06/09/2026
PUTRAJAYA -5 September 2026
ANUGERAH KREATIF ASPIRASI AKAR 2026
PERINGKAT KEBANGSAAN
Tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang telah dicapai.
Ucapan tahniah dan penghargaan turut diberikan kepada para peserta dari Pulau Pinang, iaitu Muhammad Aidil Asyraf bin Mohamad Nur Azli dari Tabika KEMAS Bagan Nyior serta Maryam Safiya binti Imran Syafik dari Tabika KEMAS Politeknik Seberang Perai, atas usaha, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan sehingga berjaya melangkah ke peringkat ini.
Sesungguhnya, pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha yang berterusan, semangat yang tinggi serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Keberanian dan kesungguhan untuk mencuba serta memberikan yang terbaik merupakan satu pencapaian yang membanggakan.
Terima kasih kepada Puan Azirah selaku PIC Negeri Pulau Pinang dan semua pihak yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan. Segala doa, dorongan dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan menjadi sumber kekuatan serta motivasi kepada para peserta.
Semoga pengalaman dan pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.