29/04/2024
J A M U A N R A Y A | Alhamdulillah suasana sepanjang majlis jamuan raya Surau As-Syakirin Peket 100, untuk pengetahuan ahli qariah dana untuk majlis Jamuan Hari Raya ini, hasil dari sumbangan dari seluruh ahli qariah peket 100.
Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua penyumbang dari segi kewangan atau kelengkapan makanan. Terima kasih juga kepada semua yang memeriahkan majlis jamuan raya Surau Assyakirin Kampung Peket 100 Simpang Lima.
Semoga aktiviti sebegini dapat memakmurkan lagi surau kita di masa hadapan. Sekali lagi terima kasih banyak kepada semua ahli qariah.