14/07/2024
Muharam Bulan Afdhal Puasa Setelah Ramadan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ
Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Seafdhal-afdhalnya puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan:
1. Di antara amalan soleh yang sangat dianjurkan untuk umat Islam yang dilakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyak bpuasa sunnat.
2. Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunnat di bulan Muharam.
3. Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ
Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)
4. Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Pada Umumnya kita mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka dia menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.
5. Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).
6. Sholat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Tahajud).
Marilah kita perbanyak berpuasa sunnat pada bulan ini, antaranya puasa sunnat senin, Kamis, puasa sunat hari bidh (13, 14 dan 15 H) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 Muharram.
Puasa Tasu’a (puasa 9 Muharram)
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan:
1. Dintara hari yang dianjurkan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9 Muharam) yaitu sehari sebelum hari Asyura (10 Muharam)
2. Puasa dua hari yaitu puasa sunat Tasu'a (9 Muharam) dan puasa sunat Asyura (10 Muharam) adalah untuk membedakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani.
3. Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkaitan hari Asyura ada tiga Kategori:
a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9, 10 dan 11 Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9 dan 10 Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada10 Muharam saja.
Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9 Muharam) yang jatuh pada 15 Juli hari Senin dan puasa Sunat Asyura (10 Muharam) pada 16 Juli hari Selasa. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.
Puasa Asyura (10 Muharram)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Dari Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan:
1. Antara ibadah puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10 Muharam)
2. Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Kata Imam Nawawi diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:
سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة
Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih
Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang berusaha memiliki jati diri yang kokoh, bersih dari dosa dan maksiat.
.