20/12/2020
Sering kali digunakan dalam masakan tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.
Apakah itu? Ia adalah rempah ratus yang ada didapur rumah anda!
Apa khasiatnya untuk kesihatan? Jom baca perkongsian 10 khasiat rempah ratus.
1) Ketumbar
Digunakan secara tradisional untuk merawat masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, jangkitan luka, kencing manis, darah tinggi dan arthritis.
Arthritis sejenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.
2) Buah Pelaga
Merupakan rempah yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan dapat menghilangkan bau mulut dengan cara mengunyahnya perlahan-lahan.
3) Asam keping
Asid askorbik yang terdapat dalam asam keping berperanan sebagai anti bakteria dapat membantu menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
4) Bawang putih
Melawan pelbagai penyakit seperti selsema.
5) Halba
Membantu mengawal diabetes.
6) Cengkih
Melegakan sakit gigi dan menghilangkan bau mulut.
7) Lada hitam
Membantu mengurangkan berat badan, mengalakkan sistem perkumuhan seperti peluh dan buang air kecil.
8) Kulit kayu manis
Menambahkan kulit kayu manis ke dalam makanan tinghi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gula dalam darah serta bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
9) Halia
Mengurangkan gula dalam darah secara drastik dan memperbaiki faktor risiko penyakit jantung.
10) Serai
Agen pencengah kanser dan detoksifikasi.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.