Kumpulan Qasidah Selangor

Kumpulan Qasidah Selangor TEAM HADRAH RAUDHATUL ASHWAQ
☎ Saiful Azhar : 013-338 9691
🏅 Finalis Pentas Marhaban TV Al-Hijrah
🏅 Juara Qasidah MUQWA 2023
🏅 Juara Qasidah As-Sofa 2023

05/09/2025

12 Rabiul Awwal 1447 H | Jumuah Mubarakah

HARI BESAR KELAHIRAN NABI MUHAMMAD ﷺ

Alhamdulillah! Hari ini Allah himpunkan dua kemuliaan; Jumaat penghulu segala hari dan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Tiada nikmat yang lebih indah daripada menjadi umat Baginda yang penuh rahmat. Ya Rasulullah ﷺ, hati kami bergembira menyambutmu, rindu kami makin membara, cinta kami takkan pernah sirna.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا، وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا، وَنُورِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا، وَقُوتِ الأَرْوَاحِ وَغِذَائِهَا.

Selamat menyambut Maulidurrasul 1447 H, semoga cahaya kasih Baginda terus hidup dalam jiwa kita hingga akhir hayat.

Credit : Abu Shaar Bro - الإخوة أبوشعر

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

SURAU AL-ITTIFAQIAH BERSELAWAT 🌹Ayuh meriahkan pagi penuh barakah dengan alunan qasidah dan selawat kepada Junjungan Bes...
04/09/2025

SURAU AL-ITTIFAQIAH BERSELAWAT 🌹

Ayuh meriahkan pagi penuh barakah dengan alunan qasidah dan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ!

🎶 Alunan Selawat & Qasidah
Kumpulan Qasidah Raudhatul Ashwaq

🕌 Lokasi: Surau Al-Ittifaqiah, SS5D Kelana Jaya
📅 Tarikh: Ahad, 7 September 2025
⏰ Masa: 10:30 pagi - 12:30 tengah hari

Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda Rasulullah ﷺ melalui majlis yang penuh rahmat ini. 🌹

04/09/2025

Semoga kita semua dapat beramal dengan sebenar-benar amal soleh 🤲

11 Rabi’ul Awwal 1447H.Malam ini kita berada di ambang 12 Rabi’ul Awwal, malam yang penuh berkat dan kerinduan kerana me...
04/09/2025

11 Rabi’ul Awwal 1447H.

Malam ini kita berada di ambang 12 Rabi’ul Awwal, malam yang penuh berkat dan kerinduan kerana mengingatkan kita kepada kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. Maka, malam ini dan malam-malam seterusnya, ramai umat Islam akan berhimpun dalam majlis-majlis Maulid.

Namun, janganlah kita hanya hadir dengan jasad, tetapi lupa membawa adab. Sesungguhnya adab itu kunci keberkatan. Ulama sering mengingatkan bahawa orang yang beradab, lebih hampir kepada rahmat, berbanding orang yang hanya berilmu tetapi tidak menjaga adab.

Moga dengan adab yang kita jaga, selawat yang kita ucap, dan hati yang kita hadirkan, majlis malam ini benar-benar menjadi sebab turunnya rahmat, bertambahnya mahabbah, dan teguhnya ikatan kita dengan Rasulullah ﷺ.

🌹 Marilah kita sambut malam 12 Rabi’ul Awwal dengan penuh cinta, penuh tertib, dan penuh adab. Kerana cinta tanpa adab hanyalah dakwaan, tetapi cinta yang beradab itulah tanda kesetiaan.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين.

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

03/09/2025

10 Rabi’ul Awwal 1447 H

Hari ini, saat menyebut namamu, jiwa terasa sayu. Alangkah indahnya jika dapat menatap wajahmu yang mulia. Alangkah bahagianya jika dapat mendengar suara lembutmu menenangkan jiwa yang resah. Namun Ya Habibullah, kami hanya mampu menuturkan selawat dan salam sebagai tanda cinta, meskipun hati ini terasa tidak pernah cukup untuk membayar rindu yang dalam.

Semoga Allah menghimpunkan kita di bawah panjimu Al-Mahmud, memberi kita minum dari telaga Al-Kauthar dengan tanganmu yang penuh barakah. Hingga detik itu tiba, izinkan kami terus menyalakan cinta, menghidupkan selawat, menghidupkan majlis-majlis yang menyebut namamu.

‎اللهم صل وسلم على سيدنا محمد، نور القلب ودواءه، وعافية الأبدان وشفاءها، ونور الأبصار وضياءها، وعلى آله وصحبه أجمعين.

