PAS KEDAH

PAS KEDAH Dapatkan maklumat rasmi PAS Kedah disini

07/08/2026

Kuliah Dhuha
Jumaat Minggu 1

07 Ogos 2026
9:00 Pagi

Kitab: Faridatul Faraid Jawi (m/s: 19 - baris 3)
Bersama: Tuan Guru Haji Omar bin Senawi

Tempat: Masjid Tuan Guru Haji Othman Al Yunusi Kompleks PAS Kedah Batu 9 Simpang Empat Alor Setar Kedah Darul Aman

Ketua Pemuda PAS menerima kunjungan Ziarah Mahabbah daripada Ketua Pemuda UMNO di Kompleks PAS Kedah.Semoga pertemuan in...
06/08/2026

Ketua Pemuda PAS menerima kunjungan Ziarah Mahabbah daripada Ketua Pemuda UMNO di Kompleks PAS Kedah.

Semoga pertemuan ini terus mengeratkan ukhuwah serta membawa manfaat kepada semua.


KXP: SIAPA SEBENARNYA YANG MENGGERAKKAN PROJEK INI?Oleh: Hafiz MansorKetua Penyelidik Yayasan Kedah Sejahtera Dari awai ...
06/08/2026

KXP: SIAPA SEBENARNYA YANG MENGGERAKKAN PROJEK INI?

Oleh: Hafiz Mansor
Ketua Penyelidik Yayasan Kedah Sejahtera

Dari awai geng merah kata MB Sanusi ciplak projek lama dan takdak idea pembangunan tersendiri.

Tapi sejak dari awai MB la yang pulun menggerakkan projek KXP ni.

Projek ni mula dicadangkan sejak September 2013. Masa tu Kerajaan Negeri dah beralih tangan.

Tahun 2015 ada tiga kajian kebolehlaksanaan sama ada melibatkan bahagian teknikal, kewangan mahupun kajian impak ekonomi.

Tahun 2018 pun ada satu lagi kajian kebolehlaksanaan dibuat.

Tapi projek senyap sepi. Krik krik.

MB Sanusi naik jadi MB Mei 2020. Tak tunggu lama, 27 Oktober 2020, Kerajaan Negeri bentang dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan dapat kelulusan bersyarat terhadap projek KXP.

Apa guna canang projek ni zaman kami kononnya tapi tak buat apa-apa untuk realisasikan benda tu.

Sekadar sembang sapa pun boleh.

Pelan KXP ni di bawah projek mega Kedah Aerotropolis. Kedah letak sasaran untuk jadi Memphis of ASEAN yang jadi titik penghubung pengangkutan selain centre of excellence MRO dan SLAM.

Kerajaan Negeri pun dah ada perbincangan dengan syarikat kargo global dari China untuk leverage transhipment kargo global khususnya ke bahagian Eropah (Luxembourg).

Kedah Aerotropolis akan jadi twin hub untuk sayap di bahagian Asia Tenggara. Ini potensi yang boleh dicapai dengan Kedah Aerotropolis.

Ironinya, sekarang depa yang mencanang "ini projek zaman kami" tu p**ak yang dilihat melengah-lengahkan benda tu.

MB sebut kelulusan lesen operator aerodrom di bawah MOT. Masih tiada perkembangan.

Libat urus dengan pihak CAAM dan TUDM pun kena lengkapkan dengan persetujuan daripada MOT. Juga masih tiada perkembangan.

Kajian National Airports Strategic Plan (NASP) yang sepatutnya boleh wave sebab dah ada lima kajian feasibility dibuat, pun masih tiada perkembangan. Kajian ni bawah MOT.

Kerajaan Negeri dah berusaha penuhi lapan syarat yang ditetapkan oleh MPFN. Tambah lagi MPFN pun dah luluskan pemanjangan tempoh kelulusan bersyarat tadi lagi lima tahun sehingga 2030.

Jadi, apa dah jadi dengan KXP?

Adakah KXP akan dijadikan modal sebagai Kerajaan PAS "tidak pandai mentadbir" dan "ekonomi negeri mundur" bila tiba PRU kelak? Sedangkan depa yang loi buat gheja.

Aku habaq siap-siap kalau depa buat modai, kita balun siap-siap.

Kredit : Kedah Online

🟒 PERTANDINGAN CIPTA LOGO MUKTAMAR PAS KALI KE-72 🟒Assalamualaikum & salam sejahtera.Kami ingin menjemput anda menyertai...
06/08/2026

🟒 PERTANDINGAN CIPTA LOGO MUKTAMAR PAS KALI KE-72 🟒

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami ingin menjemput anda menyertai Pertandingan Cipta Logo sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Kelantan!

