12/01/2024
Kuliah Tasawwur
Amalan 24 jam bersama Rasulullah :
Setiap perkara termasuklah tingkah laku, perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh Rasullulah boleh dijadikan panduan dalam kehidupan sebagai manusia
1. Sunnah dalam berpakaian
- memulakan memakai
pakaian pada bahagian
kanan terlebih dahulu
termasuklah mengikat
rambut,memakai selipar
2. Sunnah ketika memakai kasut
- apabila memakai kasut ,
perlulah mendahului kaki
kanan dan apabila ingin
menanggalkan kasut/
selipar/sandal , perlulah
mendahului kaki kiri
3. Memakai wangi-wangian
- Rasulullah memakai
wangi-wangian ketika
berada di dalam dan di
luar rumah
- berwangi- wangian ketika
di dalam rumah bagi
wanita manakala apabila
berada di luar rumah
mempunyai had
4. sunnah ketika ingin tidur
- menutup lampu dan
pintu sekiranya ingin
tidur
- berwuduk
- mengebas tempat tidur
- berbaring dengan
mengiring ke kanan
- meletakkan tangan
kanan di bawah p**i
kanan
- membaca doa tidur
5. Sunnah ketika bermimpi baik atau buruk
- ketika mimpi yang
menyeronokkan dan
baik, mimpi tersebut
adalah hadiah daripada
Allah maka hendaklah
kita memuji Allah dan
ceritakan mimpi
tersebut kepada orang
lain supaya orang lain
dapat mendoakan kita
- apabila mimpi yang
buruk, maka ianya datang
daripada syaitan dan
hendaklah ia memohon
perlindungan daripada
Allah dan janganlah
menceritakan mimpi
tersebut kepada orang
lain. Mimpi yang buruk
tidak akan memudaratkan
orang yang bermimpi
- apabila kita bermimpi
buruk , hendaklah kita
meludah ke sebelah kiri
6. Sunnah ketika menziarahi orang sakit
- berniat kerana Allah SWT
- memilih waktu yang
sesuai untuk berziarah
- mengusap bahagian
yang sakit dengan
tangan kanan dan
membaca doa