Al-Fateh Kasih Ikhlas

Al-Fateh Kasih Ikhlas Al-Fateh Kasih Ikhlas merupakan program khas bagi menyalurkan bahan Ilmiah kepada beberapa jenis institusi seperti Mahad, Sekolah, Madrasah, Pondok Pengajian.

Kerjasama juga dijalankan bersama rumah anak yatim, persatuan yang memerlukan.

13/07/2022

Alhamdulillah.

Semoga ia menjadi asbab dan saham akhirat untuk para pewakaf.

Syukur.

Alhamdulillah.Program Kasih Ikhlas bersama - sama menyampaikan hasrat penghibah dalam membantu dalam menghibahkan Naskah...
13/07/2022

Alhamdulillah.

Program Kasih Ikhlas bersama - sama menyampaikan hasrat penghibah dalam membantu dalam menghibahkan Naskah Al Quran Premium 35 Dalam 1 kepada kariah Masjid Jamek Hashim Yahya.

Syukur.

Alhamdulillah.Program Jelajah Kelantan Serahan AlQuran di empat puluh satu (41) lokasi di negeri Kelantan. Bersama Progr...
13/07/2022

Alhamdulillah.

Program Jelajah Kelantan Serahan AlQuran di empat puluh satu (41) lokasi di negeri Kelantan.

Bersama Program Kasih Ikhlas AAT kelolaan syarikat Ade Azhar Trading Sdn Bhd kerana bekerjasama bersama dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Raja Shamri.

Syukur.

13/07/2022

Bismillahirahmanirahim

Assalamuailakum.

Alhamdulillah syukur, Program Kasih Ikhlas AAT kelolaan syarikat Ade Azhar Trading Sdn Bhd bekerjasama bersama dengan sebuah badan NGO iaitu Yayasan Raja Shamri.

Ia dalam mengerakkan satu gerak kerja melalui Program Jelajah Kelantan Serahan AlQuran di empat puluh satu (41) lokasi di negeri Kelantan.

Kerjasama tersebut mendapat liputan dari kaca mata berita TV Al Hijrah yang bersiaran pada 19 April 2022 bersamaan 17 Ramadan 1443H.

Melalui siaran berita itu, pihak kami akan lebih bergerak maju seiringan dengan visi, misi program yang ditetapkan. Dengan ini harapan kami lebih besar dan ingin memperluaskan lagi skop dalam program ini.

Hanyalah doa yang kami pinta kepada seluruh pelanggan serta penghibah - penghibah setia program kami agar program kami lebih sempurna dan berjaya.

Allah Yuftah Alaikum
Allahuma Aamiin.





Alhamdulillah syukur apabila mendapat khabar daripada team Program Kasih Ikhlas AAT setelah mengharungi perjalanan selam...
13/07/2022

Alhamdulillah syukur apabila mendapat khabar daripada team
Program Kasih Ikhlas AAT setelah mengharungi perjalanan selama 9
jam dan tiba ke destinasi.
Mereka menempatkan dahulu 1000 naskah Al Quran Hibah 35
dalam 1 di Masjid Kuala Lemal, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.
Doakan program serahan pada hari esok pada 41 buah surau di
seluruh Negeri Kelantan berjalan dengan sebaiknya.
Terima Kasih kepada Raja Shamri Foundation atas kerjasama murni
ini bersama Program Kasih Ikhlas AAT, Ade Azhar Trading Sdn.Bhd.

MASIH TERCARI-CARI AL QURAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN KELUARGA?Miliki sekarang Al Quran 35 Dalam 1 edaran Ade Azhar Tr...
13/07/2022

MASIH TERCARI-CARI AL QURAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA
DAN KELUARGA?
Miliki sekarang Al Quran 35 Dalam 1 edaran Ade Azhar Trading
kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai kelebihan yang dapat
membantu anda dan keluarga untuk membaca dan memahami isi
kandungan Al-Quran dengan lebih mudah dan cepat.

