Islam Addin

Islam Addin Mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dari pelbagai Qari, Merangkumi kepelbagaian isu-isu, hukum hakam, pendidikan dan tentang Islam dengan lebih menyeluruh.

Sesungguhnya Islam itu indah.

01/01/2025

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*

*Rejab Bulan Haram*

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

*_Pengajaran:_*

1. Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

2. Mengikut Syeikh Mustafa al-Bugho, perkataan Mudhor pada Rejab ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain.

3. Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

4. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.

5. Bulan Rejab antara empat bulan Haram dimana kita digalak menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.

6. Kita telah memasuki bulan Rejab, Abu Bakr Al-Balkhi berkata:

شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ

Maksudnya: Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

*_Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi sebagai persiapan bertemu Ramadan nanti._*

*Bangunkan Jiwa Taqwa*
*Pemimpin Khadam Umat*
*Rasulullah SAW Qudwah Terbaik*
*Islam Memimpin, Islam Menyatukan Ummah*
*Membangun Bersama Islam*
*Palestin Merdeka*

01hb Rejab 1446H
01hb Januari 2025M

01/01/2025
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِاَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ.Doa untuk anak-anak..
11/11/2024

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ.

Doa untuk anak-anak..

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِاَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ. Doa-doa dari ayat-ayat suci a...
05/11/2024

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ.

Doa-doa dari ayat-ayat suci al-Quran yang boleh diamalkan untuk memohon zuriat keturunan

Semoga Allah mempermudahkan dan memakbulkan doa-doa kita semua

Inshaa Allah..aamiin

04/10/2024

*☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Akhir 1446H☆*

لَّقَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّذِینَ قَالُوۤا۟ إِنَّ ٱللَّهَ فَقِیرࣱ وَنَحۡنُ أَغۡنِیَاۤءُۘ سَنَكۡتُبُ مَا قَالُوا۟ وَقَتۡلَهُمُ ٱلۡأَنۢبِیَاۤءَ بِغَیۡرِ حَقࣲّ وَنَقُولُ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡحَرِیقِ

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membayar" [Surah Āali-ʿImrān 181]

, di zaman Nabi saw, ada seorang lelaki Yahudi bernama Finhash. Beliau salah seorang tokoh intelektual kaum Yahudi yang didengar ucapannya dan menjadi ikutan.

hari, Sayidina Abu Bakar r.a menasihatinya agar masuk Islam, namun dengan kurang ajar Finhash merespon dengan menyebut bermacam-macam keburukan lalu disandarkan kepada Allah swt. Sayidina Abu Bakar pun menampar Finhash seraya berkata: "Kalaulah bukan sebab ada perjanjian piagam Madinah, sekarang juga aku akan penggal kepala kamu".

kata-kata jahat daripada Finhash ialah: "Wahai Abu Bakar, Tuhanmu itu dalam al-Quran mengatakan yang Dia mahu pinjam wang dari orang-orang beriman. Kalau dia pinjam wang, bererti Dia miskin". Finhash memaksudkan ayat ini:

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?" [Surah al-Baqarah 245]

ini sebenarnya sangat jelas dalam citarasa bahasa Arab dengan kualiti sastera tinggi bermaksud anjuran berinfak dijalan Allah (ini bahasa kiasan yang sudah diulas sangat baik oleh ulamak tafsir) kemudian diputarbelitkan maksudnya dengan tujuan yang busuk.

Finhash mengadu kepada Rasulullah dan mereka-reka cerita. Ketika dia berbohong, lalu turunlah wahyu khusus yang membela dan membenarkan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan menempelak kata-kata Finhash. Maka turunlah ayat diatas (surah Ali Imran ayat 181)

akhir zaman, sikap dan perangai seperti Finhash ini sedang menular dalam kalangan kita terutama di kalangan yang diangkap cendiakawan dan bijak pandai, namun mengelirukan orang awam. Contoh ungkapan memutar belit yang selalu kedengaran seperti:

1. Tuhan tidak perlu dibela, kerana Dia Maha Kuasa. Bukankah Dia Raja sekelian alam semesta?
2. Islam tidak perlu dibela, kerana Islam itu sudah mulia dan sentiasa mulia.
3. Nabi Muhammad saw tidak perlu dibela, baginda sudah mulia. Penghinaan tidak mengurangi keagungan baginda. Dan sebagainya..

