01/09/2026
🌿 PENAZIRAN PROGRAM MASJID GEMILANG PAHANG (PMGP) 2026 🌿
Alhamdulillah, Masjid kita telah terpilih buat kali pertamanya untuk menyertai PMGP dan pada 1 September 2026, telah selesai dilaksanakan Penaziran Program Masjid Gemilang Pahang (PMGP) 2026 di Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek.
Penaziran telah diketuai oleh Ustaz Aslam bersama 6 orang pasukan auditor bagi menilai serta meneliti pengurusan dan pengoperasian masjid.
Penaziran melibatkan 4 komponen utama, iaitu:
🔹 Pengurusan
🔹 Pengimarahan
🔹 Prasarana
🔹 Persekitaran
Pihak pengurusan Masjid Ubudiah Felda Sungai Nerek merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan auditor PMGP atas masa, komitmen serta pandangan dan penilaian yang diberikan.
Pihak Masjid juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus dan memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan persiapan PMGP ini.
Semoga segala usaha ini menjadi pemangkin kepada pihak masjid untuk terus memperkemas pengurusan, meningkatkan kualiti pengimarahan serta menjadikan Masjid Ubudiah sebagai masjid yang unggul, aktif dan dekat dengan masyarakat. 🤲🏻
"Melangkah Bersama Membina Ummah"