MPKK Kampung Batu 3

MPKK Kampung Batu 3 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPKK Kampung Batu 3, Lot 663, Jalan Bangi, Kg Bt 3, 43500, Semenyih, Selangor, Semenyih.

JPKK Kampung Batu 3 menerima segala pandangan atau cadangan daripada semua penduduk Kampung demi menjadikan persekitaran kampung yang bersih serta penduduk yang maju dan berwawasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sabtu 18/7/2026 , Kampung Batu 3 diuji dengan hujan lebat berserta angin kencang. Be...
18/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabtu 18/7/2026 , Kampung Batu 3 diuji dengan hujan lebat berserta angin kencang. Beberapa batang pokok telah tumbang sehingga menghempap rumah penduduk dan di jalan jalan kampung .., manakala beberapa buah rumah p**a dinaiki air sehingga masuk ke dalam rumah.

Ada keluarga yang terpaksa berdepan dengan kerosakan harta benda, dan ada juga yang terpaksa menyelamatkan barang-barang mereka dalam keadaan hujan .

Kami memohon doa daripada semua agar Allah SWT melindungi seluruh penduduk Kampung Batu 3, mempermudahkan segala urusan mangsa yang terjejas, serta mengurniakan keselamatan kepada semua petugas yang menjalankan kerja-kerja bantuan dan pembersihan.

Kepada semua penduduk, utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Semoga Allah SWT mengangkat ujian ini, menggantikan segala kesusahan dengan kemudahan, dan mengurniakan kekuatan kepada semua yang terkesan.

Mohon sama-sama doakan Kampung Batu 3.

📢 PERINGATAN KEPADA SEMUA PENDUDUK KG BATU 3Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimohon kerjasama semua penduduk agar me...
05/07/2026

📢 PERINGATAN KEPADA SEMUA PENDUDUK KG BATU 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimohon kerjasama semua penduduk agar menggunakan Rumah Sampah Kg Batu 3 dengan penuh rasa tanggungjawab.

♻️ Rumah sampah ini KHAS UNTUK PENDUDUK KG BATU 3 SAHAJA.

🚫 PIHAK LUAR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBUANG SAMPAH DI KAWASAN INI. ‼️‼️

⚠️ Untuk makluman, kawasan Rumah Sampah ini dipantau oleh CCTV. Sebarang aktiviti membuang sampah oleh pihak luar atau tindakan yang melanggar peraturan akan dirakam. Tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap individu yang tidak bertanggungjawab.

Mohon kerjasama semua untuk:
✅ Buang sampah ke dalam tong yang disediakan.
✅ Ikat sampah dengan kemas sebelum dibuang.
❌Jangan tinggalkan sampah di luar tong.
❌ Dilarang membuang sisa pembinaan, perabot atau barangan pukal tanpa kebenaran.
❌Dilarang membakar sampah.

Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan demi keselesaan semua penduduk.

“Rumah Sampah ini untuk kemudahan penduduk Kg Batu 3. Hormatilah hak penduduk dan jagalah kebersihan bersama.”

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung Batu 3 (JPKK BT3)

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙1 Muharram 1448HSelamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam.Semoga kedata...
17/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

1 Muharram 1448H

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera buat kita semua.

Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhuwah dan meningkatkan amal ibadah demi meraih keredaan Allah SWT.

“Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah yang lebih baik.”

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
Kampung Batu 3, Jalan Bangi

#𝗞𝗶𝘁𝗮𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H🌙 🐄🐐Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 3 Jalan...
28/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H🌙 🐄🐐

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 3 Jalan Bangi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita. Semoga setiap ibadah korban dan segala pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta dikurniakan rahmat dan rezeki yang berpanjangan buat kita semua.

Salam Aidiladha daripada JPKK Kampung Batu 3 Jalan Bangi.






#𝗞𝗶𝘁𝗮𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿


13/05/2026

Semoga sentiasa konsisten…. 🫡

Alhamdulillah… terbaik semua penduduk kampung..
13/05/2026

Alhamdulillah… terbaik semua penduduk kampung..

Aktiviti bulanan bersih kubur di Kampung Batu 3 Semenyih dilaksana secara konsisten sejak 2019.

02/05/2026

Tong dah banyak pun masih lagi ade yang buang sampah di luar rumah sampah….

Lokasi rumah sampah kampung batu 3

02/05/2026
30/04/2026

Buang sampah di rumah sampah dah betul dah…✅ tapi cara buang tu yang tak betul…❌

Lokasi rumah sampah kampung batu 3 jalan bangi…

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026/1447H JPKK KAMPUNG BATU 3 DAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEJATI MADANI...
31/03/2026

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026/1447H JPKK KAMPUNG BATU 3 DAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEJATI MADANI JPKKP

'ANJURAN BERSAMA JPKK DAN JPKKP KG BT 3 JALAN BANGI'

📅TARIKH : 4-4-2026
🏡TEMPAT : BILIK GERAKAN KG BT3
⏰MASA : 8.00 MALAM

TEMA BAJU RAYA

SEMUA PENDUDUK KAMPUNG DI JEMPUT HADIR





Address

Lot 663, Jalan Bangi, Kg Bt 3, 43500, Semenyih, Selangor
Semenyih

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Kampung Batu 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to MPKK Kampung Batu 3:

Shortcuts

Share