Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut

  • Home
  • Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut

Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut, Religious Center, kampung batu laut, .

Dirasmikan pada 12 Rabiulakhir 1389 bersamaan 7 jun 1969 oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Idris Shah Ibni Al-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Yang Dipertua Jemaah Pemangku Raja Selangor Darul Ehsan

Menginfak atau mewakafkan tanah perkuburan merupakan salah satu amal jariah yang sangat besar nilainya dalam Islam. Ia t...
28/06/2026

Menginfak atau mewakafkan tanah perkuburan merupakan salah satu amal jariah yang sangat besar nilainya dalam Islam. Ia termasuk dalam kategori sedekah berterusan (wakaf) yang pahalanya akan terus mengalir kepada pewakaf walaupun dia telah meninggal dunia.

Kepada sesiapa yang ingin menginfak boleh menghubungi nombor di bawah ini sebagai rujukan..

Sekian terima kasih.

28/06/2026
28/06/2026

🕌 Assalamualaikum w.b.t.

📢 Makluman Infaq Tanah Merah
(Tapak Tanah Perkuburan Baharu Jalan Aman Timur)

Tuan/Puan yang dirahmati Allah disarankan untuk bersama-sama menyumbang melalui infaq atau wakaf tanah merah bagi kegunaan tapak perkuburan baharu ini.

💰 Kadar sumbangan:
🚛 1 lori 6 tayar = RM260
atau
📦 Tuan/Puan boleh membeli sendiri tanah merah dan menghantarnya terus ke kawasan perkuburan.

🏦 Sumbangan boleh dibuat melalui:
AAC Masjid
Bank Islam: 12074010047321

💵 Bagi yang tiada perbankan secara online, bayaran tunai boleh dibuat kepada:

1️⃣ Pn Mawarniza (Bendahari) – 013-3631353
2️⃣ Tuan Nazir – 013-3368913
3️⃣ Timbalan Nazir – 014-2200593

🌙 Semoga infaq dan sumbangan tuan/puan menjadi saham akhirat yang berterusan. Aaamin🤲🤲

📲 Selepas membuat bayaran, sila hantar slip pembayaran melalui WhatsApp kepada salah seorang nombor di atas untuk rekod.

👉 Klik untuk WhatsApp:
https://wa.me/60133368913 📱 (Nazir)
https://wa.me/60133631353 📱 (Bendahari)
https://wa.me/60142200593 📱 (Timbalan Nazir)an Timur)

28/06/2026

AKIBAT MEREMEHKAN SOLAT

28/06/2026

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

BUKTI-BUKTI KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

KISAH NABI YUSUF 'ALAIHISSALAM

Nabi Yusuf 'Alaihissalam Dengan Saudara-Saudaranya

Firman Allah
•Surah Yusuf (12 : 13)

Terjemahan -:

(Yaakub) berkata: "Sesungguhnya pemergian kamu bersama Yusuf sangat menyedihkan dan aku khuatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lalai daripadanya

Surah Yusuf (12 : 14)

Terjemahan -:

Mereka berkata: "Jika dia dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat), sesungguhnya kalau demikian, kami adalah orang yang rugi."

Catitan

Menjadi seorang pengecut yang hidupnya tidak ada ertinya.

Surah Yusuf (12 : 15)

Terjemahan

Maka tatkala mereka membawanya dan sepakat memasukkanya ke dasar perigi, Kami wahyukan kepadanya (Yusuf): "Sesungguhnya kamu kelak akan menceritakan perbuatan ini kepada mereka, sedang mereka tidak menyedarinya."

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

28/06/2026

MUTIARA KATA

Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperoleh melalui mujahadah membersihkan hati..

Assalamualaikum.Pihak masjid menyediakan bakul hitam di masjid bagi tujuan mengumpukan semua Al-quran yang rosak dan tid...
28/06/2026

Assalamualaikum.

Pihak masjid menyediakan bakul hitam di masjid bagi tujuan mengumpukan semua Al-quran yang rosak dan tidak digunakan lagi.

Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang berhajat untuk melupuskan boleh menghantar ke masjid sehingga selasa ini (30hb jun 2026) sebelum jam 9:00 pagi.

MAJLIS MENGACAR BUBUR ASYURAHAda apa dengan Asyurah?Di dalam Muharram, terdapat satu hari di mana Allah swt dan Nabi Muh...
27/06/2026

MAJLIS MENGACAR BUBUR ASYURAH

Ada apa dengan Asyurah?
Di dalam Muharram, terdapat satu hari di mana Allah swt dan Nabi Muhammad saw sangat menjaga keutamaan hari itu di atas hari hari yang lain. Hari itu dikenali dengan 'Asyurah' iaitu tanggal 10 Muharram.

Beberapa peristiwa yang Allah swt telah memilih 10 Muharram.
- Nabi Musa, pengikutnya di selamatkan dan Lemasnya Firaun di laut Merah.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas Bukit Judy. Dan perintahkan untuk mengumpul sisa bahan makanan untuk di masak (bubur) tanda kesyukuran.
- Terbunuhnya Sayyidinah Hussain (cucu Nabi saw) di Karbala...dan beberapa lagi peristiwa.

Dan kesempatan ini pihak muslimah bergotong royong myediakan bubur untuk diagihkan kepada jemaah yang hadir ke masjid...

Semoga acara sedemikian dapat diteruskan bagi memupuk semangat sillaturrahim sesama kita, insyaAllah...

______________________________________

Sumbangan @ infak :
12074010047321

✔️ Bank Islam
✔️ Masjid Inayatur Rahman, Kg Batu Laut

Kenanagan gotong royong ibadah korban bagi tahun 2026
30/05/2026

Kenanagan gotong royong ibadah korban bagi tahun 2026

Gotong royong ibadah korban Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut bagi tahun 2026M / 1447H. Dalam suasana yang meriah se...
30/05/2026

Gotong royong ibadah korban Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut bagi tahun 2026M / 1447H.

Dalam suasana yang meriah segenap lapisan masyarakat bertungkus lumus meyempurnakan tugasan mereka..

Alhamdulillah segala kerja dipermudahkan dan segala amal ibadah diterima Allah swt..

InsyaAllah... aminnn..

Address

Kampung Batu Laut

42800

Telephone

+60132368913

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Inayatur Rahman, Kg. Batu Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship?

Share