22/10/2025
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.
Perginya pencinta Al-Quran. Guru kepada guru-guru Kami.
Telah kembali kerahmatullah Ustazah Hjh Zaharah bte Mohd Ali.
Seorang yang jiwanya Al-Quran, belajar dan mengajar Kitab yang diturunkan Allah SWT sebagai petunjuk. Seorang yang tak lepas menadah ilmu Kalam Ilahi, berkhidmat menyebarkan bacaan Al-Quran pada murid-muridnya, manfaatnya tersebar luas.
InsyaAllah Solat jenazah akan diadakan di Masjid Kampung Siglap sekitar jam 10.00 pagi , Khamis 23 Oct 2025.
Semoga Allah permudahkan urusan pengkebumian beliau dan menempatkan almarhumah bersama para pencinta Al-Quran, Ameen