16/07/2026
MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA MINGGU PEPERIKSAAN PELAJAR UiTM CAWANGAN SARAWAK
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Solat Hajat Sempena Minggu Peperiksaan para pelajar UiTM Cawangan Sarawak pada 16 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Masjid Al-Qurawiyyin, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.
Majlis yang diadakan selepas solat Maghrib berjemaah ini telah menghimpunkan para pelajar bagi bersama-sama memohon pertolongan dan keberkatan daripada Allah SWT agar dikurniakan ketenangan hati, kemudahan dalam menjawab peperiksaan, serta memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Antara pengisian utama program ialah solat hajat dan bacaan surah Yasin secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ilyas bin Mohd Saleh, Timbalan Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Sarawak.
Semoga majlis yang penuh keberkatan ini menjadi wasilah dalam memperkukuhkan hubungan para pelajar dengan Allah SWT, di samping menyuntik semangat dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh tawakal, usaha yang bersungguh-sungguh serta akhlak yang terpuji.
Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pelajar yang sedang menduduki peperiksaan. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, ketenangan fikiran, kesihatan yang baik serta kejayaan yang cemerlang kepada semua.
โDan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.โ
(Surah Taha: 114)
Anjuran:
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS)
๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข
Jom sama-sama kita memeriahkan program pengimarahan ini dengan menghadirkan diri ke Program UHEI UITM Cawangan Sarawak.
๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข