Masjid Al Mustaqim Telok Sengat

Masjid Al Mustaqim Telok Sengat Masjid Al Mustaqim Telok Sengat terletak di Kampung Telok Sengat.

Sambutan Maulidur Rasul 1448H Meriah, Erat Ukhuwah Masyarakat Telok SengatTELOK SENGAT, 28 Ogos 2026 – Sambutan Maulidur...
29/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul 1448H Meriah, Erat Ukhuwah Masyarakat Telok Sengat

TELOK SENGAT, 28 Ogos 2026 – Sambutan Maulidur Rasul 1448H yang berlangsung di Masjid Al-Mustaqim Telok Sengat pada Jumaat, 28 Ogos 2026, berlangsung meriah dengan penyertaan masyarakat setempat serta pelbagai lapisan komuniti.

Program ini turut dihadiri oleh YB Cik Norlizah binti Noh, ADUN Johor Lama, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuhkan penghayatan Islam serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sambutan tersebut merupakan anjuran bersama Masjid Al-Mustaqim Telok Sengat, MPP Zon 12 Telok Sengat, KRT Telok Sengat dan Kelab Belia Proaktif Telok Sengat.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan perhimpunan peserta di hadapan Sekolah Kebangsaan Telok Sengat, sebelum para peserta bergerak secara berarak menuju ke Masjid Al-Mustaqim pada jam 8.00 pagi. Perarakan tersebut turut diserikan dengan pemarakan sebagai salah satu pengisian sambutan.

Setibanya di masjid, para peserta menikmati sarapan pagi sebelum program diteruskan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Al-Mustaqim dan persembahan murid Sekolah Agama Telok Sengat.

Acara seterusnya diisi dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid Al-Mustaqim, diikuti Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Haji Suhaimi bin Haji Rebu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Johor.

Pada jam 10.30 pagi, turut diadakan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta sebelum program diakhiri dengan jamuan pada jam 11.00 pagi.

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi platform untuk menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, menghayati sirah dan akhlak Baginda serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Kerjasama erat antara pihak masjid, agensi kemasyarakatan, KRT dan golongan belia dalam menjayakan program ini turut mencerminkan semangat kebersamaan dan kesepaduan komuniti Telok Sengat dalam melaksanakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menjadi wadah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, berakhlak mulia dan sentiasa menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

15/06/2026
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H

Program Memasak Bubur Lambuk
06/03/2026

Program Memasak Bubur Lambuk

Sekilas program Semarak Subuh anjuran Masjid Al Mustaqim Telok Sengat dan Pejabat Daerah Kota Tinggi
20/02/2026

Sekilas program Semarak Subuh anjuran Masjid Al Mustaqim Telok Sengat dan Pejabat Daerah Kota Tinggi

HEBAHAN PROGRAM SEMARAK SUBUH📍 Masjid Al Mustaqim Telok SengatAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sukacita dimakl...
18/02/2026

HEBAHAN PROGRAM SEMARAK SUBUH
📍 Masjid Al Mustaqim Telok Sengat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Semarak Subuh akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 20 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 5.30 pagi
📍 Tempat: Masjid Al Mustaqim Telok Sengat

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kota Tinggj dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Mustaqim Telok Sengat.

Sehubungan itu, seluruh masyarakat khususnya penduduk sekitar Telok Sengat dijemput hadir untuk bersama-sama memakmurkan masjid dan menyemarakkan ibadah Subuh secara berjemaah.

Marilah kita manfaatkan peluang ini untuk mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam komuniti.

Semua dijemput hadir.

15/02/2026

INFOGRAFIK KHUTBAH JUMAAT PADA HARI INI

Address

Telok Sengat
Telok Sengat
81940

Telephone

+60172264276

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Mustaqim Telok Sengat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al Mustaqim Telok Sengat:

Shortcuts

Share