05/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ 2026
Pada 2 Ogos 2026 (Ahad), tepat jam 10.30 pagi, telah berlangsung Misa Kudus sempena Perayaan Hari Penaung Gereja Santo Petrus Faber, K*K Lanas dengan kehadiran umat K*K Lanas yang bersama-sama memeriahkan sambutan penuh kesyukuran ini.
Misa Kudus telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Paul Mikin. Selepas perayaan Ekaristi, umat turut mengikuti katekesis Alkitab disampaikan oleh Kat. Matius A. yang memberikan pengisian rohani serta memperdalam pemahaman akan Sabda Tuhan.
Majlis kemudiannya diteruskan di Dewan Gereja K*K Lanas, di mana seluruh umat berkumpul dalam suasana penuh sukacita, persaudaraan dan kesyukuran bagi meraikan Hari Penaung Gereja bersama-sama. Semoga melalui perayaan ini, seluruh umat K*K Lanas terus diperkukuhkan dalam iman, dipenuhi kasih Kristus, serta sentiasa bersatu dalam pelayanan kepada Tuhan dan sesama.