Jalinan Kasih by Telaga Sinar

Jalinan Kasih by Telaga Sinar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jalinan Kasih by Telaga Sinar, Shah Alam.
(1)

Program Infak Set Lengkap Pengurusan Jenazah dan Al-Quran

Jalinan Kasih merupakan satu program di bawah Telaga Sinar untuk membantu setiap golongan memerlukan yang memfokuskan kepada aspek pembangunan dakwah dan pendidikan

17/04/2026

Penghantaran 50 Set Jenazah di Masjid At-Takwa, TTDI Damansara, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada 16 April 2026, sebanyak 50 set pengurusan jenazah telah selamat dihantar ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Damansara bagi kegunaan pengurusan jenazah di kawasan tersebut.

Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi membantu memudahkan urusan pengurusan jenazah, khususnya keluarga yang kurang berkemampuan, serta dalam situasi yang memerlukan tindakan segera.

Dengan adanya set lengkap ini, urusan dapat dijalankan dengan lebih cepat, teratur dan sempurna tanpa membebankan waris.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua para penginfak yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan dalam menjayakan usaha ini. Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan yang telah diberikan.

11/03/2026

Rebut peluang melakukan kebaikan pada 10 Malam Terakhir Ramadhan..

09/03/2026

10 malam terakhir Ramadan telah tiba…
Malam-malam yang Allah janjikan ganjaran lebih baik daripada seribu bulan.
Pada waktu inilah ramai orang berlumba-lumba memperbanyakkan amal, mengharap keampunan dan rahmat daripada Allah.
Namun dalam masa yang sama…
ada keluarga di luar sana yang diuji dengan pemergian orang tersayang secara tiba-tiba.
Ada isteri yang kehilangan suami. Ada anak-anak kecil yang masih belum memahami erti perpisahan.
Dalam kesedihan itu, ada juga yang terpaksa memikirkan bagaimana mahu menyediakan keperluan pengurusan jenazah untuk insan yang mereka sayangi.
Di sinilah infak kita boleh membawa makna yang besar.
Satu Set Pengurusan Jenazah mungkin kelihatan kecil pada kita,
tetapi bagi keluarga yang sedang berdepan saat kehilangan, ia sangat membantu.
Melalui Infak Set Pengurusan Jenazah ini, digunakan untuk:
✔ menyediakan kain kafan
✔ melengkapkan keperluan pengurusan jenazah
✔ membantu keluarga yang tidak berkemampuan
✔ menguruskan jenazah yang tiada waris
Bayangkan…
suatu hari nanti ada seorang hamba Allah disempurnakan urusannya menggunakan set jenazah hasil infak anda.
Mungkin anda tidak berada di tempat itu,
tetapi pahalanya tetap mengalir kepada anda.
Lebih-lebih lagi apabila ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan yang penuh keberkatan.
🤲 Rebut peluang ini untuk berinfak.
Mudah-mudahan ia menjadi amal yang menyelamatkan kita di hadapan Allah nanti.

Klik butang di bawah untuk hulurkan infak anda.
https://www.sinarkasih.com/order/form/infaksetkafan-rmt

12/02/2026

Alhamdulillah, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Program Jalinan Kasih secara rasmi melancarkan Kempen Wakaf Al-Quran Ramadan bagi membantu institusi pengajian yang memerlukan.
Sebanyak 500 naskhah Al-Quran disasarkan untuk diagihkan kepada anak-anak tahfiz dan pusat pengajian terpilih yang kekurangan bahan bacaan.
Ini adalah satu usaha untuk memastikan lebih ramai pelajar dapat membaca, menghafaz dan mendalami kalam Allah dengan sempurna.
Kami mengajak anda menjadi sebahagian daripada kempen ini agar setiap naskhah yang diwakafkan menjadi pahala berterusan buat anda dan insan tersayang.

16/01/2026

ALHAMDULILLAH, AMANAH TELAH DISAMPAIKAN 🤍

Hari ini, kami telah berjaya menyampaikan amanah para penginfak dengan penghantaran 600 set pengurusan jenazah ke Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Kangsar, Perak.

Penyerahan ini turut dihadiri oleh 80 wakil masjid terpilih yang akan menggunakan set-set ini bagi urusan jenazah asnaf, rumah orang tua dan jenazah yang memerlukan.

Setiap set yang diinfakkan bukan sekadar bantuan, tetapi menjadi saham pahala berpanjangan buat para penyumbang dan juga bagi yang meniatkan atas nama arwah yang tersayang.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua penginfak.

Semoga Allah menerima setiap amal dan menjadikannya pemberat timbangan kita di akhirat. Jazakumullahu khairan kathira

Syukur Alhamdulillah…Gambar-gambar ini merakamkan momen penyerahan 200 Set Pengurusan Jenazah kepada pihak Jabatan Hal E...
04/12/2025

Syukur Alhamdulillah…
Gambar-gambar ini merakamkan momen penyerahan 200 Set Pengurusan Jenazah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di Masjid Negeri Sabah.

