04/10/2025
PENYATAAN RASMI BERKENAAN KEROSAKAN BILLBOARD SUMBANGAN WAKAF MASJID BANDAR RIMBAYU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pihak Protem Masjid Bandar Rimbayu ingin memaklumkan bahawa billboard sumbangan wakaf yang dipasang berhampiran tapak kawasan masjid telah mengalami kerosakan teruk akibat ribut kuat yang melanda beberapa bulan yang lepas (sekitar Mac 2025).
Kerosakan tersebut telah menjejaskan struktur dan keselamatan billboard berkenaan dan pihak pengurusan masjid telah mengambil tindakan susulan dalam proses penilaian serta perancangan untuk kerja-kerja pembaikan atau penggantian baharu mengikut kemampuan serta hasil sumbangan wakaf yang diterima.
Alhamdulillah, hari ini Sabtu tanggal 4 Oktober 2025, billboard dengan wajah dan rekabentuk yang baharu telah berjaya dipasang.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan pewakaf atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap pembangunan Masjid Bandar Rimbayu.
Semoga segala sumbangan dan bantuan tuan-tuan serta puan-puan diberkati dan diterima sebagai amal jariah di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Yang menjalankan amanah.
PROTEM MBR
4/10/2025, Sabtu