Kompleks Masjid & Tahfiz Raudhah Al Quran

Kompleks Masjid & Tahfiz Raudhah Al Quran Sumbangan amat diperlukan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Page ini bertujuan membantu membina Kompleks Masjid & Tahfiz Raudhah Al Quran di Kampong Sematjal, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

Jangan Lupa Malam Ini
30/07/2026

Jangan Lupa Malam Ini

JOM INFAQ JUMAAT MASJID KAMI
23/07/2026

JOM INFAQ JUMAAT MASJID KAMI

ALHAMDULILLAH & SYUKURAlhamdulillah, petang kelmarin kita sudah pasang karpet di bahagian hulu bangunan Masjid Raudhah A...
26/05/2026

ALHAMDULILLAH & SYUKUR

Alhamdulillah, petang kelmarin kita sudah pasang karpet di bahagian hulu bangunan Masjid Raudhah Al Quran Kampong Sematjal, Wakaf Bharu ini.,

Pagi ini kita akan sambung lagi kerja - kerja pemasangan karpet dan mozek untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447 / 2026 M.

Pagi ini, selepas solat Subuh tadi, kami bergambar di atas karpet yang baru dipasang serta di bawah sinaran lampu yang juga baru kami pasang. Hasil gambar yang telah pukulkan menunjukkan kami semakin cerah kerana pencahayaan ini.

Jangan lupa kita pakat HADIR solat Isyak dan selepas itu kita Pakat solat tasbih serta bertakbir muqayyafd & mursal

Kita akan SOLAT Aidil Adha pagi esok pada jam
8.00 pagi.

Terima Kasih kepada semua sahabat Muslimin - Muslimat yang sama sama bergabung dalam kerja mendirikan masjid bersama kami

Haji Rosli Che Soh
9 Zulhijjah 1447. / 26 Mei 2026 ( HARI ARAFAH )
Kampung Halaman Sendiri

Pengalaman hadir Kuliah Maghrib jemputan dari Masjid Mukim Telaga Mas, Rantau Panjang.Terima Kasih Diucapkan Kepada AF U...
17/04/2026

Pengalaman hadir Kuliah Maghrib jemputan dari Masjid Mukim Telaga Mas, Rantau Panjang.

Terima Kasih Diucapkan Kepada AF Ustaz Yahya Omar, Imam Tua Masjid ini.

Ambo turut menceritakan kisah lama zaman belajar di oondok dahulu. Ambo hadir ke masjid lama di tapak masjid baru kini semasa Allahyarham Ustaz Ibrahim sebagai Imam Tua dan Allahyarham Ustaz Abdul Kadir menjadi Imam Muda

Kebetulan ketika hadir itu, tiba - tiba ambo demam.

Selamat Hari Jumaat
17/04/2026

Selamat Hari Jumaat

Alhamdulillah muslimat hadir Masjid Raudhah Al Quran naik motor coley
26/03/2026

Alhamdulillah muslimat hadir Masjid Raudhah Al Quran naik motor coley

Ramadhan Kareem
18/02/2026

Ramadhan Kareem

MEMBANGUN & MENGIMARAH MASJIDعَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ...
17/01/2026

MEMBANGUN & MENGIMARAH MASJID

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.

2. Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani, maksud “membangunkan masjid” merangkumi:

a. Membina secara fizikal dari segi struktur dan bangunan.
b. Menyumbang harta, tanah, tenaga atau kepakaran.
c. Membantu pemulihan, pembesaran dan penyelenggaraan masjid.

3. Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dalam kalangan pemakmur masjid Allah. Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (Surah At-Taubah: 18).

4. Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan “memakmurkan” dalam ayat di atas ialah mereka yang:

a. Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya
b. Membina masjid dan memperbaikinya.

5. Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.

6. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan.

Hari ini 17 Januari 2026 ( Sabtu ) kami bergotong royong di Masjid Raudhah Al Quran membuat persiapan menyambut Ramadhan...
17/01/2026

Hari ini 17 Januari 2026 ( Sabtu ) kami bergotong royong di Masjid Raudhah Al Quran membuat persiapan menyambut Ramadhan Al Mubarak tahun ini.

Alhamdulillah
08/01/2026

Alhamdulillah

Address

Jalan Wakaf Bharu
Wakaf Bharu

Telephone

+60139831786

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Masjid & Tahfiz Raudhah Al Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Kompleks Masjid & Tahfiz Raudhah Al Quran:

Shortcuts

Share