, ungkapan di atas adalah pemutar belit kata-kata dan tersangat jahil kefahaman mereka.

beriman membela Allah itu jangan dibayangkan bahawa Allah adalah lemah sehingga perlu perlindungan. Membela Allah adalah bahasa kiasan, maknanya adalah tidak boleh diterima sebarang penghinaan terhadap Allah, dan itu adalah bukti cinta. Allah tidak menuntut kita melindungiNya, tetapi menuntut kita menyembahNya. Aksi terpenting penyembahan kepadaNya adalah menjadikan puncak cinta hanya kepadaNya. Adalah cinta palsu jika diam membisu ketika yang dicintai dihina dan dicaci.

Islam itu jangan dibayangkan Islam seperti makhluk hina yang perlu dilindungi. Membela Islam maknanya menjalankan perintah Allah sebagai bentuk ketaatan untuk meninggikan kalimahNya.

Nabi Muhammad itu bukan kerana dengan penghinaan maka keagungan baginda berkurangan. Menjaga kehormatan Nabi Muhammad adalah tuntutan iman dan natijah cinta kepada Allah. Dusta besar jika ada orang yang mengaku cinta Allah, tetapi tidak cinta kepada NabiNya dan membiarkan insan tersayang dicaci dan dihina.

*_♡Jangan ada perangai Finhash di dalam diri kita. Jadilah pejuang hebat seumpama Sayidina Abu Bakar dalam membela serta mempertahankan Allah, Rasul, al-Quran dan Islam. Demi Islam!!♡_*

Cc: 🐊Ust naim

23/11/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*_PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS_*

*_Islam Menolak Kemudaratan_*

عَنْ أَبِـيْ سَعِيْدٍ سَعْدِ بْنِ مَالِكِ بْنِ سِنَانٍ الْـخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّـى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Daripada Abû Sa’îd Sa’d bin Mâlik bin Sinân al-Khudri RA, Rasûlullâh SAW bersabda, “Jangan bahayakan diri dan jangan bahayakan orang lain. (HR Mâlik dalam al-Muwaththa’ (II/571, No: 31). Status: Hadis Hasan

*_Pengajaran:_*

1. Islam menolak sebarang bentuk kemudaratan sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

2. Melakukan kemudaratan kepada diri sendiri seperti mendedahkan diri kepada penyakit dengan pergi ketempat yang berpotensi tersebarnya virus adalah dilarang. Termasuk mendedahkan diri kepada sesuatu yang memudaratkan dan haram seperti manghisap rokok, mengambil dadah, pil kuda dan lain-lain

3. Dilarang melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain seperti di waktu tersebarnya penyakit berjangkit seperti Covid 19 dan telah diperintahkan kurantin di rumah tetapi kita dengan sengaja keluar dari rumah. Ia boleh menyebabkan virus terus merebak serta boleh mengundang kemudaratan pada diri dan orang lain.

4. Dalam riwayat al-Hâkim dan al-Baihaqi ada tambahan,

مَنْ ضَارَّ ضَرَّهُ اللهُ وَمَنْ شَاقَّ شَقَّ اللهُ عَلَيْه

Barangsiapa membahayakan orang lain, maka Allâh akan membalas bahaya kepadanya dan barangsiapa menyusahkan atau menyulitkan orang lain, maka Allâh akan menyulitkannya.” Al-Hâkim (II/57-58).

5. Suatu prinsip utama dalam kehidupan ini adalah jangan mencari mudarat dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. la bertujuan menjaga kesejahteraan umat manusia keseluruhannya sama ada muslim atau bukan muslim.

6. Kaedah Usul Fiqh menyebutkan:

الضَّرَرُ يُدْفَعُ بِقَدْرِ الْإِمْكَانِ

Kemudharatan itu harus dicegah semampunya (bersungguh-sungguh)

7. Hal ini juga bertepatan dengan peringatan yang disebutkan oleh Al-Quran menerusi firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan. (Surah Al-Baqarah ayat: 195)

_lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudarat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang._

*Pemimpin Khadam Umat*
*Rasulullah SAW Qudwah Terbaik*
*Islam Memimpin, Islam Menyatukan Ummah*
*Membangun Bersama Islam*

23hb Nov. 2023M
09hb Jamadil Awal 1445H

Salam Maulidur Rasul 1445H/ 2023السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا * يَا رَسُولَ اللهْالسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا * حَبِيْبِى يَا نَبِي...
28/09/2023

Salam Maulidur Rasul 1445H/ 2023

السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا * يَا رَسُولَ اللهْ
السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا * حَبِيْبِى يَا نَبِيَ اللهْ

Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. (Riwayat Muslim)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

  Rasul sepanjang zaman..Assalamualaikum ya Rasulullah..Assalamualaikum ya Nabi Allah
20/09/2023

Rasul sepanjang zaman..

