21/10/2024
[ LAPORAN BERGAMBAR | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PROTON 1446H 2024 ]
4 & 5 Oktober 2024 Jumaat & Sabtu, Pusat Islam PROTON, Badan Pembangunan Kebajikan Islam PROTON (BPKIP) dengan kerjasama KELAB PROTON Tanjung Malim telah berjaya mengadakan Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H 2024 di Surau Diri Jumaat PROTON. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memperingati peristiwa agung kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Ceramah Maulidur Rasul 1446H oleh Ustaz Haslin Bollywood, Sembang Santai Dhuha bersama Pencetus Ummah Amin, Pertandingan perarakan daripada jabatan PROTON, Pertandingan mewarna Kuiz, Azan, Hafazan, Bacaan Al-Quran dan Tulisan Jawi.
Turut diadakan bersama adalah saringan kesihatan percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muallim serta kaunter perkhidmatan Zakat & Wakaf serta Tabung Haji. Cabutan Bertuah turut diadakan kepada tetamu yang hadir. Kehadiran daripada kakitangan PROTON dan masyarakat sekitar amat menggalakkan dengan kehadiran dianggarkan hampir 1,000 orang pada kedua-dua hari program ini dijalankan.
LIKE & SHARE