25/08/2026
Alhamdulillah.. sekitar ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ 1448H / 2026M, peringkat Surau Al-Hamim Taman Satria.
Sambutan ini diserikan dengan acara berzanji oleh jemaah Muslimah di sebelah petang, acara berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w & ceramah khas selepas Maghrib yang telah disampaikan oleh Tuan Penceramah jemputan khas, Al Fadhil Ustaz Mohamad Shafiq b. Mohamad Shaharani.
Sambutan diakhiri dengan majlis jamuan makan malam melibatkan semua hadirin dan jemputan yang hadir.
Terima kasih kepada Penyumbang dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Semoga Allah memberkati ๐คฒ
____________________________
Pengerusi & Jawatan Kuasa
Surau Al-Hamim Taman Satria.