Pemuda Masjid

Pemuda Masjid JAUHI MAKSIAT DEKATI MASJID

27/08/2026

Detik-detik wafatnya Rasulullah SAW 🥹

27/08/2026

Lelaki sejati

15/08/2026

Muhasabah

*Assalamualaikum wbt*Kepada:Dengan segala hormat nya Tan Sri/Pn Sri/Dato/Datin/YB/Tn/Pn dan seluruh ahli kariah Masjid A...
12/08/2026

*Assalamualaikum wbt*

Kepada:
Dengan segala hormat nya Tan Sri/Pn Sri/Dato/Datin/YB/Tn/Pn dan seluruh ahli kariah Masjid As-Solihin Padang Jawa di jemput ke

*KARNIVAL SUKAN MERDEKA, MASJID AS-SOLIHIN, PADANG JAWA*

Masjid As-Solihin Padang Jawa

🗓️ Tarikh : 05 Sept 2026 / 22 Rabiul Awwal 1448H
🌼 Hari : Sabtu
🕘 Masa : 07. 30 pagi

📮 Alamat : Jalan Padang, Kampung Padang Jawa, 41300 Klang, Selangor.

📍Maps Lokasi : https://maps.app.goo.gl/dPvNrGgVDpnUyYfN6

*Banyak acara serta aktiviti menarik yang akan diadakan.Jom daftar segera dengan klik link https://forms.gle/T2812aeuhtPKoAmy6 atau scan QR kod seperti dalam poster*.

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

09/08/2026
Ulama' yang di abuse mengikut DMA : • Imam al-Syafi’i hafal al-Quran pada umur 7 tahun.• Imam al-Tabari hafal al-Quran p...
03/08/2026

Ulama' yang di abuse mengikut DMA :

• Imam al-Syafi’i hafal al-Quran pada umur 7 tahun.

• Imam al-Tabari hafal al-Quran pada umur 7 tahun.

• Imam al-Suyuti hafal al-Quran pada umur 8 tahun.

• Ibnu Hajar al-Asqalani hafal al-Quran pada umur 9 tahun.

• Imam al-Nawawi hafal al-Quran sekitar umur 10 tahun.

• Syeikh Muhammad Amin al-Shanqiti hafal al-Quran pada umur 10 tahun.

• Syeikh Abdul Aziz bin Baz hafal al-Quran sebelum mencapai umur baligh.

• Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaymin hafal al-Quran sebelum mencapai umur baligh.

• Ibnu Kathir hafal al-Quran ketika masih kecil.

• Imam al-Dhahabi juga hafal al-Quran ketika masih kecil.

• Imam al-Bukhari terkenal dengan hafazan luar biasa sejak kecil. Beliau juga mula menghafal hadis dan ilmu agama pada usia yang sangat muda.

• Imam Muslim juga membesar dalam tradisi hafazan dan pembelajaran agama sejak kecil.

• Syeikh Abdul Basit Abdus Samad, qari terkenal Mesir, menamatkan hafazan al-Quran sekitar umur 10 tahun.

Bahkan dalam kalangan generasi sahabat:

• Abdullah bin Abbas RA dikenali sebagai seorang yang menghafal dan mendalami al-Quran sejak usia muda.

• Abdullah bin al-Zubair RA juga terkenal dengan pendidikan al-Quran sejak kecil.

Kesimpulannya, budak berumur 7, 8, 9 atau 10 tahun yang menghafal 30 juzuk al-Quran bukan perkara luar biasa dalam sejarah Islam. Ramai ulama besar umat ini mencapai tahap tersebut pada usia yang hampir sama.

Sebab itu, dakwaan bahawa “budak umur 9 tahun hafal al-Quran kemungkinan besar hasil abuse” bukanlah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan sejarah, pendidikan atau psikologi.

Penderaan perlu dibuktikan dengan bukti penderaan. Hafazan awal semata-mata bukan bukti berlakunya penderaan.

