Surau Baiduri Kemaman

Surau Baiduri Kemaman Surau Pusat Dakwah & Tarbiyah Komuniti

08/04/2025
07/04/2025

Alhamdulillah.

Kuliah Maghrib pasca Aidilfitri disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkifli mengenai hadith Imam Nawawi.



26/03/2025

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi kita masih mampu menapak dan menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah.

Seperti biasa, pada pagi disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim.

Tazkirah pagi ini menceritakan tentang perang Uhud yang berlaku pada 2 Hijrah. Menariknya, terma perisik atau “spy” sudah digunapakai oleh tentera Islam ketika itu apabila pakcik kepada Nabi Muhammad SAW, Abbas bin Abdul Mutalib yang ketika itu berada di Mekah, menyampaikan segala maklumat perang orang Quraisy kepada Nabi Muhammad SAW di Madinah.

InsyaAllah sama-sama kita sebarkan kepada yang lain.


 Assalamualaikum. Sekiranya ada sesiapa yang kehilangan loket R di Surau Baiduri pada Isnin, 24 March, boleh berjumpa de...
24/03/2025



Assalamualaikum.

Sekiranya ada sesiapa yang kehilangan loket R di Surau Baiduri pada Isnin, 24 March, boleh berjumpa dengan pihak pengurusan surau atau boleh Whatsapp nombor di bawah.
www.wasap.my/+60139416429


17/03/2025

Alhamdulillah.

Sambutan memberangsangkan pagi ni, sama-sama dengarkan kuliah subuh yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim, berkongsi tentang sirah azan pertama bagi umat Islam.




14/03/2025

Alhamdululillah.

Pihak Surau Baiduri berbesar hati menerima kunjungan al-Fadhil Ustaz Tuan Saidi, Imam Besar Masjid Jamek Kemaman bagi program ceramah/ kuliah Subuh dan Dhuha.

Program ini adalah program anjuran oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman bersempena ketibaan bulan agung bulan Ramadhan.

InsyaAllah, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

“Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi juga mengisi jiwa dengan ilmu dan taqwa.”



12/03/2025

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi kita masih mampu menapak dan menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah.

Seperti biasa, pada pagi disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim.

Tazkirah pagi ini menceritakan tentang sirah awal Nabi Junjungan Kita Muhammad SAW mendapat wahyu di Gua Hira’.

Ilmu yang kita kongsikan hari ini: Surah al-Fatihah adalah surah kelima yang diturunkan kepada Rasulullah dan surah pertama yang diturunkan secara penuh!

InsyaAllah sama-sama kita sebarkan kepada yang lain.


12/03/2025

Alhamdulillah. Program harian Surau Baiduri Kemaman bersempena bulan Ramadhan. Dijemput semua ahli kariah yang berdekatan.

Address

Kemaman
Terengganu
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Baiduri Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share