Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official

Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official Di bawah seliaan :
Unit Penerangan & Penerbitan
Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir

Mykpp Perlis merupakan medium rasmi Keluarga Pelajar-pelajar Perlis (KPP) untuk menyalurkan segala maklumat berkaitan pelajar-pelajar Perlis di Mesir khususnya dan pelajar-pelajar Malaysia amnya.

[ LEBARAN’26 | RUMAH TERTUTUP AIDILFITRI KPP ]Keluarga Pelajar-pelajar Perlis telah mengadakan Rumah Tertutup Aidilfitri...
14/04/2026

[ LEBARAN’26 | RUMAH TERTUTUP AIDILFITRI KPP ]

Keluarga Pelajar-pelajar Perlis telah mengadakan Rumah Tertutup Aidilfitri kepada semua ahli KPP pada tahun ini.

Terima kasih diucapkan kepada adhoc pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program sepanjang Ramadan dan Syawal ini dan terima kasih juga kepada semua ahli yang turut hadir memeriahkan majlis.

Semoga Allah menerima segala perbuatan kita.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ، من العائدين والفائزين. كل عام وأنتم بخير 🎇🕌🌙

Berikut ialah gambar sekitar majlis berlangsung.

“Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemenangan Syawal Dirai“

“Belajar, Beramal, Bertakwa“

Disediakan oleh :
Unit Teknikal dan Rakaman Ihtiram dan Lebaran'26
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis.

[ LEBARAN’26 | SAMBUTAN MALAM GEMA TAKBIR ]Keluarga Pelajar-pelajar Perlis di bawah Program Ihtiram dan Lebaran 2026 tel...
14/04/2026

[ LEBARAN’26 | SAMBUTAN MALAM GEMA TAKBIR ]

Keluarga Pelajar-pelajar Perlis di bawah Program Ihtiram dan Lebaran 2026 telah mengadakan Sambutan Malam Gema Takbir bersempena dengan kedatangan bulan Syawal.

Berikut adalah gambar suasana sekitar Majlis Sambutan Malam Gema Takbir yang berlangsung selepas isyak pada 19 Mac 2026 bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Asrama Rumah Negeri Perlis.

Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program sepanjang Ramadan ini dan terima kasih juga kepada semua ahli yang turut hadir memeriahkan majlis.

“Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemenangan Syawal Dirai”

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Disediakan oleh :
Unit Teknikal & Rakaman,
Ihtiram dan Lebaran'26,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis.

[ IHTIRAM '26 | MAJLIS KHATAM AL-QURAN ]18 Mac 2026 - Majlis khatam al Qur'an 1447H Keluarga Pelajar Pelajar Perlis.Teri...
12/04/2026

[ IHTIRAM '26 | MAJLIS KHATAM AL-QURAN ]

18 Mac 2026 - Majlis khatam al Qur'an 1447H Keluarga Pelajar Pelajar Perlis.

Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu dalam mengimarahkan majlis khatam al Qur'an kita kali ini.

تقبل اللّٰه من ومنكم صالح الأعمال.

"Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemenangan Syawal Dirai"

" Belajar, Beramal dan Bertakwa "

Disediakan oleh :
Unit Teknikal & Rakaman,
Ihtiram dan Lebaran'26,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis.

[ SUASANA | MAJLIS IFTAR JAMAIE PERDANA BERSAMA AHLI KELUARGA PELAJAR-PELAJAR PERLIS MESIR ]13 Mac 2026 - Suasana sekita...
12/04/2026

[ SUASANA | MAJLIS IFTAR JAMAIE PERDANA BERSAMA AHLI KELUARGA PELAJAR-PELAJAR PERLIS MESIR ]

13 Mac 2026 - Suasana sekitar Majlis Iftar Jamaie

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ameer Ikhwan bin Zaini (Setiausaha Kedua Hal Ehwal Agama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah) serta kepada semua yang sudi menghadiri Majlis Iftar Jamaie Keluarga Pelajar-pelajar Perlis pada tahun ini.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara KPP dengan Kedutaan Malaysia dalam membantu anak-anak Malaysia di Ardhul Kinanah.

"Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemenangan Syawal Dirai"

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Disediakan oleh :
Unit Penerbitan dan Penerangan,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026.

[ UCAPAN | TAKZIAH ]Dukacita Keluarga Pelajar-pelajar Perlis di Mesir mengucapkan salam takziah kepada Ustaz Muaz dan Us...
11/04/2026

[ UCAPAN | TAKZIAH ]

Dukacita Keluarga Pelajar-pelajar Perlis di Mesir mengucapkan salam takziah kepada Ustaz Muaz dan Ustazah Suhaila sekeluarga atas pemergian ibunda tercinta Ustazah Siti Ameenoh Bueto @ Ameenah Daud yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 April awal pagi tadi.

Al-Fatihah.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞آمين

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا، وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh.

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

05/04/2026

📌 HEBAHAN BPPT

Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dahulu dikenali sebagai Bahagian Education Malaysia (BEM) merupakan Bahagian yang bertanggungjawab untuk menyelaras permohonan pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke negara di Timur Tengah terutamanya Mesir.

