Masjid Kg Ba...
24/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15/02/2026, telah berlansung Program Gotong Royong di dlm & luar Kariah Masjid Kg Baru pada.

Terima Kasih kami ucapkan kepada AADK, Anggota Balai Polis Kg Baru yang turun memberi komitment & kerjasama menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada semua Anak2 Kariah Masjid Kg Baru & kepada Timbalan Pengerusi diatas penyediaan peralatan mesin vakum dan polisher.

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 14/2/2026 lepas telah berlansung Program  Sambutan Awal Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahl...
21/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 14/2/2026 lepas telah berlansung Program Sambutan Awal Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahlil & Doa di Kariah Masjid Kg Baru.

Terima Kasih di ucapkan kepada penganjur AJK Muslimah MKB Puan Lathifah & Sabariah Ismail serta semua AJK Musllimah yang turun memberi komitmen & kerjasama menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada semua anak-anak Kariah Kuliah Muslimah Masjid Kg Baru.

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah Program Gotong Royong di Tapak Tanah Perkuburan Pokok Setoi, Kariah Masjid ...
11/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai sudah Program Gotong Royong di Tapak Tanah Perkuburan Pokok Setoi, Kariah Masjid Kg Baru pada 8/2/2026.

Terima Kasih kami ucapkan kepada Pengerusi Hj Fazit, Timbalan Pengerusi Najib Khan, Setiausaha Idris, Bendahari Fahmi Umar, serta semua AJK yang turun memberi komitment dan kerjasama menjayakan program kali ini. Tidak dilupakan juga kepada semua anak Kariah Masjid Kg Baru.

Assalamualaikum,Alhamdulillah baru-baru ini telah sempurna Program Sambutan Malam Nisfu Sya'ban di Kariah Masjid Kg Baru...
11/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru-baru ini telah sempurna Program Sambutan Malam Nisfu Sya'ban di Kariah Masjid Kg Baru pada 2/2/2026.

Terima Kasih kami ucapkan kepada Imam Mohd Arif, Imam Abu Ubaidah & Bilal Musta'ain diatas bacaan Surah Yasin 3X. Juga kepada semua Pegawai dan AJK yang memberi kerjasama menjayakan program kali ini.

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah Program Sambutan Israq Miraj di Kariah Masjid Kg Baru pada 17/1/2026.Terima...
18/01/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai sudah Program Sambutan Israq Miraj di Kariah Masjid Kg Baru pada 17/1/2026.

Terima Kasih kami ucapkan kepada Penceramah Jemputan, Al Hafiz Ustaz Aslam Shukor diatas ceramah yang padat. Juga kepada semua Pegawai dan AJK yang bertungkus lumus berkerja keras untuk menjayakan program awal tahun 2026 kali ini.

Address

Kampung Baru
Air Itam
11400

Telephone

0124345384

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share