Nusa Qurban Page Rasmi

Nusa Qurban Page Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nusa Qurban Page Rasmi, Religious organisation, 43, setapak.

Nusa Qurban specialises in Qurban and Aqiqah services, while also providing educational consultations to guide participants in understanding these sacred rites.

*PROGRAM ANSURAN QURBAN BERSAMA NUSA QURBAN 1448 | 2027*NQ membuka peluang untuk menunaikan ibadah qurban secara ansuran...
30/06/2026

*PROGRAM ANSURAN QURBAN BERSAMA NUSA QURBAN 1448 | 2027*

NQ membuka peluang untuk menunaikan ibadah qurban secara ansuran bagi memudahkan penyertaan.

Kadar Qurban di Kemboja:
* 1 bahagian lembu: RM400
* 1 ekor kambing: RM690
* 1 ekor lembu: RM2800

Kadar Qurban di Indonesia:
* 1 bahagian lembu: RM790
* 1 ekor kambing: RM 700
* 1 ekor lembu: RM5530

Boleh dibayar secara ansuran sehingga 10 kali.

💳 Kaedah Pembayaran:
* Perbankan atas talian (online banking)
* Arahan tetap (standing instruction)
* Pemotongan automatik (auto debit)
* Tunai

Nusa Qurban
Maybank: 564016710208
Bank Islam: 14210010031623

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Khayra melalui WhatsApp 0123767714.

04/06/2026

Assalamualaikum wbt,

🎥 Tonton penjelasan daripada Al-Fadil Ustaz Muhammad Shah, Wakil Nusa Qurban, tentang bagaimana Krew NQ berjaya menyembelih 67 ekor haiwan qurban dalam tempoh sehari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai operasi qurban kami di lapangan.

01/06/2026

Korban mengajar kami satu hakikat: tangan yang memberi sering pulang dengan hati yang paling menerima.

28/05/2026

*MENYEMBELIH NAFSU, MENGHIDUPKAN TAQWA*

Ibadah korban bukan sekadar darah yang mengalir di bumi, tetapi nafsu yang disembelih dalam diri.

Di hari korban, manusia belajar bahawa cinta kepada Allah mesti mengatasi cinta kepada segala yang dimiliki.

Korban mengajar hati tentang ikhlas; memberi tanpa mengharap, berbakti tanpa dipandang.

Bukan daging itu yang sampai kepada Allah, tetapi taqwa yang lahir dari hati yang rela berkorban.

Tatkala pisau menyentuh sembelihan, saat itu juga seorang hamba sedang menyembelih kesombongan, ketamakan dan cinta dunia.

Ibadah korban adalah madrasah jiwa; mengajar insan bahawa semakin banyak memberi, semakin dekat hati kepada Ilahi.

Nusa Qurban

26/05/2026

Rehlah Korban & Aqiqah Kg Phumtrea & Kg Ro, Kemboja 1447/2026

Crew:

Utz Johari:
- penyembelih
- pengarah operasi
- foto & video

Bashrul:
- penyembelih
- penyelia barang sumbangan
- security
- foto & video

Utz Shah:
- penyembelih
- pengulas operasi
- bendahari safar
- Foto & video

Khayra:
- setiausaha (CEO NQ)
- pemberi laporan dalam group korban
- penyemak haiwan sudah disembelih.

Shafi:
- penyemak haiwan sudah disembelih.

Athreen:
- editor
- penyemak haiwan sudah disembelih.

Utz Fauzi (wakil Kemboja):
- penyelia korban Kg Ro
- foto & video

Utz Sulaiman (wakil Kemboja):
- penyelia korban Kg Pumtria
- foto & video

------------

Memikul amanah dengan memurnikan niat, mohon dipermudah bersertakan selamat.

Address

43
Setapak
53300

Telephone

+60123767714

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nusa Qurban Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Nusa Qurban Page Rasmi:

Shortcuts

Share