πŸ“… Tempoh Penyertaan:
5 Ogos 2026 – 12 Ogos 2026 (jam 12:00 tengah malam)

βœ… Terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia
βœ… PERCUMA β€” tiada bayaran penyertaan
βœ… Boleh hantar lebih dari 1 penyertaan

🎨 Kriteria Logo Ringkas:
* Reka bentuk asli & baharu (bebas plagiat)
* Menggambarkan Muktamar Ke-72 & identiti Kelantan (budaya/warisan/seni)
* Maksimum 4 warna
* Sertakan penjelasan reka bentuk, simbol & warna
* Format A4, latar putih, 300dpi

πŸ“€ Cara Hantar:
1️⃣ Dokumen (.pdf / .ai / .psd)
2️⃣ Dokumen (.jpeg)
3️⃣ Borang Penyertaan (lengkap diisi)

πŸ“§ Emel ke: [email protected]

πŸ“‹ Borang Penyertaan & maklumat penuh:
πŸ‘‰ https://pas.org.my/logomuktamar/

Jom sertai dan cipta logo untuk Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72! πŸ‡²πŸ‡Ύ

MENILAI PAS DENGAN ADILSaya membaca satu tulisan yang menyatakan pendirian kenapa beliau menolak PAS. Saya tidak mahu ny...
05/08/2026

MENILAI PAS DENGAN ADIL

Saya membaca satu tulisan yang menyatakan pendirian kenapa beliau menolak PAS. Saya tidak mahu nyatakan siapa penulisnya, atau melampirkan tulisannya di sini kerana saya masih menjaga ukhuwwah.

Namun tulisan itu akan saya jawab, dan jawapannya diharapkan bermanfaat untuk semua.

Sejujurnya, saya menghormati hak setiap orang untuk berijtihad dalam membuat pilihan politik.

PAS sendiri tidak pernah mengajar bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS pasti berdosa atau terkeluar daripada Islam.

Tetapi saya ingin mengulas beberapa perkara.

1️⃣ PERTAMA,

Penulis membina satu premis yang sebenarnya tidak pernah menjadi pegangan rasmi PAS, iaitu kononnya menyokong PAS sama seperti menyokong Islam, dan menolak PAS sama seperti menolak Islam.

Hakikatnya, PAS hanyalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

PAS bukan agama. PAS bukan wahyu. PAS juga bukan maksum. Ahli dan pemimpinnya boleh betul dan boleh tersilap. Perkara ini telah disebut berkali-kali oleh pimpinan PAS sendiri.

2️⃣ KEDUA,

Penulis menyebut seolah-olah fatwa berubah mengikut kepentingan politik.

Kalau benar ada individu yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat, kritiklah individu tersebut dengan fakta. Tetapi jangan menghukum keseluruhan sebuah jemaah yang berusia lebih 70 tahun hanya kerana beberapa petikan yang dipetik di luar konteks atau berdasarkan persepsi.

Dalam fiqh siyasah, perubahan ijtihad mengikut perubahan fakta, keadaan dan maslahah bukanlah sesuatu yang asing.

Para sahabat sendiri berbeza pandangan dalam banyak isu politik dan pentadbiran tanpa menuduh antara satu sama lain memperdagangkan agama.

3️⃣ KETIGA,

Penulis mendakwa agama diperalatkan untuk politik.

Persoalannya, adakah memperjuangkan pengharaman judi, mengehadkan penjualan arak, memperkasakan Mahkamah Syariah, mempertahankan institusi keluarga, menolak normalisasi LGBT, memperjuangkan pendidikan Islam, mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan menentang rasuah itu menggunakan agama untuk politik, atau membawa nilai agama ke dalam politik?

Bukankah politik sememangnya perlu dipandu oleh agama dan akhlak?

Kalau agama tidak boleh memandu politik, apakah yang akan memandu politik? Nafsu? Pop**ariti? Undi?

4️⃣ KEEMPAT,

Penulis membangkitkan soal taksub kepada ulama.

Saya bersetuju.

Taksub kepada sesiapa pun adalah salah.

Tetapi jangan p**a kerana menolak ketaksuban, kita akhirnya menolak peranan ulama dalam memandu masyarakat. Islam sentiasa meletakkan ulama sebagai pewaris para nabi, bukan untuk ditaati secara membuta tuli, tetapi dihormati kerana ilmu mereka.

PAS tidak pernah mengajar bahawa pandangan Presiden atau Majlis Syura adalah wahyu.

Keputusan mereka adalah ijtihad yang boleh dipersetujui atau dibahaskan melalui adab dan disiplin ilmu.