16/07/2026

Bersediakah kita?

01/05/2026

Yang kami nampak universiti skrg banyak mengubah otak pelajar menjd liberal,sekuler,plurisme dan free thinker...

Saya menyeru semua orang boikot AITeam ( Alief Irfan ) secara berprinsip.Bukan kerana bencikan mereka.Bukan kerana mahu ...
29/04/2026

Saya menyeru semua orang boikot AITeam ( Alief Irfan ) secara berprinsip.

Bukan kerana bencikan mereka.
Bukan kerana mahu menjatuhkan sesiapa.
Bukan juga kerana kita tidak mahu melihat anak muda berjaya.

Tetapi kerana kita tidak mahu terus memberi angka, views, engagement dan sokongan kepada content yang memandang remeh batas Allah.

Berhenti tonton.
Berhenti follow.
Berhenti share.
Berhenti defend.
Berhenti jadikan mereka trending.

Sebab dalam dunia content, perhatian kita ialah kuasa mereka.

Views kita ialah kekuatan mereka.

Engagement kita ialah nyawa kepada ekosistem itu.

Kalau kita benar-benar resah melihat ikhtilat dinormalisasikan, lawak lucah dipertontonkan, dan 'chemistry' lelaki perempuan bukan mahram dijadikan bahan hiburan,

maka jangan lagi bantu content begitu terus hidup.

Boikot bukan bermaksud kita hilang adab.Bukan juga lesen untuk mencaci dan ruang untuk menghina peribadi.

Boikot ialah pendirian.

Kita memilih untuk tidak menyokong content yang merosakkan rasa malu anak muda.

Kita memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada normalisasi maksiat.

Kita memilih untuk menjaga anak-anak kita daripada hiburan yang membuat batas agama kelihatan kecil.

Kerana masalah content AITeam bukan sekadar 'hiburan santai'.

Masalahnya lebih besar.

Content sebegini sedang mengajar anak muda bahawa percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram itu biasa sahaja jika dibuat di hadapan kamera.

Ia mengajar bahawa gurauan 'double meaning' boleh dianggap kelakar kalau semua orang ketawa.

Ia mengajar bahawa lelaki dan perempuan boleh dipasangkan, diusik, dijual chemistry mereka, lalu dibela peminat atas nama “sweet” dan “bahagia”.

Ia mengajar bahawa teguran agama boleh diketepikan selagi views naik, followers bertambah dan peminat terus bersorak.

Di sinilah bahayanya.

Bukan semua penonton mampu filter mana betul mana salah menurut pandangan Allah.

Ramai yang menonton rancangan ini usia mereka masih remaja.

Ramai yang sedang belajar tentang cinta, malu, batas, populariti dan hubungan lelaki perempuan melalui apa yang mereka lihat setiap hari.

Kalau setiap hari yang mereka lihat ialah content yang memandang remeh ikhtilat, jangan hairan kalau mereka juga mula memandang remeh batas dalam hidup sendiri.

Kalau setiap hari mereka ketawa pada lawak lucah, jangan hairan kalau bahasa lucah tidak lagi terasa jijik.

Kalau setiap hari mereka disuap dengan hubungan belum halal yang nampak comel,

jangan hairan kalau mereka mula rasa agama ini terlalu menghalang bahagia.

Sebab itu content seperti ini perlu dihentikan.

Bukan sekadar diperbaiki sedikit untuk reda isu.

Bukan sekadar minta maaf apabila tular.

Bukan sekadar tukar format sehari dua.

Tetapi perlu ada muhasabah besar tentang hala tuju keseluruhan content.

Adakah content ini membawa anak muda lebih dekat kepada Allah?
Atau semakin membuat mereka selesa dengan suasana maksiat?

Adakah content ini menaikkan adab?
Atau menghakis rasa malu?

Adakah content ini membina generasi?

Atau sekadar mengutip engagement daripada kelemahan jiwa anak muda?

