Masjid Kariah Gadong Jaya

Masjid Kariah Gadong Jaya Salurkan sumbangan anda untuk pelbagai aktiviti masjid : 05012010090470 Bank Islam

ASSALAMUALAIKUMHebahan Solat Sunat AidiladhaTarikh: 10 Zulhijjah 1447/ 27 Mei 2026 | RabuMasa : 8.30 PagiImam Bertugas :...
26/05/2026

ASSALAMUALAIKUM
Hebahan Solat Sunat Aidiladha

Tarikh: 10 Zulhijjah 1447/ 27 Mei 2026 | Rabu
Masa : 8.30 Pagi
Imam Bertugas : Mohd Zafrul Bin Ab Aziz (Imam 1)

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Jom dengar Kuliah Maghrib Malam Ini....
22/05/2026

Jom dengar Kuliah Maghrib Malam Ini....


Pihak Pengurusan masjid menjemput muslimin dan muslimat  terutamanya anak kariah Gadong Jaya untuk sama- sama memeriahka...
30/03/2026

Pihak Pengurusan masjid menjemput muslimin dan muslimat terutamanya anak kariah Gadong Jaya untuk sama- sama memeriahkan majlis Jamuan Hari Raya Masjid Kariah Gadong Jaya bagi tahun 2026..
Pelbagai Jamuan disediakan untuk semua yang hadir..

Tarikh : 05 April 2026 (Ahad)
Masa : Bermula jam 9.00 Pagi - 1.00 Tghari
Tempat : Perkarangan Masjid Kariah Gadong Jaya

Pihak jawatankuasa masjid terus berusaha mencantikkan prasarana masjid.. semoga usaha kecil ini menarik minat anak karia...
30/03/2026

Pihak jawatankuasa masjid terus berusaha mencantikkan prasarana masjid.. semoga usaha kecil ini menarik minat anak kariah utuk datang berjemaah di masjid.

*ASSALAMUALAIKUM* *HEBAHAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI  MASJID KARIAH GADONG JAYA*๐Ÿ“† Tarikh : 1 SYAWAL 1447Hโฐ Masa : 8.45 Pagi...
19/03/2026

*ASSALAMUALAIKUM* *HEBAHAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI MASJID KARIAH GADONG JAYA*

๐Ÿ“† Tarikh : 1 SYAWAL 1447H
โฐ Masa : 8.45 Pagi
๐Ÿ•Œ Tempat : Dewan Solat, Masjid Kariah Gadong Jaya

*MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR*

* *
* *

Tahniah YBhg Dato" Mohd Asri bin Abdullah... semoga JHEAINS terus gemilang untuk ummah..
28/01/2026

Tahniah YBhg Dato" Mohd Asri bin Abdullah... semoga JHEAINS terus gemilang untuk ummah..

Mesyuarat AJK/Pegawai dan pembentangan program oleh biro bagi tahun 2026.
04/01/2026

Mesyuarat AJK/Pegawai dan pembentangan program oleh biro bagi tahun 2026.

PROGRAM ZIARAH KASIH MASJID KARIAH GADONG JAYA.๐†๐€๐ƒ๐Ž๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€, 26 OKTOBER 2025 - Pihak Masjid Kariah Gadong Jaya meneruskan...
28/10/2025

PROGRAM ZIARAH KASIH MASJID KARIAH GADONG JAYA.
๐†๐€๐ƒ๐Ž๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€, 26 OKTOBER 2025 - Pihak Masjid Kariah Gadong Jaya meneruskan Program Ziarah Kasih menyantuni anak kariah yang diuji dengan masalah kesihatan mahupun lain-lain masalah.
Pihak Masjid telah menghulurkan sedikit sumbangan hasil infaq orang ramai ke dalam tabung Masjid bagi menzahirkan keprihatinan pihak masjid terhadap mereka. Program ziarah telah diketuai oleh Pengerusi Masjid Tn. Haji Rozlan Bin Sulaiman bersama -sama Ajk Tn Haji Alias Bin Shariff dan beberapa orang AJK muslimat.
Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada semua yang terlibat dan kepada para penginfaq tabung masjid.



PROGRAM SUBUH AKBAR MASJID KARIAH GADONG JAYA.๐†๐€๐ƒ๐Ž๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€, 26 OKTOBER 2025 - Masjid Kariah Gadong Jaya  telah menganjurk...
26/10/2025

PROGRAM SUBUH AKBAR MASJID KARIAH GADONG JAYA.

๐†๐€๐ƒ๐Ž๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€, 26 OKTOBER 2025 - Masjid Kariah Gadong Jaya telah menganjurkan Program Subuh Akbar untuk menggalakkan jemaah datang Solat Subuh berjemaah di masjid.
Kuliah Subuh pada hari ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan Sdr. Shamsul Debat. Kehadiran dianggarkan seramai 100 orang jemaah. Selesai kuliah Subuh, Semua jemaah sama - sama menikmati sarapan yang telah disediakan oleh pihak masjid.
Semoga program ini dapat menjadi pembuka pintu hidayah kepada Anak Kariah Gadong Jaya untuk hadir solat berjemaah di Masjid,terutamanya Solat Subuh.

16/05/2025

Wahai guru,
di tanganmu kami pernah menangis kerana ditegur,
dan di tanganmu jugalah kami belajar untuk bangkit dan berjalan dengan benar.

Sabda Nabi ๏ทบ:

"Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, hatta semut di dalam lubangnya dan ikan di laut, semuanya berselawat (mendoakan rahmat) kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Guru-guru tak pernah meminta wang ringgit kita.
Cukuplah sekadar kita mengingati mereka.
Jika mampu, ziarahlah. Bertanyalah khabar.
Dan jika tak mampu, jangan sesekali lupa untuk doakan mereka.

Terima kasih tak terhingga buat semua guru yang pernah menyentuh hidup kami โ€”
yang pernah memarahi kerana cinta,
yang pernah mendoakan kami dalam diam,
yang pernah menunggu kami faham, walau lambat.

Di mana pun kalian berada,
semoga Allah merahmati kalian, dunia hingga akhirat.

Dan selawat serta salam buat murabbi agung,
Nabi Muhammad ๏ทบ,
yang menyampaikan kebenaran dengan luka, air mata dan cinta.

Tanpamu ya Rasulullah, kami hanyut dalam kejahilan.
Tanpa sunnahmu, kami hilang arah untuk pulang kepada Tuhan.

-------------------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/





Adresse

Democratic Republic Of The

Site Web

Notifications

Soyez le premier ร  savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Masjid Kariah Gadong Jaya publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisรฉe ร  d'autres fins, et vous pouvez vous dรฉsabonner ร  tout moment.

Partager