Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Bagan Datuk

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Bagan Datuk No B12 Regat Komersial 2, Pusat Komersial Simpang Empat, 36400 Hutan Melintang
Perak Darul Ridzuan.

Waktu Urusan : Isnin - Khamis 8.00pg - 1.00ptg
2.00ptg - 5.00ptg
Jumaat 8.00pg - 12.15tghr
2.45ptg - 5.00ptg
Sabtu,Ahad dan Hari Kelepasa Am : Cuti

Pihak pentadbiran ini merakamkan penghargaan tidak terhingga khususnya kepada Tuan Pegawai Daerah Bagan Datuk dan pasuka...
11/09/2026

Pihak pentadbiran ini merakamkan penghargaan tidak terhingga khususnya kepada Tuan Pegawai Daerah Bagan Datuk dan pasukan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk serta Pengerusi dan seluruh jawatankuasa Masjid Al-Khairiah Selekoh diatas penganjuran majlis sambutan yang penuh bermakna ini.

Pihak pentadbiran ini juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan para penerima dapat dijadikan inspirasi dan pemangkin semangat seluruh masyarakat Bagan Datuk.

Jazakumullah khairan kathira, taqabbalallah minna wa minkum salihal a’mal

10/09/2026
10/09/2026
SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) khusus buat seluruh pelajar KAFA ...
08/09/2026

SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) khusus buat seluruh pelajar KAFA di Daerah Bagan Datuk.

Semoga dipermudahkan setiap urusan, ditenangkan hati, dilapangkan fikiran dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. Hadapilah peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh tawakal kepada Allah SWT.

Bitaaufiq Wannajah.
Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada:
Ustaz Azri Bin Mohd Nasli
Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Bagan Datuk
serta Warga Kerja Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) 2026 KEPADA SEMUA CALON DAERAH BAGAN DATUKSEMOGA SEGALA US...
08/09/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) 2026 KEPADA SEMUA CALON DAERAH BAGAN DATUK

SEMOGA SEGALA USAHA MEMBUAHKAN HASIL DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ILAHI

TAKLIMAT PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) 2026 DAERAH BAGAN DATUKTarikh : 3 September 2026Masa : ...
03/09/2026

TAKLIMAT PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) 2026 DAERAH BAGAN DATUK

Tarikh : 3 September 2026
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pejabat Pentadbiran Agama Islam Bagan Datuk

Alhamdulillah satu taklimat pelaksanaan bagi Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) 2026 Daerah Bagan Datuk telah diadakan kepada guru besar SRAR yang terlibat serta kepada pengawas-pengawas peperiksaan yang telah dilantik

Taklimat telah disampaikan oleh Penyelia KAFA Bagan Datuk, Ustaz Mohamad Rafik bin Mohamad Komiti

Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, mencapai objektif yang diinginkan demi pendidikan agama Islam anak-anak di daerah Bagan Datuk

CERAMAH PERDANA SEMPENA MAULIDURRASUL MASJID AT-TAQWA PARIT 9 BAROH SUNGAI SUMUN DAN PENYERAHAN SIJIL LANTIKAN JAWATANKU...
24/08/2026

CERAMAH PERDANA SEMPENA MAULIDURRASUL MASJID AT-TAQWA PARIT 9 BAROH SUNGAI SUMUN DAN PENYERAHAN SIJIL LANTIKAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID DAERAH BAGAN DATUK SESI 2026-2029

Tarikh : 22 Ogos 2026
Tempat : Masjid At-Taqwa Parit 9 Baroh Sungai Sumun

Satu majlis ceramah perdana anjuran Masjid At-Taqwa Parit 9 Baroh telah diadakan bersempena mengingati Hari Kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadil Prof Dr Sedek bin Arifin, pensyarah Universiti Malaya dan merupakan setiusaha Lajnah Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga merupakan anak jati Bagan Datuk.

Penyerahan sijil lantikan jawatankuasa kariah masjid daerah Bagan Datuk 2026-2029 turut telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Lela Paduka Datuk Dr Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk kepada Pengerusi dan wakil-wakil jawatankuasa masjid seluruh daerah Bagan Datuk.

Turut hadir, Encik Mohd Nasoha bin Md Nasir mewakili Pejabat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bagan Datuk, dan Encik Mahazim bin Naziruddin, Penghulu Mukim Sungai Sumun yang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk.

Pihak pentadbiran ini mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan majlis ini.

Siiruu ala barakatillah, jazakumullahu khairan kathira

JEMPUT HADIR MAJLIS ILMU DAN SELAWAT Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk dengan penuh takzim menjemput seluruh muslim...
12/08/2026

JEMPUT HADIR MAJLIS ILMU DAN SELAWAT

Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk dengan penuh takzim menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri Majlis Ilmu yang bakal diserikan dengan tausiyah dan alunan selawat.

🗓 Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
🕖 Masa: Bermula 7.00 malam
📍 Tempat: Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk

🎙️ Penceramah Jemputan:
• Al-Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid
(Pengerusi Yayasan Ar-Riayah)

• Al-Habib Najmuddin Othman Alkhered
(Timbalan Pengerusi Yayasan Ar-Riayah)

Turut diserikan dengan Qasidah oleh Kumpulan Nur Ahli Badar, diikuti jamuan makan malam kepada para hadirin.

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis yang penuh keberkatan ini bagi menambah ilmu, menghidupkan hati dengan zikir serta meraih rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Sebarkan kepada keluarga dan sahabat.

08/08/2026

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)

8 Ogos | Sabtu

Alhamdulillah, selesai sudah Program Santuni Warga Emas anjuran Guru Agama Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Bagan Datuk yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bagan Datuk pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini, khususnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bagan Datuk, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, para urusetia, sukarelawan serta seluruh warga Bagan Datuk yang turut bersama-sama memeriahkan program.

Program yang diserikan dengan Fun Walk dan Sukaneka ini bukan sekadar menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat, bahkan menjadi ruang untuk kita menyantuni, menghargai dan mengeratkan silaturahim bersama warga emas.

Sesungguhnya, warga emas merupakan insan yang sarat dengan pengalaman, jasa dan pengorbanan. Mereka wajar terus dihargai, disantuni dan diberikan ruang untuk kekal aktif dalam masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang tenaga, masa dan sokongan. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT, serta program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Address

No B12, Regat Komersial 2, Pusat Komersial Simpang Empat
Selekoh
36400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

05 6480635

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Bagan Datuk:

Shortcuts

Share