Kepada Alieff Irfan,

Saudara bukan sekadar content creator.
Saudara membina satu ekosistem.

Saudara mengumpulkan anak-anak muda, memberi mereka pentas, membentuk naratif, menentukan suasana, dan membuka ruang untuk ratusan ribu bahkan jutaan orang menonton.

Maka tanggungjawab saudara jauh lebih besar daripada sekadar menghasilkan video yang viral.

Dalam dunia content, pengaruh bukan sekadar angka. Pengaruh ialah amanah.

Rasulullah saw memberi peringatan yang sangat berat bahawa,

"Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, dia menanggung dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan dosa mereka sedikit pun."

Hadis Riwayat Muslim

Hadis ini memberi peringatan buat diri saya juga terutamanya dan untuk kita semua.

Sebab itu orang yang ada platform tidak boleh berkata,

“Kami cuma buat content.”

Tidak.

Kalau content itu membentuk cara anak muda melihat ikhtilat, malu, cinta, bahasa lucah dan batas agama, maka ia bukan lagi sekadar hiburan.
Ia sudah menjadi pengaruh yang mendidik sosial.

Semua ini akan ditanya di hadapan Allah.

Hasil duit ringgit daripada content itu juga bukan perkara kecil.

Ia akan ditanya.

Dari mana ia datang?

Apa yang dijual?
Apa yang dinormalisasikan?
Apa kesannya kepada anak muda?

Kalau income itu datang daripada content yang membiasakan ikhtilat, lawak lucah, hubungan kabur, dan hiburan yang melalaikan, berhentilah sekejap dan fikir.

Adakah itu rezeki yang benar-benar membawa berkat?

Adakah itu kejayaan yang saudara mahu bawa menghadap Allah?

Adakah itu legacy yang saudara mahu tinggalkan kepada masyarakat?

Saudara ada pengaruh.
Saudara ada kreativiti.
Saudara ada kemampuan mengumpulkan anak muda.

Itu semua nikmat besar.

Tetapi nikmat yang besar, jika tidak dipandu iman, boleh bertukar menjadi fitnah yang besar.

Gunakanlah pengaruh itu untuk membina, bukan melalaikan.

Gunakanlah platform itu untuk mendidik, bukan menjerumuskan.

Gunakanlah kreativiti itu untuk menghasilkan hiburan yang bersih, cerdas dan bermanfaat.

Anak muda tidak perlu dilalaikan untuk terhibur.

Mereka tidak perlu dilucahkan untuk ketawa.

Mereka tidak perlu disuap chemistry lelaki perempuan untuk terus menonton.

Percayalah, kalian mampu buat lebih baik daripada ini.

Kepada adik-adik AITeam,

Kalian ada potensi.
Sebab itu orang s**a.
Sebab itu orang ikut.
Sebab itu orang tonton.

Tetapi jangan kecilkan potensi itu dengan lawak murahan.

Jangan rendahkan bakat kalian dengan menjual ikhtilat sebagai hiburan.

Jangan gadaikan masa depan akhirat kalian kerana tepukan manusia yang belum tentu akan membela kalian di hadapan Allah.

Hari ini peminat mungkin bersorak.
Hari ini komen mungkin penuh dengan sokongan.

Hari ini orang mungkin berkata, “Biarlah, mereka muda lagi.”

Tetapi di hadapan Allah nanti, setiap lidah akan ditanya.

Setiap pandangan akan ditanya.

Setiap content yang disebarkan akan ditanya.

Setiap pengaruh yang digunakan akan ditanya.

Berhentilah sebelum terlalu jauh.

Muhasabahlah sebelum hati menjadi terlalu keras untuk ditegur.

Kerana yang paling menakutkan bukan apabila orang menegur kita.

Yang paling menakutkan ialah apabila kita sudah tidak rasa apa-apa ketika ditegur.

Moga Allah membimbing kita.

Syahirah Omar

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Masjid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share