03/08/2022
بسم الله الرحمن الرحيم ..
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد
Kalau ada orang caci, kita sakit hati
Memanglah begitu, bukanlah luar biasa
Jika orang puji, hati berbunga
Memanglah orang mahu begitu
Siapa tidak hendak pujian pada kita?
Ada orang sombong dengan kita
Kita pun menyombong
Itu memanglah perkara biasa
Orang lebih dari kita, kita dengki
Memanglah lumrah berlaku
Tidak mengejutkan kita
Orang bersalah dengan kita
Kita berdendam dan bermusuh dengan mereka
Perkara biasalah itu
Waktu kaya hidup istimewa, sombong p**a
Memandang orang hina
Memang begitulah lumrah berlaku kepada manusia
Apabila mendapat bala bencana
Jiwa derita, sabar pun tidak ada
Itu perkara biasa
Yang luar biasa apa?
Yang jarang berlaku kepada manusia
Kecuali orang yang bertaqwa
Iaitu berlaku sebaliknya
Orang caci, dia tidak bertindak
Bahkan mendoakan mereka mendapat hidayah p**a
Ini luar biasa
Apabila orang puji derita jiwanya
Kerana pujian itu Tuhan yang empunya
Dia tidak layak menerimanya
Ini luar biasa, jarang berlaku pada orang biasa
Jika ada orang sombong dengan dia
Dia tidak melayan, bahkan melupakannya
Ini susah orang melakukannya
Orang lebih dari kita, kita ikut gembira
Ini mana ada?
Ada orang buat jahat padanya, dia buat baik kepada orang itu
Ini malaikat rupa manusia
Ada orang mendapat bala bencana
Dia doakan agar bersabar dan menziarahi orangnya
Mereka yang telah disebutkan tadi
Ini orang luar biasa
Jarang sekali manusia dapat melakukannya
Orang itulah wira agama, bangsa dan negara, jarang ada
Orang ini adalah manusia ajaib di dunia
Manusia pelik, gharib, jarang ada
Adanya orang inilah
Maka dunia belum dikiamatkan
Rahmat Allah masih diberikan kepada manusia
Wujudnya orang-orang macam inilah
Di dunia masih ada lagi sedikit-sedikit kebaikan
Hal ini adalah sangat tersirat
Ramai manusia tidak mengetahuinya
(Kalam Mursyid.ASZ)
(ULANG-ULANGLAH BACA, FAHAM, HAYATILAH, DALAM HIDUP SEMOGA ANDA TERPIMPIN)