Assalamualaikum ya Rasulullah..
Assalamualaikum ya Nabi Allah

11/04/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*_PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS_*

*_Amalan Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadan_*

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Aisyah Radhiyallahuanha, bahawa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda (tetap) beriktikaf sepeninggalan baginda. (Sahih Bukhari No: 1922) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

*_Pengajaran:_*

1. Iktikaf ialah tetap tinggal di dalam masjid dengan niat beriktikaf dan bertujuan beribadat kepada Allah

2. Mengikut Imam Syafie, iktikaf boleh dilakukan sekadar masa lebih sedikit daripada tomakninah dalam solat. Imam Maliki mensyaratkan iktikaf sekurang-kurangnya sehari semalam dan yang paling baik ialah tidak kurang daripada 10 hari

3. Sunnah iktikaf yang dilakukan Rasulullah SAW ialah sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan. Baginda melaksanakan sejak berpindah ke Madinah sehingga baginda wafat.

4. Amalan iktikaf sepuluh hari terakhir Ramadan antara sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan oleh kebanyakan umat Islam hari ini. Dr Wahbah Zuhaili menyatakan: “Sungguh pelik manusia, bagaimana mereka boleh meninggalkan iktikaf. Rasulullah SAW melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi baginda tidak meninggalkan iktikaf sehinggalah baginda wafat”.

5. Amalan iktikaf dapat mengembalikan kita untuk mengimarahkan masjid (rumah Allah). Rumah yang menghimpunkan kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Mengimarahkan masjid adalah tanda orang beriman. Firman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (At-Taubat: 18),.

_Rebutlah peluang beriktikaf dan menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan._

*Rasulullah SAW Qudwah Terbaik*

*Islam Menyatukan Ummah*

*Membangun Bersama Islam*

11hb April 2023M
20hb Ramadan 1444H

06/04/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*_PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS_*

*_Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat_*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

*_Pengajaran:_*

1. Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4. Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya.

5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya disamping melakukan amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah AlBahili, Rasulullah SAW bersabda:

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

7. Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.

_Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup._

*Rasulullah SAW Qudwah Terbaik*

*Islam Menyatukan Ummah*

*Membangun Bersama Islam*

06hb April 2023M
15hb Ramadan 1444H

03/04/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*_PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS_*

*_Paling Baik, Berani dan Dermawan_*

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ

Daripada Anas RA berkata; Nabi SAW adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. (HR Bukhari No: 2813) Status: Hadis Sahih

*_Pengajaran:_*

1. Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik, paling berani dan paling dermawan.

2. Mencontohi sifat Rasulullah SAW sebagai orang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." Sunan Tirmizi No 663 Dar Kutub Ilmiyyah. Status Hadis: Daif

3. Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan daripada api neraka. Rasulullah SAW bersabda

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَ

Daripada Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan setengah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (HR Bukhari No: 5677) Status: Hadis Sahih

4. Sifat s**a bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain

5. Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (Sabaa’:39).

6. Sedekah akan menjadi penghindar daripada api neraka walaupun sebiji buah kurma.

Renunglah kisah ini:

Daripada Aisyah RA bahawa keluarga Rasulullah SAW pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang tertinggal daripada (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Itu bererti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

_Tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang._

*Rasulullah SAW Qudwah Terbaik*

*Islam Menyatukan Ummah*

*Membangun Bersama Islam*

04hb April 2023M
13hb Ramadan 1444H

16/03/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

*_PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS_*

*_Pelihara Solat Sunat Sebelum Subuh_*

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Daripada 'Aisyah, bahawa tidak ada solat sunat yang lebih di jaga Nabi SAW daripada dua rakaat sebelum fardhu subuh." (HR Muslim No: 1191) Hadis Sahih

*_Pengajaran:_*

1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh dalam amalan harian antaranya solat sunat.

2. Antara solat sunat yang dijaga agar sentiasa dilaksanakan Rasulullah SAW ialah solat sunat dua rakaat sebelum subuh.

_Marilah kita memelihara solat fardhu juga solat sunat mengiringi waktu. Antara solat sunat mengiringi waktu yang perlu kita bersungguh melaksanakannya ialah solat sunat sebelum subuh._

*Rasulullah SAW Qudwah Terbaik*

*Islam Menyatukan Ummah*

*Membangun Bersama Islam*

16hb Mac 2023M
23hb Syaaban 1444H

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islam Addin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Islam Addin:

Share