PEMBINA Samarahan

PEMBINA Samarahan Pembina melahirkan kepimpinan belia yang syumul menerusi penglibatan amal mahasiswa menjelang 2030

06/09/2026
✨ Salam Aidiladha 1447H ✨Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan hanya tentang memberi sesuatu yang kita sayang...
05/26/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨
Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan hanya tentang memberi sesuatu yang kita sayang, tetapi tentang keikhlasan hati dalam mentaati perintah Allah SWT. 🤍

Di sebalik ibadah korban, tersimpan nilai cinta, penghambaan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Sebuah pengorbanan yang lahir daripada iman dan keyakinan penuh kepada Allah.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi ruang untuk kita:
🌙 Memperbaiki hubungan dengan Allah
🌙 Menyemai sifat ikhlas dan syukur
🌙 Menguatkan ukhuwah sesama insan
🌙 Menjadi hamba yang lebih peduli dan memberi

Dalam setiap pengorbanan, semoga hadir keberkatan dan dalam setiap keikhlasan, semoga hadir redha Allah SWT. ✨

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H daripada seluruh warga PEMBINA Sarawak 🤎

✨ Salam Hari Arafah 1447H ✨Hari Arafah bukan sekadar hari biasa, tetapi hari yang penuh dengan rahmat, keampunan dan pel...
05/26/2026

✨ Salam Hari Arafah 1447H ✨

Hari Arafah bukan sekadar hari biasa, tetapi hari yang penuh dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk kita kembali mendekat kepada Allah SWT. 🤍

Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan:
🌿 Doa yang tulus dari hati
🌿 Zikir dan istighfar
🌿 Selawat ke atas Nabi ﷺ
🌿 Amal soleh serta muhasabah diri

Rasulullah ﷺ bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Maka jangan lepaskan peluang untuk memohon segala kebaikan buat diri, keluarga, sahabat dan seluruh umat Islam. ✨

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan mengurniakan hati yang sentiasa teguh di jalan-Nya.

“Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Ikhlas daripada,
PEMBINA Sarawak

Tidak semua luka perlu dibalas.Ada yang cukup disembuhkan dengan kemaafan dan keikhlasan. 🌙Dalam setiap hati yang memili...
05/18/2026

Tidak semua luka perlu dibalas.

Ada yang cukup disembuhkan dengan kemaafan dan keikhlasan. 🌙

Dalam setiap hati yang memilih untuk memaafkan, ada harapan untuk mendapat keampunan daripada Allah.
Semoga hati kita sentiasa lembut dalam memberi dan tenang dalam memaafkan. 🤍

🌙 Amalan Sunnah 10 Hari Awal Zulhijjah 🌙Rebut peluang gandakan pahala dalam 10 hari terbaik yang sangat dicintai Allah 🤍...
05/17/2026

🌙 Amalan Sunnah 10 Hari Awal Zulhijjah 🌙

Rebut peluang gandakan pahala dalam 10 hari terbaik yang sangat dicintai Allah 🤍
Jom hidupkan hari-hari Zulhijjah dengan amalan sunnah yang penuh keberkatan ✨

🕌 Antara amalan yang boleh dilakukan:
✅ Puasa sunat 1–9 Zulhijjah
✅ Solat sunat
✅ Berzikir (Takbir, Tahmid & Tahlil)
✅ Membaca Al-Quran
✅ Bersedekah
✅ Melaksanakan ibadah korban

📖 Jangan lupa niat puasa dan perbanyakkan amal soleh sepanjang hari-hari istimewa ini.

Semoga setiap amalan kecil kita diterima dan menjadi asbab rahmat serta keampunan daripada Allah SWT 🤲✨

04/28/2026

MAHASISWA TOLAK RAIN RAVE 2026

APA ITU RAIN RAVE?
Rain Rave Water Music Festival ialah acara hiburan besar yang gabungkan muzik DJ, aktiviti air dan suasana “rave” di ruang awam bandar.

KENAPA KENA BANTAH?
Kerana ia bukan sekadar hiburan.
Ia membawa budaya, gaya hidup dan nilai luar yang boleh:

* menormalisasikan hedonisme
* menghakis sensitiviti budaya
* memberi kesan kepada jati diri generasi muda

🔥 MAHASISWA BUKAN PEMERHATI. MAHASISWA PENGGERAK.
Diam bukan pilihan. Diam adalah persetujuan.

✊ APA TINDAKAN KITA?
✅ Tandatangani petisyen bantahan
✅ Sebarkan kempen ini
✅ Ajak rakan-rakan untuk ambil pendirian

📢 SUARAKAN BANTAHAN ANDA SEKARANG
Jangan biarkan orang lain tentukan arah budaya kita.

🔥 SEBARKAN. SUARAKAN. BERTINDAK.
Kerana masa depan identiti bangsa bermula dengan tindakan hari ini.

‼️ https://c.org/fp4KgsJYLF ‼️
‼️ https://c.org/fp4KgsJYLF ‼️
‼️ https://c.org/fp4KgsJYLF ‼️





MATK-18Pada 18 April 2026 yang lepas, PEMBINA Samarahan menghantar 9 wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) ...
04/27/2026

MATK-18

Pada 18 April 2026 yang lepas, PEMBINA Samarahan menghantar 9 wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) PEMBINA kali-18 bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Alhamdulillah, pada MATK kali ini PEMBINA Samarahan membawa anugerah kategori Murabbi Terbaik yang disandang oleh Pengerusi PEMBINA UNIMAS iaitu Saudara Nur Riqmal Hafizi bin Mohamad Suhaili.

Pengerusi Cawangan PEMBINA Samarahan, Saudara Abu Huzaifah bin Latip p**a menjadi salah seorang daripada pembahas ucapan dasar Presiden pada MATK kali ini.

Usaha tajdid ini belum selesai. Teruslah bergerak ke depan. Membina tasawur yang benar dalam diri Belia dan Mahasiswa. Untuk melahirkan Mahasiswa beragenda.

Membina Kepimpinan Nasional

04/27/2026
Mereka mungkin diuji tanpa henti,tapi semangat mereka tidak pernah mati. 🔥Inilah “Sumud”.Kekuatan untuk terus berdiri, w...
04/12/2026

Mereka mungkin diuji tanpa henti,
tapi semangat mereka tidak pernah mati. 🔥

Inilah “Sumud”.
Kekuatan untuk terus berdiri, walau dunia seakan membisu. ✊🏻

Ya Allah, kuatkanlah mereka dalam menghadapi ujian 🤲🏻
dan lindungi mereka dari segala bahaya.

Kita mungkin jauh,
tapi suara kita tetap bersama mereka. 🌍
Jangan diam. Jangan lupa.

ALL EYES ON SUMUD 🇵🇸

Address

Block C 1/FL SL 60 Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Samarahan
Sarawak, ON

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PEMBINA Samarahan:

Share