Hospital Mesra Ibadah Manjung

  • Home
  • Hospital Mesra Ibadah Manjung

Hospital Mesra Ibadah Manjung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Mesra Ibadah Manjung, Religious organisation, Fasa 2D, Seri Manjung, .

Hospital Mesra Ibadah (HMI) ialah inisiatif holistik yang dilaksanakan di pelbagai fasiliti kesihatan untuk memastikan pesakit dan kakitangan Muslim dapat menunaikan ibadah dengan selesa dan sempurna.

Pada hari ini, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Manjung amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Ho...
18/08/2026

Pada hari ini, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Manjung amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Seri Iskandar yang baru ditubuhkan.

Hospital Seri Iskandar bakal memulakan langkah untuk mencapai penarafan Hospital Mesra Ibadah.

Sebagai hospital kluster, HMI Hospital Seri Manjung akan membantu memberikan panduan dan perkongsian berkaitan.

Kunjungan ini disusuli dengan mesyuarat dan penerangan tentang Hospital Mesra Ibadah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr Azizul Salehudin manakala penerangan terperinci
tentang HMI telah disampaikan oleh Ustazah Nor Sa’adah Abdullah Zawawi, Dr Nurul Huda, Dr Daniel Iqram Abd Halim, dan Matron Roshaslinda Abu Hassan.

Sama-sama kita doakan agar diberi lorongan, dorongan dan kekuatan untuk mencapai hasrat ini.

Pada 11 Ogos 2026 telah diadakan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 3/2026 untuk para kakitangan Hospital Seri Manjung...
18/08/2026

Pada 11 Ogos 2026 telah diadakan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 3/2026 untuk para kakitangan Hospital Seri Manjung.

Seramai 50 orang telah menyertai kursus ini dan dilantik sebagai Pegawai Pelaksana Mesra Ibadah.

Kursus ini dijalankan bagi memastikan para kakitangan mempunyai ilmu, kemahiran dan kebolehan membantu para pesakit mengerjakan ibadah solat walaupun dalam keadaan sakit.

Kursus telah disampaikan oleh Dr Azizul Salehudin dan Dr Daniel Iqram Abd Halim.

Alhamdulillah, amalan bacaan doa pagi telah dimulakan di bangunan baru Hospital Seri Manjung.Amalan bacaan doa ini merup...
11/08/2026

Alhamdulillah, amalan bacaan doa pagi telah dimulakan di bangunan baru Hospital Seri Manjung.

Amalan bacaan doa ini merupakan salah sebuah inisiatif Hospital Mesra Ibadah.

Semoga usaha ini diberkati dan mendapat rahmat disisi Allah s.w.t

Sesi latihan praktikal dijalankan untuk melatih kemahiran bimbingan ibadah pesakit kepada pesakit-pesakit di Hospital Se...
11/08/2026

Sesi latihan praktikal dijalankan untuk melatih kemahiran bimbingan ibadah pesakit kepada pesakit-pesakit di Hospital Seri Manjung.

Latihan ini bagi memastikan para kakitangan mempunyai kemahiran yang betul tentang bagaimana membantu pesakit melakukan ibadah dan thoharah.

Sesi Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit kali kedua telah dijalankan untuk kakitangan Hospital Seri Manjung.Kursus ini diad...
11/08/2026

Sesi Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit kali kedua telah dijalankan untuk kakitangan Hospital Seri Manjung.

Kursus ini diadakan bagi melatih para kakitangan untuk memahami asas fiqh ibadah pesakit dan cara mambantu pesakit menjalankan ibadah.

Kursus telah disampaikan oleh Dr Azizul Salehudin dan Dr Daniel Iqram Abd Halim.

Turut dikongsikan berkaitan konsep Islamic Chaplaincy bagi menyokong spiritual pesakit dalam membantu rawatan holistik.

Surau kami diberi nafas baru.
28/07/2026

Surau kami diberi nafas baru.

Sesi Praktikal Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 1/2026 Hospital Kluster Seri Manjung-Seri Iskandar25 Jun 2026 - Baha...
25/06/2026

Sesi Praktikal Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 1/2026 Hospital Kluster Seri Manjung-Seri Iskandar

25 Jun 2026 - Bahagian kedua Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 1/2026 telah dijalankan secara hands-on.

Para peserta berkesempatan menjalani praktikal membantu pesakit melakukan taharah dan solat.

Para peserta juga diterangkan tentang beberapa simulasi yang mirip senario sebenar pesakit-pesakit di hospital.

Sesi ini dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada HMI Educator (HMIE) - Dr Azizul, Dr Daniel, Ustazah Norsaadah, PJ Roshaslinda dan KJ Akidah.

Hasrat penganjur agar para peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang didapati melalui kursus ini dalam tugasan harian di wad-wad.

Selain itu, ilmu ini juga sangat bermanfaat untuk diterapkan kepada diri sendiri dan keluarga.

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT BIL 1/2026Pada 25 Jun 2026 telah diadakan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 1/2026 b...
25/06/2026

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT BIL 1/2026

Pada 25 Jun 2026 telah diadakan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Bil 1/2026 bertempat di Dewan Kuliah, Masjid Ar-Rahman, Seri Manjung.

Program ini telah dihadiri oleh 60 orang kakitangan Hospital Seri Manjung yang terdiri daripada doktor dan paramedik.

Selain itu, sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) daripada Biro Muslimat Masjid Daerah Manjung (BMM) dan Guru Agama Dakwah (GAD) daripada Pejabat Agama Islam Daerah Manjung turut hadir sebagai peserta.

Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian - teori dan praktikal. Sesi pertama disampaikan oleh Dr Azizul Salehudin (Pegawai Perubatan Anestesiologi) dan Dr Daniel Iqram Abdul Halim (Pakar Kecemasan).

Sesi praktikal p**a dikendalikan bersama fasilitator yang terdiri daripada Ustazah Norsaadah, PJ Roshaslinda dan KJ Akidah.

Penganjuran kali ini turut dijayakan dengan sumbangan dan penglibatan daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (Kawasan Manjung).

Semoga usaha ini dapat memberikan ilmu dan kemahiran baru buat para peserta agar mampu memberikan sokongan spiritual dan ibadah kepada pesakit-pesakit di hospital, selain meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Para peserta yang hadir juga telah dilantik sebagai Pegawai Pelaksana Hospital Mesra Ibadah dan diharapkan dapat menjayakan inisiatif HMI pada masa hadapan.

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT Bil 1/2026Untuk kakitangan Hospital Seri Manjung & Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (R...
25/06/2026

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT Bil 1/2026

Untuk kakitangan Hospital Seri Manjung & Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH)

🗓️ 25 Jun 2026
🕗 8 pagi - 5 petang
📍 Dewan Kuliah, Masjid Ar-Rahman, Fasa 2 Gabungan, Seri Manjung

☕️ Sarapan & makan tengah hari disediakan

🕌 Pakaian menutup aurat (tidak perlu pakai uniform)

📞 Pendaftaran/Info/Pertanyaan:
KJ Akidah (013-9882757)

Anjuran:
Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah & Surau Hospital Seri Manjung

Dengan Kerjasama:
Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Manjung

Address

Fasa 2D, Seri Manjung

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Mesra Ibadah Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship?

Share