Antara Kelebihannya adalah :

1. Wakaf Ibtida'
2. Terjemahan Dalam Bahasa Melayu
3. Terjemahan Bertopik
4. Panduan Tajwid
5. 6 Pilihan Warna (Hitam, Hijau, Biru, Kuning, Merah dan Putih)
6. Kelulusan KDN
7. Saiz A4, Kertas Berkualiti dan Ringan

Dapatkan sekarang dari ejen-ejen kami yang SAH.

Terima kasih para pewakaf yang telah mewakaf Al Quran Premium 35 Dalam 1 di bawah Program Kasih Ikhlas AAT.Alhamdulillah...
13/07/2022

Terima kasih para pewakaf yang telah mewakaf Al Quran Premium
35 Dalam 1 di bawah Program Kasih Ikhlas AAT.
Alhamdulillah, pada 28 Februari 2022 yang lalu team Kasih Ikhlas AAT baru sahaja menyerahkan 70 naskhah Al-Quran Premium kepada Little Caliphs.
Taman Pengkalan Tiara, Perak.
Semoga berkat hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari
ini , segala kebaikan, kemudahan, keberkatan dan manfaat akan
diberikan kepada kita semua terutamanya pewakaf Al Quran Kasih
Ikhlas AAT.
Amin..

Bantuan Pasca Bencana Alam Kasih Ikhlas AAT telahpun berakhir semalam di destinasi berakhir di Bentong, Pahang. Sebanyak...
20/04/2022

Bantuan Pasca Bencana Alam Kasih Ikhlas AAT telahpun berakhir semalam di destinasi berakhir di Bentong, Pahang. Sebanyak 500 naskhah Al Quran berjaya disumbangkan kepada masjid, surau, rumah anak yatim dan pusat tahfiz terpilih.


Selama 3 hari kami menjalankan misi dengan kerjasama NGO lain seperti Iktisan iCARE, Musscare House dan Mai Mengaji, perjalanan dimulakan dari daerah Hulu Langat ke Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam yamng turut disertai oleh Dato Fazley Yaakob dan Imran Ajmain.


Seterusnya perjalanan diteruskan ke Mentakab, Pahang bagi menyampaikan sumbangan Al Quran dan barangan ke masjid, surau dan rumah anak yatim.


Destinasi kami berakhir di Sekolah Kebangsaan Tunku Fatimah, Bentong Pahang bagi penyerahan sumbangan kepada pelajar dan tenaga pengajar.


Sepanjang misi ini, tim Kasih Ikhlas AAT sempat melawat kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana banjir. Kami mendoakan agar mereka yang terlibat diberikan kekuatan menempuhi dugaan ini.

"Seikhlas Memberi Semurni Kasih"

20/04/2022

“Saya nak sedekah tapi gaji saya sikit je, Ustaz.”

“Kalau saya sedekah sikit je boleh ke Ustaz?”

“Malu la nak transfer Ustaz. Sikit sangat kalau mampu pun”.


Ini mengingatkan kami mengenai peristiwa sang burung kecil yang

tidak putus asa berulang-alik mengambil air dalam paruhnya untuk

memadam api yang membakar Nabi Ibrahim.


Kelakuan burung kecil tersebut menyebabkan makhluk lain berasa

hairan dan mereka bertanya “Kenapa nak penat-penat ambil air.

Api yang membakar Nabi Ibrahim tu takkan terpadam dengan air

yang kau siramkan tu”.


Jawapan sang burung kecil ini sangat terkesan di hati kami “Ya, api

ini tidak akan padam dengan air ini. Tapi aku lebih takut kepada

Tuhanku kerana aku akan disoal apa yang aku telah lakukan untuk

agama ini dan bukan ditanya samada aku berjaya padamkan api ini

ataupun tidak”.


Tuhan mengetahui apa yang berlaku pada setiap HambaNya. Kita

sakit, sihat, sedih, gembira, putus asa, bersemangat, semuanya Dia

tahu. Banyak kali kita rasa putus asa apabila kita dah buat sehabis

baik, tetapi usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai malah kena

condemn p**a.