Bagi memudahkan urusan permohonan Sistem e-TimurTengah telah dibangunkan dan dilancarkan penggunaannya pada 1 Januari 2014. Sistem ini adalah bagi menggantikan kaedah permohonan secara manual sebelum ini.

Sehubungan itu, bagi pelajar Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, boleh memohon melalui sistem tersebut yang boleh dilayari melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ dan QR yang terdapat dalam poster yang dilampirkan.

Permohonan bagi tahun 2026 akan dibuka seperti ketetapan berikut:

[ LEBARAN | RUMAH TERTUTUP AIDILFITRI KPP ]Keluarga Pelajar-pelajar Perlis akan mengadakan Rumah Tertutup Aidilfitri kep...
21/03/2026

[ LEBARAN | RUMAH TERTUTUP AIDILFITRI KPP ]

Keluarga Pelajar-pelajar Perlis akan mengadakan Rumah Tertutup Aidilfitri kepada semua ahli KPP pada tahun ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 3 Syawal 1447 H bersamaan 22 Mac 2026 (Ahad)
Masa: 2.00 Petang - 4:00 Petang
Tempat: Asrama Rumah Perlis

Dijemput kepada semua ahli KPP untuk hadir bagi memeriahkan suasana di hari raya.

“Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemeriahan Syawal Dirai“

“ Belajar, Beramal, Bertakwa “

Disediakan oleh :
Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis
Sesi 2025/2026.

[ MAKLUMAN | MAJLIS MALAM GEMA TAKBIR AIDILFITRI ]Majlis Malam Gema Takbir Aidilfitri akan dirasmikan oleh Timbalan Yang...
18/03/2026

[ MAKLUMAN | MAJLIS MALAM GEMA TAKBIR AIDILFITRI ]

Majlis Malam Gema Takbir Aidilfitri akan dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Perlis, Ustaz Atif Ubaidah bin Bukhari.

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 19 Mac 2026 (Khamis)
Masa : Selepas solat isyak
Tempat : Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Asrama Rumah Negeri Perlis, Kaherah.

Etika pemakaian :
🤵🏻IKHWAH :
- Menutup aurat
- Berbaju melayu/jubah
- Berseluar Slack
- Berpakaian kemas & sopan

🧕🏻AKHAWAT :
- Menutup aurat
- Memakai baju kurung/jubah
- Berpakaian kemas/sopan

Dengan ini, pihak KPP menjemput kepada semua anak-anak Perlis yang berada di Perlembahan Nil ini untuk hadir bagi memeriahkan lagi suasana Majlis.

Tentatif penuh boleh dilihat pada poster dibawah.

"Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemeriahan Syawal Dirai"

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Disediakan oleh :
Unit Teknikal dan Rakaman,
Ihtiram & Lebaran,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026.

[ IHTIRAM' 26 | PERTANDINGAN KUIZ RAMADAN DAN HAFAZAN HADIS]10/3/ 2026 , Sabtu  - Alhamdulillah, telah berlangsung Perta...
17/03/2026

[ IHTIRAM' 26 | PERTANDINGAN KUIZ RAMADAN DAN HAFAZAN HADIS]

10/3/ 2026 , Sabtu - Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Kuiz Ramadan & Hafazan Hadis bawah anjuran program Ihtiram dan Lebaran’26.

Pertandingan Hafazan Hadis ini telah berlangsung pada jam 9 malam manakala pertandingan Kuiz telah berlangsung pada jam 10 malam.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan yang telah dianjurkan. Semoga pertandingan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang bertanding.

“Ketakwaan Ramadan Dirasai ,
Kemeriahan Syawal Dirai ”

“Belajar , Beramal , Bertakwa”

Disediakan oleh :
Unit Pengisian dan Ilmiah Ihtiram dan Lebaran
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis 2026

[ MAKLUMAN ZAKAT FITRAH ]Assalamualaikum. Makluman kepada seluruh Mahasiswa/wi Perlis yang berada di Mesir, nilai bayara...
14/03/2026

[ MAKLUMAN ZAKAT FITRAH ]

Assalamualaikum.
Makluman kepada seluruh Mahasiswa/wi Perlis yang berada di Mesir, nilai bayaran zakat fitrah pada tahun ini adalah sebanyak LE 35.00

Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan jumlah terendah yang dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.

*Ahli diminta untuk mengutamakan kaedah pembayaran melalui pautan di bawah:*

https://baitzakat.org.eg/donationChannels/

Ataupun membayar di kaunter zakat berdekatan

Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila hubungi:

*IKHWAH*
Saudara Muhammad Aiman Syahmi bin Harimasde
(Bendahari Kehormat)
No. Tel no : +201554135635
No. Ws : +60133462496

*AKHAWAT*
Saudari Siti Rabbiatul Adawiyah Binti Abdul Rahman
(Bendahari Hewi)
No. Tel no : +201119805323
No Ws : +60195574964

" Belajar, Beramal, Bertakwa"

Disediakan oleh :
Jabatan Bendahari,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026.

