21/05/2024
Pihak pengurusan Masjid Jamek Parit Banyumas, Parit Yaani, Mukim Linau Batu Pahat, Johor sedang melaksanakan projek pembinaan tandas muslimat dan bilik pengurusan jenazah. Tandas muslimat kini sudah siap dan boleh digunakan setelah serahan oleh kontraktor, manakala bilik pengurusan jenazah masih di peringkat awal pembinaan.
Kos pembinaan dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan dan derma dari orang ramai. Namun jumlah terkumpul masih belum mencukupi. Dana sebanyak RM50,000 masih diperlukan sebagai tambahan kepada wang tabung masjid yang disimpan sebelum ini.
Justeru, saya bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid ini merayu kepada kenalan FB dan medsos yg lain untuk memberi sokongan dengan menyumbangkan sedikit sebanyak kepada tabung dana yg diperlukan.
Pihak kami juga mengalu-alukan jika sekiranya ada pihak koporat yang sudi membiayai paralatan iaitu meja troli mandi jenazah dan sebuah meja troli kafan serta keperluan lain.
Segala sumbangan yang telah dan akan dihulurkan, pihak pengurusan masjid mengucapkan jutaan terima kasih dan didoakan rezeki atau perniagaan pihak dermawan/penyumbang akan bertambah maju dengan izin Allah.
Terima kasih.