Sesungguhnya kita punya Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha

Penyayang. RahmatNya sangat luas sehingga tidak terhitung apa

yang telah dikurniakan kepada kita. Sekiranya kita hendak

mensyukuri setiap kurniaan yang telah diberikan kepada hidup ini,

sepanjang hayat pun kita tidak akan mampu berbuat demikian.


Sekiranya hanya sedikit yang mampu disedekahkan, teruslah

bersedekah. Bukan kuantiti yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan

yang harus dijadikan kekuatan. Teruslah berjuang untuk agama ini.


Untuk membuat wakaf Al-Quran, klik butang “Whatsapps”


“Bersedekah ketika banyak itu biasa, tetapi bersedekah ketika

sedikit itu luar biasa”

Semoga dengan sedekah ikhlas ini menjadi saksi kita di sana nanti.


Semoga Bermanfaat.

20/04/2022

LIPAT GANDAKAN AMALAN DI BULAN PUASA DENGAN HIBAH AL
QURAN BERSAMA KASIH IKHLAS AAT
Sepanjang Ramadan ini, Kasih Ikhlas AAT giat menjalankan aktiviti
pengedaran Al Quran kepada golongan yang memerlukan serta
pusat pengajian tahfiz dan tidak lupa juga yang terkesan akibat
bencana.
Bagi yang berminat untuk menghibah Al Quran, anda boleh
dapatkan wakil sah Kasih Ikhlas AAT untuk mengetahui tentang
program ini dengan lebih lanjut.
Program Kasih Ikhlas AAT adalah anjuran Ade Azhar Trading HQ
"SEIKHLAS MEMBERI SEMURNI KASIH"

20/04/2022

PERHATIAN UNTUK SI ANAK: JANGAN BIARKAN IBUBAPA KITA
TERKINJA-KINJA MEMBACA ALQURAN YANG TIADA WAQAF &
IBTIDA
Alquran ini khas untuk bantu ibubapa yang sudah berumur dan ada masalah nafas pendek mudah untuk mula dan berhenti bacaan alquran
Diskaun khas 40% untuk yang nak selesaikan masalah ibubapa mereka
Antara kelebihan laen yang terdapat dalam Al-quran ini ialah:-
✅ Tajwid berwarna
✅ Penerangan hukum tajwid
✅ Waqaf & Ibtida'
✅ Terjemahan bertopik
✅ Doa-doa pilihan
Dapatkan Al-quran ini sambil berpeluang dapatkan "Kelas Mengaji Secara PERCUMA" selama 365 hari yang bernilai RM470
Semoga Bermanfaat.

20/04/2022

BERHENTI DI TEMPAT YANG SALAH PON BERDOSA !!
Tiada panduan untuk berhenti dan mula bacaan menjadi salah satu
punca tidak cukup nafas
Yelahkan Kita dari dulu hingga sekarang , tak pernah didedahkan
dengan panduan berhenti dan mengulang di tempat yang betul
Salah berhenti dan mula juga menyebabkan maksud ayat berubah.
Dengan adanya Al-quran Eksklusif Ade Azhar 35 dalam 1
memudahkan bacaan dengan panduan waqaf dan ibtida’ iaitu
panduan untuk berhenti dan mula bacaan tanpa mengubah ayat.
Antara kelebihan yang terdapat dalam Al-quran ini ialah:-
-Panduan tajwid berwarna
-Hadis-hadis sahih
-Tulisan jelas dan besar
-Bersaiz A4
-Terjemahan moden dan bertopik
Alhamdulillah telah banyak naskah yang terjual dengan penjimatan sebanyak 40%.
Semoga Bermanfaat.

tekan link untuk dapatkan perkongsian lebih lanjut :

https://t.me/umarkasihikhlas
https://t.me/umarkasihikhlas

Address

66 Jalan Pelabur A 23/A
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Fateh Kasih Ikhlas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share