[ MAKLUMAN | MAJLIS IFTAR JAMAIE PERDANA KELUARGA PELAJAR-PELAJAR PERLIS MESIR ]Assalamualaikum,Sukacita dimaklumkan bah...
11/03/2026

[ MAKLUMAN | MAJLIS IFTAR JAMAIE PERDANA KELUARGA PELAJAR-PELAJAR PERLIS MESIR ]

Assalamualaikum,

Sukacita dimaklumkan bahawasanya, Keluarga Pelajar-pelajar Perlis akan mengadakan Majlis Iftar Jamaie Anak-anak Perlis bersama tetamu dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Education Malaysia of Egypt .

Butiran majlis seperti berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 13 Mac 2026 (23 Ramadan 1447 H)
Masa : 3.45 PM
Tempat : Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Asrama Rumah Negeri Perlis, Kaherah

Etika pemakaian :
🤵🏻IKHWAH:
- Menutup aurat
- Berbaju melayu/jubah
- Berseluar Slack
- Berpakaian kemas & sopan

🧕🏻AKHAWAT:
- Menutup aurat
- Memakai baju kurung/jubah
- Berpakaian kemas/sopan

Dengan ini, pihak KPP menjemput kepada semua anak-anak Perlis yang berada di Perlembahan Nil ini untuk hadir bagi memeriahkan lagi suasana Majlis Iftar.

Sekian, terima kasih.

"Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemeriahan Syawal Dirai"

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Anjuran : Keluarga Pelajar-pelajar Perlis kerjasama Unit Ihtiram dan Lebaran '26.

Disediakan oleh :
Unit Teknikal dan Rakaman,
Ihtiram dan Lebaran'26,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis.

[POSTER | RISALAH RAMADAN SIRI 2]وَيُسَنُّ الاجتهادُ فِي العِبَادَةِ فِي لَيْلَتِهَا وَيَوْمِهَا، وَيُسَنُّ لِمَنْ رَآهَ...
10/03/2026

[POSTER | RISALAH RAMADAN SIRI 2]

وَيُسَنُّ الاجتهادُ فِي العِبَادَةِ فِي لَيْلَتِهَا وَيَوْمِهَا، وَيُسَنُّ لِمَنْ رَآهَا أَنْ يَكْتُمَهَا، وَهِيَ مِنْ خُصُوصِيَّاتِ هَذِهِ الأُمَّةِ .

Dan disunatkan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah pada malam Lailatul Qadar dan juga pada siangnya.
Dan disunatkan bagi sesiapa yang mengetahuinya supaya menyembunyikannya.
Dan Lailatul Qadar itu merupakan salah satu keistimewaan bagi umat ini.
اهـ. نهاية الزين في إرشاد المبتدئين ، ص : ١٩٣

قال الإمام العالم الفقيه إبراهيم بن محمد بن أحمد الباجوري :
🔸Dan setinggi-tinggi martabat menghidupkan malam Lailatul Qadar ialah:
أن يُحيي كلَّ الليل بأنواع العبادة ؛ كالصلاة والقراءة وكثرة الدعاء المُشتمل على قوله :
( اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعفُ عني )

Ertinya:
Setinggi-tinggi martabat menghidupkan malam Lailatul Qadar ialah seseorang menghidupkan keseluruhan malam dengan pelbagai ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa yang mengandungi lafaz:
( اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعفُ عني )

🔸Dan martabat pertengahan ialah:
أن يُحيي معظم الليل بما ذُكر.
Ertinya:
Menghidupkan kebanyakan malam dengan pelbagai ibadah yang telah disebutkan tadi.

🔸Dan martabat yang paling rendah ialah:
أن يُصلّي العشاء في جماعة ويعزم على صلاة الصبح في جماعة.
Ertinya:
Seseorang itu menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan berazam untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

وَهِيَ أَفْضَلُ لَيَالِي السَّنَةِ فِي حَقِّنَا، لَكِنْ بَعْدَ لَيْلَةِ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ، وَيَلِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الإِسْرَاءِ، ثُمَّ لَيْلَةُ عَرَفَةَ، ثُمَّ لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَأَمَّا بَقِيَّةُ اللَّيَالِي فَهِيَ مُسْتَوِيَةٌ.
Ertinya:
Dan malam Lailatul Qadar itu adalah malam yang paling utama dalam setahun menurut kami (ulama Syafi‘iyyah), namun selepas malam kelahiran Nabi ﷺ.

Selepas malam Lailatul Qadar ialah malam Israk dan Mikraj, kemudian malam Arafah, kemudian malam Jumaat, kemudian malam Nisfu Sya‘ban.

Adapun malam-malam yang lain adalah sama darjatnya.
Dan pada asalnya malam itu lebih utama daripada siang hari.
Adapun bagi Nabi ﷺ, maka yang paling utama ialah malam Israk dan Mikraj kerana pada malam tersebut Baginda ﷺ melihat Tuhannya.

"Ketakwaan Ramadan Dirasai, Kemeriahan Syawal Dirai"

"Belajar, Beramal, Bertakwa"

Disediakan oleh:
Unit Pengisian Ihtiram dan Lebaran, Keluarga Pelajar-pelajar Perlis,
Sesi 2025/2026

Address

Cairo
CAIRO,

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir Official:

Share