5️⃣ KELIMA,

Penulis banyak menilai PAS melalui kelemahan sebahagian penyokong.

Kalau itu kaedahnya, semua parti politik akan gagal.

Dalam setiap parti ada penyokong yang emosional, kasar dan melampau. Itu bukan ukuran terhadap dasar parti.

Kita menilai parti berdasarkan dasar, rekod perjuangan, polisi dan tindakan rasminya, bukan semata-mata perangai sebahagian pengikut di media sosial.

Akhir sekali.

Saya juga tidak meminta sesiapa masuk PAS kerana takut kepada manusia.

Saya juga tidak meminta sesiapa mengundi PAS kerana ingin dilihat lebih Islam.

Tetapi saya mengajak masyarakat menilai PAS secara adil.

Lihat dasar perjuangannya.

Lihat konsistensinya mempertahankan Islam dan Melayu sejak 1951.

Lihat pengorbanan ribuan ahlinya yang dipenjara, dibuang kerja, ditahan ISA dan difitnah demi mempertahankan prinsip yang mereka yakini.

Kalau akhirnya seseorang memilih parti lain setelah menilai dengan jujur, itu haknya.

Tetapi janganlah membina keputusan atas gambaran bahawa PAS menjadikan dirinya agama atau mengajar ketaatan membuta tuli kepada manusia.

Islam lebih besar daripada PAS.

Benar.

Tetapi itu tidak bermaksud PAS tidak boleh menjadi salah satu wasilah untuk memperjuangkan Islam dalam ruang demokrasi.

Semoga Allah membimbing kita semua kepada kebenaran, mengurniakan keikhlasan dalam berijtihad, dan menjauhkan kita daripada menghukum dengan persepsi yang tidak adil.

Dan akhir sekali, Tan Sri Tuan Guru Presiden telah menerbitkan Tafsir At-Tibyan (satu tafsir lengkap, yang akan menjadi antara legasi ulung ulama’ Tanah Melayu).

Saya cadangkan belilah tafsir tersebut, dan kajilah. Kalau ada, tunjukkanlah tafsiran Tuan Guru di dalamnya bertentangan dengan Islam.

Kalau tiada, berhentilah menyatakan bahawa PAS mentafsir Islam mengikut hawa nafsu.

Credit : DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

Tokoh Ulamak Padang Terap telah kembali kerahmatullah pada malam ini.Bukan sehari dua saya mengenali TG Ustaz Hj Ashaari...
05/08/2026

Tokoh Ulamak Padang Terap telah kembali kerahmatullah pada malam ini.

Bukan sehari dua saya mengenali TG Ustaz Hj Ashaari Hussein, yang aktif mengajar di serata negeri Kedah, saya pernah bersama Allahyarham mengajar di Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Kg Padang Kerasak.

Malam ini menerima pengkhabaran kematian Allayarham , semoga Allah mengurniakan keampunan kepada arwah, di tempatkan di kalangan orang beriman.Al-Fatihah, takziah di ucapkan kepada kaum keluarga Allahyarham TG Ustaz.

Tuan Guru Haji Ashaari bin Hussein dilahirkan di Machang pada 23 Jun 1947. Kini beliau menetap di Kampung Bagan, Naka, Kuala Nerang, Kedah.

Pendidikan awal beliau bermula di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai β€” yang nama rasminya ialah Madrasah Muhammadiah β€” dari tahun 1963 hingga 1967. Seterusnya beliau merantau ke Pulau Pinang dan menuntut ilmu di Pondok Penanti dari tahun 1968 hingga 1974.

Pada tahun 1975, beliau berangkat ke Mekah untuk menyambung pengajian di Maahad Harami Makki sehingga tahun 1977.

Bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menyambung pengajian di Universiti Imam Muhammad bin Su’ud al-Islamiah, Riyadh, Arab Saudi selama empat tahun bermula dari 1978 hingga 1982.

Antara tokoh yang menjadi guru dan pembimbing beliau ialah:

1. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian
2. Tuan Guru Haji Ismail Sungai Durian
3. Tuan Guru Haji Thalib Penanti
4. Syeikh Salleh Penanti
5. Tuan Guru Haji Ishak Guar Lobak
6. Syeikh Salleh al-Kalantani
7. Syeikh Daud Sulaiman al-Kalantani
8. Syeikh Abdul Rahim al-Kalantani
9. Syeikh Abdul Karim Banjar
10. Baba Li Chaiya
11. Baba Sin Surat serta ramai lagi guru yang tidak sempat disebutkan.

Setelah selesai menuntut ilmu, Tuan Guru p**ang ke tanah air dan menabur bakti kepada masyarakat dengan mengajar serta menyebarkan ilmu agama.

