23/06/2016
Pemberitahuan Perkembangan Pembinaan Masjid Kofu untuk penderma di Malaysia.
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian.
Untuk pengetahuan semua pihak. Perancangan Masjid Kofu ini adalah usaha penduduk Islam di Kofu , Yamanashi.
Penduduk itu, ada beberapa orang warganegara Jepun serta penganut Islam yang bekerja dan belajar di sana.
Termasuklah penuntut Malaysia di Kofu, Jepun.
Projek pembinaan masjid ini merupakan projek orang awam Islam di Kofu , Jepun.
Manakala pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun membantu dari segi bantuan apa yang patut dan mengumpul dana.
Begitu juga Persatuan Bekas Pelajar Universiti Yamanashi (YUMS) yang berada di Malaysia, yang ahlinya Alumni Universiti Yamanashi, sekadar membantu kutipan dana.
Konsep Masjid.
Masjid Kofu yang akan di bina di Jepun bukanlah masjid yang gah macam di Malaysia.
Rancangannya hanya membeli tanah dan membina bangunan yang boleh dijadikan tempat berkumpul dan beribadat.
Kalau diidamkan masjid tersergam indah, mungkin kosnya akan lagi tinggi dan entah bila siapnya.
Atas faktor matawang di Jepun memang tinggi. Projek ini masih ditahap awal lagi.
Bagi update projek ini.
Perkara yang perlu diselesaikan adalah,urusan pejabat tanah,
penduduk sekitar dan urusan pembinaan.
2,3 kali juga pembincangan masih perlu dilakukan.
Disebabkan tempoh yang masih panjang. sebut harga bertukar sedikit sebanyak mengikut masa.
Buat sementara waktu menyelesaikan beberapa perkara.
Apa tindakan yang pihak komuniti Islam Kofu buat adalah, menyewa bangunan sementara untuk dijadikan tempat ibadat. umpama surau sementara.
InsyaAllah kita doakan urusan rasmi dengan pihak berkuasa dan penduduk setempat dapat diuruskan dan boleh dimulakan pembinaan masjid tersebut.
Setakat ini kita bersyukur dengan penyewaan bangunan untuk surau sementara.
Mohon pemahaman juga, sebut bangunan pun, sebenarnya rumah kedai kecil sahaja walaupun harga atau sewanya mahal jika di ikut nilai Malaysia.
Semoga Allah mudahkan urusan kita. Pihak Komuniti di Kofu Jepun pun memang menjangkakan untuk keseluruhan proses siap memakan masa 4, 5 tahun.
Kita hanya mampu berusaha, semoga Allah membantu kita.
Sekali lagi terima kasih kepada yang memberi sumbangan melalui Persatuan Bekas Pelajar Universiti Yamanashi (YUMS).
Semoga kita bersabar dan istiqamah dalam usaha menjadikan sebuah Masjid Kofu, Yamanashi menjadi satu realiti.
Shuhairy Norhisham
Presiden
Persatuan Bekas Pelajar Universiti Yamanashi
23 Jun 2016