Masjid Al Ikhlas Geulanggang

Masjid Al Ikhlas Geulanggang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al Ikhlas Geulanggang, Religious organisation, Bireuen.

daftar jadwal imam/penceramah tarawih. imam shalat subuh dan penceramah subuh. ramadhan 1444H
25/03/2023

daftar jadwal imam/penceramah tarawih. imam shalat subuh dan penceramah subuh.
ramadhan 1444H

27/06/2022
[Adakah Bangun Sahur Dapat Dikira Sebagai Niat Puasa?] 1. Niat di sisi syarak merangkumi 2 maksud. Pertama bermaksud tuj...
04/04/2022

[Adakah Bangun Sahur Dapat Dikira Sebagai Niat Puasa?]

1. Niat di sisi syarak merangkumi 2 maksud. Pertama bermaksud tujuan atau kehendak yang pasti dan kedua bermaksud ikhlas. Niat dengan maksud pertama adalah sebuah perbuatan yang mudah dilakukan. Akibat salah faham berkaitan niat, ada yang dihinggapi penyakit was-was hingga menyukarkan diri untuk beribadah. Niat juga bukanlah susunan lafaz tertentu yang wajib di lafazkan dan dihafal.

2. Dalam masyarakat kita, tidak kurang juga yang memberikan alasan tidak sah puasa mereka atas dasar terlupa melakukan niat walhal dia telah bangun untuk bersahur. Di sini saya ingin memberi sedikit penjelasan terhadap banyak persoalan yang diajukan kepada saya berkaitan masalah niat ini.

3. Niat itu adalah qasad kehendak yang pasti atau tujuan di dalam jiwa. Jika kita telah ada qasad tujuan untuk berpuasa Ramadan pada siang hari, maka ia telah dikira sebagai niat. Persoalannya, adakah bangun sahur dapat dikira sebagai niat puasa?

Di sini saya bahagikan kepada tiga situasi:

Situasi 1:

Hadi ikut bangun sahur bersama rakannya di kedai makan. Hadi memang tidak mahu berpuasa esok hari kerana dia adalah geng plastik hitam. Dia ikut sahur juga untuk berlakon di hadapan rakannya kononnya dia juga berpuasa.

Situasi 2:

Akmal bangun sahur dan mengejutkan isteri serta keluarganya. Mereka pun makan sahur kerana untuk menjalani ibadah puasa Ramadan pada siang harinya.

Situasi 3:

Abu makan dan minum sebelum 20 minit sebelum masuknya waktu subuh kerana ingin mengelakkan lapar dan dahaga untuk berpuasa Ramadan pada pada siang harinya.

4. Berdasarkan situasi di atas, situasi pertama sahur itu tidak dikira sebagai niat baginya. Hal ini disebabkan memang dia tidak menyimpan niat untuk berpuasa daripada awal walaupun dia bersahur.

Situasi kedua dan ketiga perbuatan bersahur itu dapat dikira sebagai niat puasa kerana tujuan sahur itu adalah untuk berpuasa Ramadan pada siang harinya. Perkara ini ada disebutkan oleh ulamak mazhab Syafie ketika membahaskan perkara ini.

Imam Ibn Hajar al-Haitami (974H) berkata:

ولو تسحّر ليصوم أو شرب لدفع العطش نهارا أو امتنع من نحو الأكل خوف الفجر كفاه ذلك إن خطر بباله الصّوم بالصّفات الّتي يشترط التّعرّض لها

"Sekiranya seseorang itu bersahur untuk tujuan berpuasa ataupun minum agar dapat menahan daripada dahaga pada siang hari ataupun bersahur untuk mencegah daripada perkara (membatalkan puasa) seumpama makan kerana takut akan terbit fajar, maka telah memadai hal itu (untuk dikira sebagai niat puasa) jika terdapat pada pemikirannya untuk berpuasa dengan sifat seperti mana yang telah disyaratkan dengan hadir pada hatinya perkara yang disyaratkan ada sewaktu berniat akan qasad untuk berpuasa"

[Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami (2020), Al-Manhaj Al-Qawim, Beirut: Lubnan, hal 398]

Kesimpulannya, dapat difahami sekiranya seseorang itu bangun sahur kerana tujuan ingin menjalani ibadah puasa Ramadan pada pada siang harinya, maka itu telah dikira sebagai niat puasa. Cuma yang lebih sukar sebenarnya ialah niat dengan makna kedua iaitu ikhlas. Inilah yang dititikberatkan oleh golongan Salaf kerana keikhlasan menjadi tumpuan utama mereka dalam ibadat.

Dr Rozaimi Ramle

02/04/2022

Bismillah
Sahabat yuk
Belajar Memaksimalkan Ibadah DI bulan Ramadhan Tahun ini

1. Menjaga Jangan Sampai puasa kita hanya dapat Lapar DAN haus saja maka hindari :

a. Hindari Berdusta/berbohong walaupun hal sepele atau berdusta untuk bercanda.

b. Hindari Berbicara Kotor, Memaki, menghina ataupun menghardik.

c. Hindari Segala Bentuk Maksiat

d. Berusalah Berakhlaq yang baik

2. Jaga Shalat Lima waktu bagi bapak** usahakan untuk shalat berjamaah kemasjid

3. Baca Al-Qur'an 1 hari 1 juz dengan cara dicicil habis subuh 2 lembar , habis zuhur 2 lembar habis ashar 2 lembar habis tarawih 4 lembar

4. SHALAT tahajjud setelah sahur walaupun hanya 2 Rakaat.

Jika point** diatas dimaksimalkan dari awal sampai akhir ramadhan insyaAllah Ramadhan kita tahun ini maksimal

Barakallahu fiikum semoga kita selalu istiqomah dalam ketaatan kepada Allah.

Semoga antum ikhlas mendoakan

Semoga Allah Ampuni dosa bapak kami kemas Muhammad Ansori bin Kemas Abdul Aziz

Semoga Allah Terima Amalnya, Allah lapangkan Kuburannya.

Semoga Allah Jaga Mak kami DAN Allah berikan kesehatan bisa maksimal dalam menjalankan ibadah di bulan Ramadhan Tahun ini.

Akhukum Mahbub El Ansori
Jazakumullahu Khaira

30/03/2022

Diantara penyebab menyimpangnya seseorang yaitu : gila pamor, gila jabatan, gila pujian, gila harta, dan kedengkian ...

Address

Bireuen

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Ikhlas Geulanggang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share