Antara jasa dan perkhidmatan beliau:

1. Guru di Pondok Penanti selama enam tahun sebelum menyambung pengajian ke Mekah.
2. Guru di Maktab Mahmud, Alor Setar (1982–1997).
3. Guru di Sekolah Menengah Agama al-Hidayah, Tobiar, Pendang (1997–2003).
4. Guru di Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah, Padang Kerasak, Naka (2004–2014).

Selain itu, beliau juga aktif mengajar di pelbagai masjid, madrasah dan surau, antaranya:

β€’ Masjid Aman, Kuala Kedah
β€’ Masjid Intan Sofinaz, Anak Bukit
β€’ Masjid al-Ghufran, Alor Setar
β€’ Masjid al-Hidayah, Naka
β€’ Madrasah Ittihad, Simpang Kuala, Alor Setar
β€’ Surau Mergong, Alor Setar
β€’ Surau KEDA Kampung Bagan, Naka
β€’ Surau Kampung Masjid, Naka
β€’ Serta di kediaman beliau sendiri

Semoga Allah Taβ€˜ala mengurniakan kesihatan yang baik, memanjangkan usia dalam keberkatan, dan membalas segala jasa Tuan Guru dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin.

Sumber: FB Madrasah Manabiβ€˜ Ulum (Official) dan temubual penulis bersama Tuan Guru pada 8 Mei 2022.β€” Kredit Penulisan FB Tengku Yusuff

πŠπ„πŒπ„ππ€ππ†π€π π”π‰πˆπ€π π‹π„ππˆπ‡ 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ πŠπ„πŠπ€π‹π€π‡π€πTimbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua...
04/08/2026

πŠπ„πŒπ„ππ€ππ†π€π π”π‰πˆπ€π π‹π„ππˆπ‡ 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐓 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ πŠπ„πŠπ€π‹π€π‡π€π

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua pihak yang memperoleh kemenangan dalam pilihan raya supaya tidak terjebak dengan sifat ujub, sombong dan merasakan kejayaan itu hasil kehebatan sendiri.

Menurut beliau, kemenangan merupakan kurniaan serta pertolongan Allah SWT yang wajib disyukuri melalui tasbih, istighfar dan sujud syukur, sebagaimana yang diajarkan dalam Surah al-Nasr.

Kemenangan juga tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan pihak lawan atau mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan. Sebaliknya, ia perlu disambut dengan tawaduk, kesederhanaan dan kesedaran bahawa kejayaan adalah satu ujian besar terhadap keikhlasan serta kemampuan memikul amanah.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada semua calon yang menerima mandat rakyat dalam PRN Negeri Sembilan, sambil menegaskan bahawa kemenangan bukan penghujung perjuangan, tetapi permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar.

Segala janji dan manifesto yang dikemukakan perlu ditunaikan, manakala pentadbiran hendaklah berlaku adil kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau pegangan politik.

Selepas pilihan raya berakhir, tiada lagi pemisahan antara penyokong dan penentang. Semua rakyat berhak menerima layanan yang adil, saksama dan penuh ihsan.

Beliau turut mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya berlaku adil kepada semua negeri, termasuk negeri yang ditadbir oleh parti politik berbeza.

Kemenangan sebenar bukan sekadar berjaya menewaskan lawan, tetapi apabila kemenangan itu mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menjadikan pemimpin lebih adil kepada manusia.


KOMPLEKS PAS NEGERI KEDAHMengimbau Jejak Perjuangan25 Ogos 2016 menjadi antara detik bersejarah apabila lawatan tapak pe...
04/08/2026

KOMPLEKS PAS NEGERI KEDAH
Mengimbau Jejak Perjuangan

25 Ogos 2016 menjadi antara detik bersejarah apabila lawatan tapak pembinaan Kompleks PAS Negeri Kedah diketuai oleh YB Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah ketika itu.

Turut bersama ialah YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang meninjau perkembangan pembinaan Bangunan Pentadbiran Kompleks PAS Negeri Kedah.

Mengimbau kembali detik ini mengingatkan kita bahawa setiap usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang dicurahkan menjadi asas kepada sebuah perjuangan yang terus berkembang hingga hari ini. Semoga semangat istiqamah ini terus subur, memperkukuhkan saf perjuangan dan menjadi inspirasi kepada generasi pewaris.

"Mengenang jasa, menyambung perjuangan."

Address

KM 13, Jalan ALOR SETAR/SUNGAI PETANI
Simpang Empat
06650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

047481122

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PAS KEDAH:

Shortcuts

Share