Melihat wakil-wakil masjid menerima set ini dengan penuh rasa syukur benar-benar menyentuh hati.

Semoga setiap set yang digunakan menjadi sumber pahala berterusan buat para penginfak yang telah bersama dalam misi ini.

Terima kasih kepada semua yang menyokong.
Moga Allah terus mudahkan kita membantu lebih ramai komuniti di seluruh Malaysia. 🤍

04/12/2025

“MasyaAllah… 200 Set Jenazah Telah Diserahkan di Sabah.”
Alhamdulillah… Amanah para penginfak berjaya disampaikan.
Baru-baru ini, Team Telaga Sinar telah selamat menyerahkan 200 Set Pengurusan Jenazah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Majlis berlangsung di Masjid Negeri Sabah, dengan kehadiran 22 wakil masjid terpilih yang akan membawa pulang set ini untuk kegunaan komuniti masing-masing.
Syukur… setiap infak anda benar-benar memberi kesan besar dalam memudahkan urusan akhir saudara seagama kita.
Set ini bukan sekadar kelengkapan, tetapi sebuah amal jariah yang terus mengalir, setiap kali ia digunakan untuk menyempurnakan jenazah dengan penuh adab dan hormat
Rindu... satu perkataan yang takkan habis.
Tapi, rindu itu boleh menjadi pahala.
Sumbangkan atas nama arwah ibu bapa, anak, atau sesiapa sahaja yang kita sayang. Setiap sen yang anda hulurkan akan menjadi bekalan abadi untuk mereka di sana.
Jadikan rindu ini satu ladang pahala yang takkan pernah kering.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

31/10/2025

💔 100 Set Jenazah Dihantar… Tapi Apa Yang Berlaku Lepas Tu Buat Kami Terdiam.
Semalam, Team Jalinan Kasih berpeluang menyampaikan 100 set pengurusan jenazah hasil amanah para penginfak di Surau Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Namun, sebaik sahaja penghantaran selesai — Allah menghadirkan dua jenazah untuk diuruskan di surau yang sama.
🕊️ Jenazah pertama, seorang wanita muda, meninggalkan seorang anak kecil dan suami yang setia menunggu di sisi dengan penuh hiba.
🕊️ Jenazah kedua, seorang lelaki dari Sarawak, turut dikafankan dengan penuh hormat dan kasih.
Alhamdulillah, kedua-dua jenazah telah diurus dan dikafankan selepas solat Zuhur menggunakan Set Pengurusan Jenazah hasil infak orang ramai.
Subhanallah… betapa besar nilai infak yang anda salurkan.
Mungkin kita tidak sempat berada di sisi mereka,
tetapi melalui set yang diinfakkan, kita turut membantu menyempurnakan urusan terakhir saudara seagama.
✨ Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang beriman,
dan semoga setiap penginfak terus mendapat pahala berpanjangan setiap kali set ini digunakan.
🤲 Terima kasih kepada semua penginfak yang sentiasa bersama dalam perjuangan ini.
Jom teruskan misi kebaikan ini, bantu lebih banyak surau & masjid yang memerlukan.
👉 Klik di sini untuk berinfak: https://www.sinarkasih.com/order/form/infaksetkafan

10/10/2025

🌸 Alhamdulillah, 400 Set Pengurusan Jenazah telah selamat diserahkan 🌸

Segala puji bagi Allah...
Hari ini, pihak Telaga Sinar telah berpeluang menyerahkan sebanyak 400 set pengurusan jenazah kepada Jabatan Agama Islam Daerah Parit Buntar, Perak.

Setiap set ini adalah hasil sumbangan dan infak penuh kasih daripada para penginfak yang budiman — anda semua yang tidak jemu menyokong usaha kecil ini demi kemudahan urusan fardhu kifayah ummah. 🤍

Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti, dan menjadi saksi kasih sayang kita sesama insan di hadapan Allah nanti.

اللهم تقبل منا ومنهم صالح الأعمال
“Ya Allah, terimalah amalan baik kami dan mereka.”

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua.

Doakan semoga misi ini terus berkembang, agar lebih ramai dapat kita bantu, lebih banyak keluarga dapat kita ringankan.

03/10/2025

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, sebanyak 200 Set Pengurusan Jenazah telah selamat diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak, Daerah Selama.
Sesungguhnya setiap sumbangan ini adalah amanah besar yang bakal menjadi saksi di hadapan Allah. Terima kasih kepada semua pewakaf yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan ini.
Semoga setiap helaian kain kafan, setiap titisan air mandian jenazah, menjadi saksi amal jariah kita di alam barzakh nanti. Ingatlah, kematian itu pasti, hanya bekalan amal yang akan dibawa. Moga Allah menerima setiap infak tuan/puan sebagai amal soleh yang mengalir tanpa henti, hingga ke hari perhitungan.”

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalinan Kasih by Telaga Sinar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share