❤️ Ya Rasulullah, kami rindu padamu.

Kredit : Nabawi TV

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

02/09/2025

9 Rabi’ul Awwal 1447 H.

Setiap hela nafas kita di bulan ini seharusnya menjadi wasilah untuk memperbaharui cinta, syukur dan kerinduan kepada junjungan mulia. Baginda ﷺ lahir dalam keadaan yatim, namun membesar menjadi pemimpin yang mengangkat maruah umat manusia. Baginda membawa cahaya iman yang menembusi kegelapan jahiliyyah, mengubah dunia dengan kelembutan akhlak, keteguhan sabar, dan kasih sayang yang tiada taranya.

Marilah kita menjadikan hari-hari dalam Rabi’ul Awwal ini sebagai medan untuk memperbanyakkan selawat, meneladani sunnah, serta menyuburkan hati dengan rasa cinta kepada Baginda ﷺ. Semoga cinta itu bukan hanya di bibir, tetapi menjalar ke dalam amal, akhlak dan pengorbanan.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ 🌹

Kredit Munsyid : Gus Wahid Syarifuddin Ahmad

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

30/08/2025

6 Rabi’ul Awwal 1447 H.

Baginda hadir ketika dunia diliputi kegelapan jahiliah. Manusia diperhambakan oleh sesama manusia, minda dirantai oleh kepercayaan palsu, hati dipenjara oleh hawa nafsu.

Namun dengan cahaya nubuwwah,
Rasulullah ﷺ membebaskan mereka :
- Bebas daripada syirik menuju tauhid.
- Bebas daripada kezaliman menuju keadilan.
- Bebas daripada kebodohan menuju ilmu dan akhlak yang mulia.

Hari ini, 30 Ogos. Esok tanah air kita akan meraikan hari besar ulangtahun kemerdekaan ke-68. Hari ini juga kita sedang berada dalam bulan kelahiran Rasulullah ﷺ, insan yang membawa risalah pembebasan jiwa.

Sejarah ini mengajar kita bahawa kemerdekaan hakiki bukan sekadar lepas daripada belenggu kuasa asing, tetapi lebih dalam daripada itu. Ia adalah kemerdekaan jiwa daripada segala yang menjarakkan kita dengan Allah.

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

29/08/2025

5 Rabi’ul Awwal 1447H | Jumu’ah Mubarakah.

Hari ini bukan sahaja hari kelima dalam bulan kelahiran junjungan agung, bahkan ia juga Jumaat penghulu segala hari. Hari di mana selawat dilipatgandakan, doa dimustajabkan, dan rahmat Allah melimpah ruah. Tiada hadiah terbaik untuk jiwa melainkan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda ﷺ, kerana setiap selawat itu menjadi cahaya, syafaat dan bekalan menuju akhirat.

Wahai sahabat yang dikasihi, mari kita isi hari Jumaat ini dengan zikir dan doa, dengan hati yang bersyukur dan lidah yang sentiasa mengingati Allah. Mari kita jadikan Rabi‘ul Awwal ini sebagai medan memperbaharui cinta kita kepada Nabi ﷺ, meneladani akhlak Baginda dalam keluarga, masyarakat, dan perjuangan.

Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, kekasih-Mu yang mulia. Satukan kami dalam cinta kepadanya, dan bangkitkan kami kelak dalam naungan syafaatnya. 🤲

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

27/08/2025

3 Rabi’ul Awwal 1447H.

Hari-hari dalam bulan penuh barakah ini terus bergulir, membawa kita semakin hampir kepada detik kelahiran junjungan agung, kekasih Allah yang mulia, Rasulullah ﷺ. Pada setiap hela nafas, kita merasakan betapa besar rahmat Baginda kepada umatnya : kasih yang tidak pernah padam, doa yang tidak pernah putus, cinta yang tidak pernah berbelah bagi.

Rabi‘ul Awwal bukan sekadar nama bulan, tetapi ia adalah madrasah hati. Ia mengingatkan kita tentang cahaya yang menerangi kegelapan, tentang akhlak yang menjadi sebaik-baik teladan, tentang perjuangan dan pengorbanan seorang insan yang diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam.

Kredit : Qasidah Marhaban Ya Rabi’ - Dewan Selawat Raudhah Muhibbin & Ustaz Neezam Al-Banjari

KUMPULAN QASIDAH RAUDHATUL ASHWAQ

Address

No. 14, Jalan Rakit 19/48, Seksyen 19
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Qasidah Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Kumpulan Qasidah Selangor:

Share